View: 2509|Reply: 2
|
SAMBUNG CERITA SERAM VERSI 5 (MENANTI MOD BABEYSHA)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by 7teen at 14-9-2011 15:07
"Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala"
Sayup-sayup kedengaran suara halus itu di telinga Dara.Dara,seorang gadis yang pemberani.Dia tidak takut pada apa-apa.Apatah lagi dia sering sahaja bertemu dengan roh-roh gentayangan itu semenjak kematian Wak Solop,arwah datuknya yang terkenal dengan ilmu kebatinan di kampungnya itu,kampung Minggat.Dara baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin,Terengganu dalam pengajian metafizikal.Dara sangat obses dengan roh-roh gentayangan itu sehinggakan dia sering dilabelkan sebagai orang gila di kalangan para pelajar di situ.
Dara tidak menghiraukan suara yang sayup-sayup kedengaran di telinganya itu.Dia menepis gangguan itu.Tiba-tiba sahaja,lampu meja belajarnya mati.Dia dapat merasakan aura kehadiran roh gentayangan di sekitarnya.Tangannya dirasakan pedih..Macam tertusuk sesuatu yang tajam ataupun dicakar sesuatu.Dia mula memerhatikan tangannya dalam gelap.Pelik?Tiada apa-apa yang dilihatnya.
Tingkap yang terbuka luas kini sudah tertutup.Terbukak dan tertutup kembali.Berulang kali.Dara sudah pasti ini semua angkara Si Gondol.Si Gondol memang tidak akan tenang sehinggalah kemahuannya dipenuhi Dara.Dia dapat melihat bayangan Si Gondol di luar tingkapnya yang betul-bertul setentang dengannya.Bebola matanya tidak berkelip.Itu ilmu dari arwah datuknya,jangan kelipkan mata kalau terpandang sesuatu yang asing.Dia tidak tahu mengapa secara tak semena-mena tubuhnya terasa seperti melayang-layang ke udara.Dia dapat melihat tubuhnya melayang di udara sedangkan di kerusi belajarnya itu kelihatan dia sedang mendudukinya.Macam mana ini boleh terjadi?
"Dara!Dara!Ku nanti kau Dara!Jangan paksa aku memaksakan sesuatu kekejaman ke atas kau itu!"suara itu begitu lantang seolah-olah datangnya dari langit.
SILA SAMBUNG....................................................................................................
P/S : Saya open thread SAMBUNG CERITA SERAM VERSI 5 neyh tanpa peraturan daripada Mod Babesyha..Saya sedang menantikan Mod Babeysha atau kak Bicha untuk mengedit dan menentukan peraturan dalam thread kali neyh..Selamat menyambung cerita yang seram yerk?? |
|
|
|
|
|
|
|
~RESERVED UNTUK RUANGAN PERATURAN DARIPADA KAK BICHA...~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|