CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Iqra: Contohi Rasulullah bina keluarga sakinah

[Copy link]
Post time 7-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Judul: Tip Menjadi Ibu \rBapa Mithali\rPenulis: Saat Sulaiman\r\n\n\n\nPenerbit: PTS Millennia  Sdn Bhd\rPengulas: Hasliza Hassan\rHarga: RM16.50 (Semenanjung Malaysia), RM18.50 (Sabah dan Sarawak)\r\n\n\n\n\n\rCABARAN hari ini memperlihatkan konflik membabitkan hubungan ibu bapa dan anak hingga tersiar laporan kurang enak apabila ada ibu bapa  memusnahkan hidup anak serta anak  membuang ibu bapa.\rMaka timbul andaian kesalahan itu berpunca daripada kelemahan ibu bapa  mendidik  anak dan  persoalan kenapa anak sanggup membiarkan ibu bapa hidup melarat, masih kabur jawapan  mengenainya.\rIslam sejak awal memberi  panduan kepada umatnya mengenai perkara perlu diberi perhatian apabila seseorang ingin membina keluarga bermula daripada pemilihan calon pasangan, tanggungjawab suami isteri dan ibu bapa.\rSemua itu  dijelaskan secara terperinci tetapi tidak dinafikan sifat manusia mudah lupa. Oleh itu, buku Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali boleh mencerahkan kembali pemahaman seluruh ahli keluarga terhadap tugas membina keluarga sakinah.\rIbu bapa mithali adalah penggerak kemajuan anak kerana melalui tunjuk ajar mereka, anak mencapai kecemerlangan. Bagi mencapai kejayaan, ibu bapa perlu tahu cara berdepan cabaran khususnya pengaruh negatif yang mengelilingi kehidupan kini.\rBuku Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali menerapkan ciri perlu dilaksanakan ibu bapa iaitu menjadikan al-Quran dan hadis sebagai amalan hidup,  menunaikan tanggungjawab dengan baik serta menjadi contoh kepada ibu bapa lain.\rUntuk menjadi ibu bapa yang baik, mereka perlu mempunyai sifat sabar, penyayang,  mengambil berat, peka perkembangan anak, berdoa serta istiqamah dalam menerajui keluarga.\rApabila Islam muncul, ramai masyarakat kafir terpikat kepada agama itu kerana terpegun dengan  peribadi Rasulullah SAW. Hari ini, ibu bapa perlu meniru peribadi Rasulullah SAW untuk  menjadi contoh  anak.\rMasalahnya, kebanyakan ibu bapa  berusaha mendidik anak menjadi manusia baik dan berjaya tetapi mereka lupa menjadi contoh. Jika ibu bapa sering menunjukkan contoh tidak baik, nescaya akan menjadi ikutan anak.\rKesalahan ibu bapa, silap cara menunjukkan kasih sayang dengan memberi kebebasan  anak melakukan sesuka hati walau ada kala melampaui batasan syarak. Malah, ada memberi kebebasan kepada anak tanpa batasan.\rJika ibu bapa yang berjaya mendidik anak serta mewujudkan keluarga bahagia, maka tidak timbul soal anak dipersiakan atau anak mempersiakan ibu bapa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064336 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list