CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19158|Reply: 131

Tolonglah aku!! Aku dilema nak percaya atau tak :(:(

[Copy link]
Post time 19-9-2011 03:08 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..
Hai semua! Aku ahli baru dalam forum ni. Sebelum ni cuma baca2 post dan baru harini tergerak nak register. Maka dgn gigihnya aku nak mintak pendapat forumers yang aku tengok selama ni sangat gigih membantu mereka2 yg bermasalah. Tolonglah bagi aku pendapat yang bernas utk hati aku ni




Bf aku muda 2 tahun dr aku. Kitorang sangat serius dgn hubungan ni dan mmg tgh kumpul duit sikit2 utk kawen walaupun masing2 masih belajar lagi. Bf aku orgnya sangat bz. Jawatan yg dia pegang memang berlambak sampai kadang2 takde masa utk aku. Tp tu bukan masalah bagi aku. Aku percayakan dia walaupun kadang2 susah aku nak contact dia macam mula2 kenal dulu.


Tp tu dulu. Skrg aku dah susah nak percaya dia. Sebab? Aku dapat tau tiba2 dia ada ambik adik angkat. Baru je lagi dorg berangkat2. Bg aku hbgn berangkat2 ni memualkan . Itupun aku tgk fb dia mcm syok betul balas2 komen dgn sorang pompuan ni, bila aku tanya sape, dia mengaku tu adik angkat dia. Aku pun "ohhhhh".....


Dan aku baru saje keluar hospital semalam lepas seminggu berkampung. BF aku yang dari johor, sanggup dtg jumpa aku dekat KL dan melawat aku. Bukan setakat melawat, dia teman aku sehari suntuk. Dia dtg hospital subuh2, teman aku pegi buat CT scan sampai dia tetidur2, asal aku bangun je dari katil, cpat2 dia dtg dekat aku dan tanya aku "syg nak pegi mana"...Dan bila aku cakap nak gi toilet, dia akan hantarkan aku sampai ke pintu toilet dan tnggu sampai aku keluar. Malam tu dia tidur dekat sofa tunggu aku dan bila aku terjaga sakit pukul 4 pagi, terus dia bgn tido dan tunggu sebelah aku. Pagi subuh, kami sempat solat subuh jemaah. Dia imamkan aku dan pagi sebelum dia balik, dia suapkan aku makan n minum...

Sejak aku sakit dari bulan 7 haritu, aku banyak kali ckp dengan dia, kalau dia suka adik angkat dia tu, pegila dekat dia dan tinggalkan aku. Aku ckp macam tu sebab aku nampak macam dia suka dekat budak tu. Tp dia taknak. Dia cakap dia hanya nak aku jadi isteri dia. Dia hanya nak aku. Al kisahnya bf aku ni ada akaun FB lagi satu yang aku takde dalam friends list dia. Tp budak tu ada jadi kawan dia. . Dan bila aku tanya2 dia ckp budak tu yang add dia. Aku memang taknak add FB yg tu, biar dia je add aku kalau nak .  Tiba2 aku tgk profile pic FB dia dah bertukar beberapa kali dgn gambar budak tu. HAti aku hancur sangat. Bila aku tanya dia cakap saje2 je, dan itu bukan isu penting pun. Dia ckp aku tak paham dia. Dia dah berulang kali cakap dia hanya nak aku dan taknak org lain n kenapa aku tak percaya dia.. Tp kenapa perlu profile pict tu....kenapa




Baru tadi aku menangis2 tanya dia. Sebab aku tak tahan simpan lama2. Dah banyak kali jadi tapi dia kata dia taknak pun adik angkat dia tu. Tu cuma adik angkat dia je. Memang dalam seminggu ni, hari2 aku tanya dia betul ke dia nak aku. Dia sungguh2 ke dengan aku sbb aku macam ragu2 sejak dia pandai berangkat2 ni. Macam jijik je aku rasa. Aku tanya dia bertubi2 setiap hari dan aku ulang2 cakap dengan dia kalau nak dekat perempuan tu, pegila. Tp aku sayangkan dia dan aku mmg nak dia !!! Tp aku tak sanggup ditipu lagi macam 1st kapel aku dulu. Aku fobia. Bila aku cakap pasal ni memang dia marah dan dia ckp kenapa aku perlu ulang2 soalan yg sama n tlglah percaya dia. Dia kata budak tu ada rajin jugak kol dan msg tp dia malas nak layan. Hanya kadang2 dia layan. Tp profile pict tu buat aku ragu2 Aku cakap kenapa budak tu perlu ada dalam hidup kita!!! dan aku ckp aku benci budak tu!!! :@
:@





