CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 3

Cut Tari dilapor meninggal dunia

[Copy link]
Post time 8-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Aktres yang dikaitkan dengan skandal penyebaran video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham, Cut Tari dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani penggambaran di Jakarta semalam.\rAkhbar harian Kompas menyatakan, berita kematian Cut Tari menimbulkan kekecohan dikalangan peminatnya di Indonesia yang mahu mengetahui perkembangan lanjut serta punca kematiannya.\r\n\n\n\n\rLebih mengelirukan, sehingga kini tiada pengesahan daripada keluarga Cut Tari mengenai perkara itu, manakala aktres itu sendiri tidak dapat dihubungi.\r\r\n\n\n\n\nKompas melaporkan khabar angin kematian Cut Tari tersebar selepas beredarnya pesanan ringkas ‘berantai’ melalui Blackberry semalam yang berbunyi: \r“Inalillahi, berita duka daripada artis Indonesia yang terbabit dalam kes video lucah Cut Tari menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet Jakarta Selatan jam 2.27 petang ini. Dia dibawa ke hospital sejam sebelum itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Semua doktor yang merawat beliau belum dapat menyatakan punca kematiannya, manakala keluarga Allahyarham meminta agar jenazahnya dibedah siasat.”\r“Pesanan ringkas itu kemudian disusuli berpuluh kiriman melalui Twitter oleh peminat Cut Tari yang mahu mengesahkan mengenai berita kematiannya, sebilangan mereka tidak percaya dengan berita itu dan menganggapnya hanya khabar angin,” kata Kompas.\rBagaimanapun, satu akaun Twitter yang dinamakan sebagai Cuttarytweet, kemudian memaklumkan bahawa berita itu  tidak benar.\r\n\n\n\n\r“Cut Tari dalam keadaan sihat dan tiada sebarang masalah berlaku. Dia sedang menjalani penggambaran untuk satu rancangan televisyen di Jakarta,” katanya.\rKenyataan itu  kemudian disahkan akaun pengurusan Cut Tari @icontalentmgmt  yang menyatakan aktres itu sihat, manakala berita yang disebarkan adalah palsu.\rCut Tari menggemparkan Indonesia dan negara jirannya pada pertengahan 2010, selepas tersebarnya rakaman video lucah mirip wajah aktres itu melakukan hubungan seks dengan Ariel.\rBerikutan pendedahan itu kontrak Cut Tari atau nama sebenarnya Aminah Anasya sebagai pengacara rancangan Infotainment Insert di TransTV dibatalkan.\rPelakon berdarah Aceh yang pernah memenangi ujian tilawah al-Quran peringkat daerah itu, pada mulanya menafikan sekeras-kerasnya bahawa imej di dalam rakaman video berkenaan  adalah dirinya. \rBagaimanapun dalam satu sidang akhbar yang diadakan tidak lama selepas itu Cut Tari akhirnya mengaku bahawa dia adalah pelaku di dalam video terbabit. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 09:08 AM | Show all posts
btol ke ni weyh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:18 AM | Show all posts
Sahkan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:24 AM | Show all posts
cut tari ni islam rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049518 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list