|
peh..cer citer lagi..kot2 ada kejadian lain ke..study kat mana masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri. Zack mati di sebabkan busung pada perutnya. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful , Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah.
Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik. Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik.
Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula Kendil tersebut kerana di khuatiri ianya adalah penyebab Zack menderita penyakit busung tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu juga melalui jalan air dan mengambil masa selam 6 jam untuk tiba dari jeti darat.
Disebabkan mereak berempat tersesat, maka mereka terpaksa bermalam di tengah perjalan sebelum menyambung semula pada keesokkan harinya. Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Amran yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Amran. Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh.
Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalan mereka hingga lah tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut dengan kedatang anag gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia Cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihat sewaktu siang.
Kendil telah dipulang kan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan keatas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Zizan pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh. Zizan menggosokkan matanya sehingga berdarah dan apabila di buka mata Zizan amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu.
Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai Kendil tersebut sebagai punca ternyata salah. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Rupanya ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Salah seorang dari mereka telah meniduri Laila dan meninggalkan Laila. Beberapa bulan kemudian Laila didapati mengandung dan telah membunuh diri sebab malu dengan ayahnya.
Ayah Laila telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menghantar santau yang akan membawa maut kepada mereka berlima bermula dengan Zack. Ini adalah kerana beliau tidak dapat tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawap sebab Laila merahsiakannya. Disebabkan terlalu marah beliau ambil keputusan untuk menghapuskan kesemuanya.[6] |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah ini terjadi ketika saya masih lagi bersekolah rendah. Tak silap usia saya ketika itu, lapan tahun. Saya ketika itu memang rapat sangat dengan makcik saya yang saya panggil 'Mak'. Hampir setiap hujung minggu saya akan dibawa tidur di rumah Mak di Ang Mo Kio. Pada suatu hari ketika Mak nak menghantar saya pulang, saya ternampak Anak Patung yang agak besar dan cantik dibuang di tepi lif tingkat satu, di flat yang Mak tinggal. Saya memang orang susah tak pernah miliki patung sebesar dan secantik itu. Mak nampak yang saya perhatikan patung itu agak lama dan suruh saya ambil jika saya mahu. Saya pun dengan suka hati mengambil dan peluk patung itu erat-erat.
Tiba di rumah saya di Bukit Panjang, saya bermain dengan anak patung tersebut. Saya bersihkan ia dan tidur dengan patung itu buat beberapa malam berturut-turut. Sampailah saya dah jemu bermain dengan anak patung itu, saya letaknya di bawah katil nenek. Biasalah budak-budak mudah jemu dengan mainan. Main sekejap dah jemu selepas itu tak main lagi. Saya, ibu dan adik biasanya tidur di ruang tamu sebab kita hidup menumpang dan bilik yang lain semuanya dah penuh.
Seperti biasa saya memang susah tidur selagi ibu saya belum pulang. Ibu pulang selalunya sekitar pukul 11.30 malam. Malam itu adik dah tidur di ruang tamu dan nenek saya sudah tidur di biliknya. Bila ibu dah pulang seperti biasa saya akan duduk di dapur hingga dia selesai mandi. Setelah itu saya akan temankan dia makan di dapur. Sambil temankan dia makan, kita akan berbual-bual. Sedang berbual-bual ibu kata dia terdengar orang meminta tolong. Saya tak dengar apa-apa pun. Ibu terus lari ke dalam bilik nenek diekori saya.
Di dalam bilik memang betul nenek sedang terpekik-pekik minta tolong. Ibu hidupkan lampu bilik lalu bertanya nenek mengapa dia terpekik. Nenek jelaskan yang ada benda merangkak-rangkak di tepi katil lalu mencakar kaki nenek. Bila kami lihat kaki nenek memang nampak kesan calar yang berdarah sedikit seperti baru dicakar. Ibu sapukan minyak ke kaki nenek lalu menjenguk ke bawah katil. Dia nampak anak patung saya lalu dia tarik patung itu keluar. Ibu fikir mungkin patung itu yang mencakar kaki nenek. Malam itu ibu tak tidur, dia baca ayat2 suci dan kami semua dipindahkan tidur ke bilik nenek.
