CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 1

Dunia peringati tragedi 9/11

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga mangsa ratapi pemergianWELLINGTON: Satu dekad  selepas tragedi 11 September 2001 mengubah banyak perkara kepada ramai orang, pemimpin dunia dan berjuta-juta penduduk yang masih lagi mengingati tragedi serangan ke atas Amerika Syarikat itu.\rDari Sydney ke Atlanta, upacara rasmi diadakan  untuk mengingati hampir 3,000 orang daripada lebih 90 negara yang maut dalam serangan itu. Sementara itu, pihak berkuasa di Washington dan New York mengetatkan kawalan keselamatan sebagai reaksi kepada perisikan mengenai kemungkinan berlakunya serangan bom kereta.\r\n\n\n\n\rBagi sebahagian orang, kesakitan itu tidak akan berhenti.\r\r\n\n\n\n\nDi KUALA LUMPUR,  Pathmawathy Navaratnam, bangun setiap pagi Ahad di kediamannya di Kuala Lumpur dan  melakukan   perkara sama setiap hari sejak 10 tahun lalu, iaitu mengucapkan selamat pagi kepada anaknya, seorang penganalisis kewangan, Vijayashanker Paramsothy, 23, yang terbunuh dalam serangan di New York.\rDia sinar hidup saya. Dia menikmati kehidupannya, tetapi saya tidak dapat menerima dia sudah tiada. Saya masih hidup, tetapi hakikatnya hati saya sudah mati, katanya.\rDi MANILA, berpuluh-puluh bekas penghuni rumah setinggan membawakan bunga mawar, belon dan berdoa untuk seorang lagi mangsa, Marie Rose Abad,  warga Amerika. Kawasan kejiranan itu adalah kawasan setinggan yang dipenuhi sampah, tetapi pada  2004, suami Abad membina 50 rumah sebagai memenuhi permintaan terakhir isterinya yang mahu membantu golongan miskin negara itu.\rDi NEW PLYMOUTH,   pemain pasukan ragbi American Eagles adalah antara yang pernah mengingati ulang tahun itu. Pemain yang mengambil bahagian dalam kejohanan Ragbi Piala Dunia mendengar ucapan Duta Amerika, David Huebner, yang saudara lelakinya, Rick, selamat dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC).\r\n\n\n\n\rDi SYDNEY,  penduduk, Rae Tompsett, dia tidak pernah berasa marah berhubung pembunuhan anak lelakinya, Stephen Tompsett, 39, seorang jurutera komputer yang berada di tingkat 106 menara utara WTC ketika ia dirempuh pesawat yang dirampas.\rTidak, bukan marah tetapi sedih. Sedih kerana orang melakukan perkara itu percaya mereka membuat perkara baik, katanya.\rPesara guru dan suaminya, Jack, 92, bercadang menghadiri perhimpunan semalam seperti biasa di gereja sebelum menghadiri majlis peringatan pada tengah harinya.\rMenakjubkan kerana ia sudah 10 tahun, rasa seperti baru kelmarin, kata Tompsett.\rDi SEOUL, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak, menghantar surat kepada Presiden Barack Obama, menyatakan takziah kepada mangsa serangan itu dan keluarga serta penduduk Amerika.\rLee, menyifatkan serangan itu tidak boleh dimaafkan dan memuji usaha berterusan Amerika untuk memerangi keganasan.\rSementara pemimpin di Pakistan, yang menjadi mangsa keganasan al-Qaeda, tetapi turut dituduh tidak berusaha bersungguh-sungguh memerangi militan, berkata, mereka menyertai rakyat Amerika menghormati mangsa yang maut 10 tahun lalu.\rSebagai negara yang terjejas teruk akibat keganasan, kami menegaskan kesediaan mengukuhkan kerjasama untuk membasmi keganasan, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.  AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 07:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048523 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list