CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Dana RM30j bantu 150 usahawan

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Program PROSPER  TERAS   tingkat daya saing sektor peruncitan, automotif\rPERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasar membantu hingga 150 usahawan dalam sektor peruncitan dan automotif mengubah penampilan perniagaan dan meningkatkan daya saing menerusi program PROSPER Transformasi Peruncitan Bumiputera (TERAS), dalam tempoh setahun ini.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah, berkata program  dijalankan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) itu memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta bagi program memodenkan kedai runcit dan bengkel kenderaan sedia ada.   \r     \r\n\n\n\n\n  Katanya, program itu bertujuan membantu menaik taraf peruncit dan pengusaha bengkel Bumiputera yang  beroperasi sekurang-kurangnya setahun bagi mewujudkan operasi dan pengurusan perniagaan lebih teratur serta ubah suai.\r“PROSPER TERAS ini dilancarkan pada 20 Julai lalu, iaitu skim kecil menerusi program Projek Usahawan Bumiputra Dalam Bidang Peruncitan (PROSPER) yang ditawarkan PUNB. Bagaimanapun, skim pembiayaan ini lebih menumpukan kepada sektor runcit dan automotif.\r“Menerusi program ini, PUNB akan memberikan khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan termasuk bagi rangkaian pembekalan produk mereka bagi memastikan mereka benar-benar mengamalkan operasi perniagaan teratur,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.\rBagi program PROSPER TERAS, Dzulkifli berkata, PUNB memperuntukkan pembiayaan berjumlah RM20 juta bagi sektor automotif dengan matlamat membantu 100 usahawan, manakala RM10 juta bagi sektor peruncitan bagi 50 usahawan kedai runcit.\r\n\n\n\n\rKatanya, pembiayaan yang disediakan adalah dari RM50,000 hingga maksimum RM500,000 dengan tempoh bayaran balik dari dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun, peminjam perlu menyediakan modal sekurang-kurangnya 10 peratus dari jumlah kos projek.\r“Mereka yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan  tinggi serta mempunyai daya perniagaan berdaya maju boleh memohon kepada PUNB untuk menyertai program PROSPER TERAS ini,” katanya.  \rBeliau berkata, bagi PROSPER TERAS, PUNB akan bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bagi menaik taraf pasar mini dan kedai runcit di seluruh negara mengguna pakai konsep perniagaan Mydin, termasuk dari segi susun atur produk keseragaman jenama dan pengurusan lebih sistematik.\r“Selain itu, PUNB juga akan memastikan usahawan mendapatkan bekalan produk daripada Mydin secara berterusan bagi memastikan kesinambungan perniagaan dan rantaian bekalan mereka terus dipelihara di samping meningkatkan pendapatan mereka,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058687 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list