Paginya ibu buang anak patung saya itu. Saya rasa agak sedih tapi memandang kaki nenek yang bercalar rasa takut pun ada. Betul ke anak patung itu punya angkara? Mengapa bila saya tidur dengan anak patung itu berhari-hari tak pernah kena gangguan? Setelah dibuang patung tersebut, arwah nenek tak diganggu lagi tetapi hampir setiap malam lepas pukul 12 malam pasti kedengaran orang main guli. Bila tanya ibu, dia akan kata itu jiran atas yang main. Siapa yang main guli setiap malam dari pukul 12 hingga pukul 2-3 pagi tak henti-henti? Hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada suatu malam yang sunyi, sekitar jam 2 pagi, aku duduk seorang diri. Tarikhnya adalah sekitar bulan Mac 2011. Aku agak mengantuk sebenarnya, tapi sebab aku dah biasa tidur lambat, aku tidak dapat melelapkan mataku ini. Lantas aku pun duduk di beranda rumahku sambil membaca buku Dik Cerdas(buku tentang kehidupan yang penuh dengan pancaroba).
Sambil aku membaca, anak mataku menangkap pergerakan sesuatu di atas jalan raya. Jarak antara rumahku dengan jalan adalah sekitar 20 meter sahaja. Jadi apa sahaja yang lalu konfem jelas pada pandangan mataku.
Aku pun memandang ke arah jalan. Dalam keadaan malam yang agak berkabus itu aku ternampak seakan kelibat orang berselubung di atas jalan. Senang cakap, kau orang tau ke mayat dalam kain kafan yang sudah diikat dan mahu dikebumikan? Itulah sahaja yang mampu ku gambarkan makhluk yang ku nampak malam itu.
Saat itu, aku tidak terfikir langsung makhluk apakah itu. Aku cuma memandang sahaja pergerakan makhluk itu. Dia bukan macam melompat tau. Dia macam jalan laju betul dan seperti tidak mencecah tanah. Aku pun tengok sahaja makhluk itu melintas di hadapan rumah aku. Kalo orang Sabah, diorang cakap melimpas.
Seketika kemudian, aku macam tersedar tau. Baru aku terfikir, eh eh benda apa yang aku tengok tadi? Demm!! Lantas bulu roma aku naik dan aku rasa seram sejuk. Demm!! (Aku taip ni pun rasa seram sejuk sebab terbayang balik kejadian tersebut, gila ahh!!) Cepat-cepat aku masuk rumah pastu basuh kaki dan mukaku yang manis ini pastu terus aku tido.
Esoknya, ada kenduri kahwin kat kampung aku. Aku pun pergi menjadi bentara kat kenduri kahwin tu (kira pegi tolong la). Sambil-sambil tu, aku bercerita la kejadian tu kat membe-membe kampung aku. Baru la aku tau bahawa memang masa tu tengah heboh orang selalu nampak pocong waktu malam. Aku keje kat luar, jarang-jarang balik kampung. Mana la aku tahu perkembangan mistik terbaru kat kampung aku. Kalau anak Pak Wan Leman, si Fatiah tu masuk UIAM aku tau la pasal aku ada jumpak Fatiah kat kedai runcit Sulaiman Bersaudara.
Aku pun terfikir, pocong ke yang aku nampak malam tu. Pelik jugak pasal aku tak nampak pulak beliau melompat, tapi jalan laju pulak. Saudara-saudariku, pocongkah itu?! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ladygempak at 13-9-2011 18:18
huh...trkejut btl tgk gambo2 tu..dh la citer seram giler..
MakYung niii...nakal betull..
|
|
|
|
|
|
|
|
ni cite betul ke cite novel nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# Sagoo
aku pun terfikir benda yg sama. terima kasih sbb tolong tanyakan pd TT. harap2 TT jawab la... |
|
|
|
|
|
|
|
cite ni best..
tapi ni cite org ke cite pengalaman TT sendiri??? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita yg kedua 2 ada dlm tv.. tajuknya kelupaan pulok.... |
|
|
|
|
|
|
|
citer kedua tu kan citer filem niyang rapik......
kalo ko carik kat pakcik gugel..... sinopsis citer tu yg ditempek dek TT ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|