Post Last Edit by tasha19 at 9-9-2011 15:47
Hujung minggu itu ramai kenalan En. Aziz datang ke rumahmemeriahkan majlis perkahwinan anak
perempuannyayang sulung. Pelamin indah dihiasi dengan warna ungu cair menyerikan majlispada petang itu. Shahila yang kelihatan anggun berkebaya labuh berwarna ungugelap setia menyambut tetamu yang datang silih berganti bersama En. Aziz danPn. Hanim. Tiba-tiba Shahila terpandang tiga orang jejaka muda yang sedangbersalaman dengan En Aziz. Salah seorang daripada mereka mengenyitkan matanyakepada Shahila. Shahila tersipu malu dan hanya melarikan pandangannya ke tempatlain.
“ Hakimi, kenalkan anak saya yang bongsu, Shahila..” ujar EnAziz memperkenalkan Shahila kepada Hakimi.
Hakimi yang sudah terpikat dengan Shahila mula tersenyumsendiri.
“ ni Hakimi.. student ayah kat UTM” beritahu En Aziz kepadaShahila. En aziz merupakan seorang pensyarah matematik di UTM. Hakimi merupakanseorang pelajar yang rapat dengan En aziz.
Shahila menghadiahkan segaris senyuman lalu mengorak langkahmembawa Hakimi ke meja untuk menjamu makanan yang terhidang. Sejurus kemudianShahila melangkah kembali untuk mendapatkan Pn Hanim namun ditahan Hakimi.
“ Awak.. duduklah sini berbual dengan saya” ujar Hakimi. Kelihatandua orang sahabatnya sudah tersenyum melihat gelagat Hakimi.
“ eh, saya ada kerjalah.. awak berbual lah dengan memberawak tu” Shahila bersuara. Segan apabila diajak berbual dengan lelaki yang barudikenalinya.
“ kalau macam tu, nak fon number awak boleh?” Tanya Hakimitanpa rasa malu. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi. Entah kenapapertama kali memandang Shahila, hatinya rasa berdebar.
“ hah? Err.. tak payah kot.. kalau awak nak contact lah ayahsaya” ujar Shahila sambil tergelak. Dia mula terasa malu apabila perasan Hakimicuba mengoratnya. Dia terus berlalu meninggalkan mereka bertiga.
“ kau apsal? Tetiba je mintak no fon dia.. malulah dia”tegur Azam, best friend Hakimi. Dia dan seorang rakan mereka tergelak melihatkelakuan Hakimi.
“ entahlah.. aku rasa semacamlah bila nampak dia tadi..macamdah fall in love” hakimi bersuara sambil ketawa. Walaupun nada percakapannyaseperti bergurau, tetapi dia benar memaksudkannya.
Malam itu, wajah Hakimi terbayang di fikiran Shahila. Tak dapatdinafikan lelaki itu memiliki wajah yang tampan, yang mampu mencairkan sesiapayang melihatnya. En Aziz memerhatikan anaknya yang sedang leka termenung disofa. Baru saja dia mahu menghampiri Shahila, handphone di poketnya berbunyi.
“ Assalamualaikum, kamu Hakimi.. ada apa telefon sayamalam-malam ni?” En Aziz bersuara apabila mendengar suara di talian.
“ takde apa En Aziz.. Cuma saya nak cakap sekejap denganShahila boleh?” ujar Hakimi walaupun tergagap.
“hah? Kamu ada hal penting ke nak beritahu dia? Kalau yepun, call lah no. dia” ujar En Aziz lagi. Dia terus memberikan no. Shahila. Diamerasa rimas jika Hakimi menelefonnya semata-mata hendak bercakap denganShahila. En Aziz tidak melarang anaknya hendak berkawan dengan mana-mana lelakiasalkan mereka menjaga batas masing-masing. Tambahan pula Shahila hanya tinggalsatu semester lagi pengajiannya. |