CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Lalu lintas Mexico paling sesak

[Copy link]
Post time 9-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
8,000 diwawancara di 20 bandar mengenai keselesaan memanduCHICAGO: Memandu di Bandar Raya Mexico diibaratkan sebagai satu mimpi ngeri, sementara di Montreal keadaannya disifatkan amat selesa.\rIa hasil tinjauan ditaja IBM yang disiarkan semalam selepas mewawancara 8,000 orang di 20 bandar yang biasa memandu.\r\n\n\n\n\rMenyusuli Bandar Raya Mexico ialah Shenzhen, Beijing, Nairobi, Johannesburg, Bangalore, New Delhi, Moscow, Milan, Singapura, Buenos Aires, Los Angeles, Paris, Madrid, New York, Toronto, Stockholm, Chicago, London dan Montreal.\r\r\n\n\n\n\nResponden ditanya mengenai tahap ‘kesulitan ketika memandu’ dan kesannya terhadap pemandu dari segi tekanan, hilang masa hingga sejauh mana ia menjejaskan kesihatan.\r“Kesesakan lalu lintas menurun pada tahap global, sementara kesulitan ketika memandu  semakin meningkat,” kata Pengarah Sistem Pengangkutan Pintar IBM, Vinodh Swaminathan.\rKatanya, Kelemahan ekonomi dan harga tinggi bahan api dua alasan bagi penurunan kesesakan lalu lintas sejak tinjauan itu kali pertama dijalankan empat tahun lalu. \rPelaburan besar untuk infrastruktur jalan dan transit awam oleh kemunculan kuasa ekonomi China dan India turut membantu.\r\n\n\n\n\rNamun, 41 peratus pemandu yang ditinjau enggan memandu dan sebaliknya mahu menaiki pengangkutan awam jika boleh.\rBandar Raya Mexico memiliki indeks kesulitan memandu paling tinggi iaitu 108, berbanding 21 di Montreal.\rPihak berkuasanya sudah bercadang membelanjakan lebih AS$2 bilion (RM5.99 bilion) dalam beberapa tahun akan datang untuk mengurangkan masalah kesesakan teruk, kata Swaminathan dalam satu temuramah.\r“Anda tidak boleh selesaikan masalah ini kerana kesesakan sudah wujud. Ia perlu ada keseimbangan antara pembaikan infrastruktur dan teknologi,” katanya.\rStockholm di tempat keempat terbaik dalam senarai 20 bandar, memasang sistem harga kesesakan bagi mengurangkan permintaan, mengurangkan kesesakan kepada 25 peratus dan separuh masa perjalanan, katanya. – Reuters\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039023 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list