Sekarang aku tak tau adakah aku perlu percaya pada dia...atau aku ni yang terlalu curiga dan sangat tak cool terhadap bf aku. Tolonglah aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 07:45 AM | Show all posts
alahai, senang jek nak settelkan masalah ni. TT ckp kat bf TT tu, "Take me, or leave me". abes cerita
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 07:46 AM | Show all posts
OK at first iols rasa uols ngade2...tp bila baca bawah2 tuh..iols rasa bf uols mcm aa hubungan lain dengan budak tuh...

iols rasa heols serius nk kawen dengan uols...tp deep down within him..masih ada perasaan gatal nk test market bagai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 07:52 AM | Show all posts
50-50 percaya,
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 08:32 AM | Show all posts
kira ok la tu..kalau dia curang pun dengan gurl gak..

buatnya dia curang dengan lelaki atau maknyah..

xder harapan langsung dah...nak kawin 4..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:02 AM | Show all posts
salam

firstly, harap sabar dan byk mengingati Allah, jiwa akan tenang.

1. dalam berchenta, selalu, malah pastikan..ada sedikit rasa ragu2 dan rasa curiga, dan rasa waspada. bukan apa, benda belum terikat, sedang yg terikat dah pun ada y g merampas, inikan plak masih single (yer, bf anda single sbb belum berkahwin ngan anda.)

2. dia ada adik tak? cuba ckp kat dia, "sy leh terima if dia adik angkat awak, tp meh kita jadikan dia adik angkat sesama, sy nak jumpa dia bleh?" pegi jumpa dia. buat baik ngan dia as kakak. bg dia hormat u as akak. pastu selit selit ayat, akak syg sgt si A tu, memula aku curiga gak adik ni nakmenggatal ngan si A tu ke, harapnya tak laaa kan.

pastu amik gamba bertiga buat profile page.

sila add fb yg 2nd tu juga.

3. tanya kat bf, u lepaskan adik angkat u, buang gambar dia, or i cari abg angkat dato' muda kat sini, bleh? alaa abg angkat  je punnnnnnnnn...pastu leh i tukar profile page gamba ngan dia...

its all about game, jgn mengalah ok! fight fo your own right!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2011 09:13 AM | Show all posts
adika angkat = spare part...

tt sakit ape ek? bf u patut respek ngan u, kalau u tak suka n budak tu pun setakat adik angkat mengangkat jer die patut side line kan  jer budak tue...

oth, minta maaf cakap...tapi bak kata pepatah, tiada beban batu digalas...kalau tt sakit tapi lum ada ikatan apa2 pun ngan lelaki tue camner ek? nt tanggungjawab isteri kat suami leh wat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 09:26 AM | Show all posts
apa fungsi adik angkat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 09:52 AM | Show all posts
sebaiknye ko ptus je ngn die,gedik sgt na berangkat bgai,nmpak sgt ta jujur!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 10:58 AM | Show all posts
Mungkin jgk bf ko tu cakap benda yang betul...dia memang sayangkan ko,  cuma dia tak berapa nampak kenapa ko mesti meroyan sebab pompuan tu hanya adik angkat, nothing more....

macam ni la, cuba ko kata kat mamat tu yg ko tak happy dgn hubungan 'angkat' dia dan nakkan dia stop dari berangkat2 dgn pompuan tu. Tak yah la tanya soalan yang sama sebab nanti isu lain pulak timbul. Kalau dia tak layan bila pompuan tu msg atau call, kenapa mesti teruskan hubungan 'angkat' tu kan??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 11:30 AM | Show all posts
tak payah le pecaya kat lelaki tu..{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:17 PM | Show all posts
klau ragu 2 knpa terus kan hubungan dgn boyfriends TT,satu lagi kalau ikutkan yg TT cerita....boyfriends TT baik,take care dgn TT,tp mslhnya...'adik angkat'...kalau TT serius dlm hbngn TT tu...bincnglah baik 2,biasalah klau dah syang tu,mesti ada sdkt x prcaya sbb cemburukan..tp jgn terlalu cemburu smpaikan kita akan sakit nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 12:45 PM | Show all posts
ntah2 adek angkat tu yg ada misi tsndri nk take ove bf TT....adik angkat tu gatal...mmg labf TT tu setia ape sume tu, tp yg adik angkt tu tu msa je nk cucuk jarum ...err, aku bsangka buruk kt budak tu plak...tp slalunye gtu la kn...

so, TT slalu la tnjuk kn kbhagiaan korg dpn adik angkt tu...fb lg 1 tu pn, add je la as fren, pastu tulis la komen2 yg bijak sket...kang muntah plak org lain bace komen yg menggeletis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:47 PM | Show all posts
Thankz atas pendapat korang sume...

