CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

Solat sunat di padang terbuka

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat Malaysia di Melbourne teruskan budaya ziarah\rWARGA Malaysia di Melbourne menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran atas kejayaan melaksanakan puasa sebulan Ramadan. Umumnya rakyat Malaysia di Melbourne menyambut hari raya pada 31 Ogos walaupun segelintir masyarakat Islam lain menyambutnya pada 30 Ogos.\r\n\n\n\n\rPerbezaan sambutan 1 Syawal menimbulkan sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam. Keadaan di sini agak berbeza kerana tidak ada badan rasmi yang menjaga pengisytiharan tarikh berpuasa dan hari raya seperti di Malaysia. \rKami berpandukan kepada organisasi Islam iaitu Islamic Council of Australia (ICV) dan Badan Imam (Board of Imams) yang mengisytiharkan melalui internet, e-mel, pengisytiharan di masjid serta bangunan ICV. Bagi mereka yang tidak menerima autoriti badan ini,  ada yang  membuat keputusan berbeza dengan apa diputuskan.\r\n\n\n\n\n\rMenurut kajian Dr Zaharudin Sani (2011), ada 5,000 rakyat Malaysia di Melbourne dengan jumlah pelajar paling ramai berbanding negeri lain di Australia. Oleh kerana tempat yang agak jauh dengan bilangan yang besar, ada tiga tempat perkumpulan yang besar didiami pelajar Malaysia di sini. \rPerkumpulan di utara Melbourne yang dipanggil Kampong Vic, di selatan dikenali sebagai South Eastern Family dan kawasan Bundoora dipanggil desa Bundoora. Pelbagai aktiviti dan upacara dirancangkan perkumpulan pelajar setempat termasuk ibadah tarawih ketika Ramadan, solat sunat Aidilfitri dan jamuan raya.\rBagi memudahkan pelajar dan keluarga mengerjakan solat sunat hari raya di tempat mereka, perkumpulan pelajar menganjurkannya di beberapa tempat. Solat sunat hari raya masyarakat desa Bundoora dijalankan di dewan Universiti La Trobe manakala di Kampung Vic,  dilaksanakan di padang terbuka. \rPihak ICV juga melaksanakan solat sunat hari raya di padang terbuka Flagstaf Garden, di tengah bandar Melbourne. Ini pengalaman menarik terutama bagi pelajar yang baru sampai di Melbourne.\rKali ini kami menunaikan solat sunat hari raya bersama pelajar di Kampong Vic di padang terbuka di Jack Ropert Reserve, utara Melbourne. Cuaca hari itu sangat baik dan tidak begitu sejuk. Dengan berpakaian baju kurung pelbagai warna dan corak, baju Melayu bersamping serta bersongkok, sambutan hari raya begitu  meriah dan berseri. Mendengar khutbah dan bertakbir raya di dataran terbuka adalah pengalaman cukup menarik. \rKumpulan ibu membawa makanan untuk dinikmati bersama jemaah. Anak-anak bermain sesama mereka dan kami berpelukan mengucapkan selamat hari raya serta mohon maaf atas sebarang silap yang berlaku. \rPerhimpunan ini turut dimeriahkan masyarakat Melayu Singapura yang tinggal berdekatan. Di sini, ungkapan yang meniti dari mulut ke mulut setiap kali berjumpa adalah ‘Eid Mubarak’ dan juga ‘maaf zahir batin’.\rSeperti amalan di tanah air, rakyat Malaysia di Melbourne turut menganjurkan rumah terbuka. Ziarah menziarahi diteruskan dari rumah ke rumah. Begitu juga  gotong-royong masih menjadi amalan terutama dalam menyediakan juadah sambutan raya di perkampungan setempat. \rPada 3 September lalu, sambutan Aidilfitri dianjurkan pelajar di desa Bundoora yang menghidangkan pelbagai juadah lazat seperti ketupat, nasi impit, kuah kacang, nasi dagang, sup dan biskut raya. Suasana meriah seperti berada di Malaysia rasanya.\rJamuan raya yang besar diadakan di Dewan Malaysia Melbourne pada 4 September dihadiri semua lapisan pelajar, tanpa mengira agama dan bangsa. Hadir sama, Konsulat Jeneral Melbourne, Dr Mohamad Rameez Yahaya. \rSambutan hari raya di Melbourne sangat meriah dan menzahirkan silaturahim sesama rakyat Malaysia. Semoga semangat 1Malaysia, bersatu hati, cintakan agama dan negara serta amalan positif tidak lekang dari budaya kita semua walau di mana kita berada.\rPenulis ialah Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedang menyambung pengajian di Melbourne, Australia

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.320556 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list