CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

PM Singapura gesa PAP lakukan pembaharuan

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa parti pemerintah republik ini agar ‘melakukan pembaharuan’ selepas dua pilihan raya mencatat sejarah menunjukkan penurunan mendadak dalam sokongan selepas lebih 50 tahun berkuasa.\rUlasan Lee, diterbitkan dalam majalah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan dilaporkan dalam akhbar prokerajaan Straits Times semalam, adalah reaksi kepada pilihan raya umum Mei lalu.\r\n\n\n\n\r   PAP yang berkuasa sejak 1959, memenangi 81 daripada 87 kerusi dalam undian Mei lalu namun meraih perkongsian undian paling rendah pernah dicatatnya iaitu 60 peratus.\r\r\n\n\n\n\n   Hanya satu sistem kontroversi  dalam pemilihan kebanyakan anggota parlimen dalam kawasan kumpulan menghalang kehilangan lebih banyak kerusi kepada pembangkang yang mempunyai sumber kempen sederhana dan memilih untuk memberi fokus kepada beberapa daerah.\rMasalah parti turut diketengahkan pada pilihan raya presiden 27 Ogos lalu apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tony Tan menang dengan hanya 35 peratus daripada 2.1 juta undi dalam perlumbaan empat penjuru, memberi jurang lawan paling hampirnya dengan 7,269 undi.\r“PAP perlu memberi gambaran maksud pilihan raya umum. Kita perlu mengukuhkan diri dan melakukan pembaharuan untuk mengekalkan peranan utama dalam politik Singapura, supaya  boleh terus membuat sumbangan  kepada negara,” beliau menambah.\rDalam mesejnya kepada anggota parti, Lee tidak menyebut pilihan raya presiden yang bertanggungjawab untuk tugas adat istiadat, namun penganalisis menyaksikan keputusan Ogos itu sebagai bukti lanjut populariti PAP yang semakin menurun.\r\n\n\n\n\r“Parti perlu memperbaiki hubungan dan capaian serta memasukkan lebih banyak peranan rakyat Singapura dalam isu yang membabitkan mereka.\r“Kempen pilihan raya dan keputusan menunjukkan rakyat Singapura juga mahu politik kita untuk berkembang, lebih banyak rundingan dan terbuka. Rakyat Singapura mahu terbabit dalam membentuk masa depan kita dan mahu kerajaan lebih responsif kepada kebimbangan mereka,”  kata Lee.\rPAP dikritik kepada gagal memasukkan rakyat dalam membuat keputusan besar seperti membuka ibu negara itu kepada kasino dan meliberalkan dasar imigresen.   – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049014 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list