Aku tak taulah fungsi adik angkat tu. Oh dia memang ada adik!!!! Mungkin sebab tu aku rasa makin nak meroyan :@. Macam nak mengada sangat ni kenapa. Then dia cakap dekat aku apa perlu aku bangkitkan isu ni sedangkan tu cuma adik angkat jeee......Tp  aku ni siapa pulak???




Pasal sakit, aku ada ketumbuhan kat hati masa bulan 7 haritu. Dah operate buang ketumbuhan dan hempedu. Tp aku masuk balik hospital baru2 ni sebab sakit tu datang balik.





Dia macam fed up dengan aku bila aku kerap ungkit pasal adik angkat tu. Dia cakap dah tak perlu terang banyak2 kali. Utk pengetahuan sume, beliau ni sebenarnya agak heartless atau hati kering. Dulu dia kapel pun, ex dia blah terus dari dia sebab tak tahan dengan perangai dia.Banyak ikut kehendak sendiri...N mmg dia kata aku ni sangat sabar dengan dia. Yela aku banyak makan hati~ Tp kalau hati dah sayang, susah utk aku bye2 macam tu je.

Aku ada jugak terpikir nak buat macam apa dia buat. Al kisahnya dulu ada yang nak tackle2 aku tapi aku tak layan sebab takmau curang!!! Alih2 macam senang je dia buat aku macam ni walaupun itu hanya adik angkat.

KEnapa perlu ada adik angkat! Sampah~:@:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:53 PM | Show all posts
ntah2 adek angkat tu yg ada misi tsndri nk take ove bf TT....adik angkat tu gatal...mmg labf TT tu s ...
aechae Post at 19-9-2011 12:45



  Aku pun rasa gitu. Tak paham pompuan camni :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 12:56 PM | Show all posts
klau ragu 2 knpa terus kan hubungan dgn boyfriends TT,satu lagi kalau ikutkan yg TT cerita....boyfri ...
fetty1985 Post at 19-9-2011 12:17



   Kalau ragu2 kenapa teruskan? Sebab aku tak nak ragu2 ni makan diri. Mungkin ni perasaan jeles yang meluap2 tanpa pk dengan rasional kan. Jadi aku cuba nak berpikiran rasional sebab tu aku tanya pendapat kawan2 dalam CARI ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2011 01:03 PM | Show all posts
Aku pun rasa gitu. Tak paham pompuan camni
bijak Post at 19-9-2011 12:53



eerr, bkn nk bg ko lg sakit hati...tp agak2 ko la kn, bf ko cite x psl ko, skt ko kt adik agkat nye tu? adik tu ntah2 da tau kisah ko tu yg duk 'berangkat2' ngn bf ko tu....



aiyak, matila aku jd batu api pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by bijak at 19-9-2011 13:06

Utk pengetahuan semua lagi, beliau ni sebenarnya sangat peramah ok!!! Dulu masa aku kenal dia mula2, kawan2 dia banyak kali bagitau dekat aku yang bf aku ni gatal! Semua perempuan dia nak tegur! N perempuan2 pulak memang ramai yang suka ckp dengan dia sebab perangai dia yang mungkin menarik minat Tp waktu tu bf aku marah betul dengan apa kawan dia bagitau. Dia kata itu semua kawan, salah ke dia tegur. Bila dia cakap dengan perempuan lain je mesti jadi isu. Sedangkan dengan semua orang dia tegur~

Tp sejak dia dengan aku, dia dah kurangkan dah sifat peramah dia yang teragung tu. Dia cakap dulu kalau kat cafe tu, setiap meja yang ada orang dia akan berhenti. Tp skrg dah tak dah. aiiYYOOOOOOOO!!!


Aku tak tau la adakah adik angkat ini salah satu sifat peramah dia tu???????? Sebab tu dia rasa tak salah :@:@:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2011 01:08 PM | Show all posts
Reply 17# aechae


   Takpe2 aku pun selalu je pikir macam tu . Sebelum melarat aku pikir yang bukan2 , aku terus register kat CARI nak tanya pendapat uolss;)
Oh adik angkat dia memang tau pasal aku. Bf aku ada cakap pasal aku. Tp memang jenis gatal kot~~~!!!!!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2011 01:23 PM | Show all posts
kalo mel,mel dah lama angkat kaki dah..
then cari je org lain..dr kesudahan sakit ati dan merana..
baik bla dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070324 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list