View: 9803|Reply: 33
|
Kemewahan di banjaran Himalaya..
[Copy link]
|
|
Biarpun dianggap terpinggir dari peta pelancongan dunia, Bhutan tetap mempunyai tarikan tersendiri yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di dunia.
BHUTAN yang terletak di barat dan hujung Himalaya merupakan salah satu destinasi percutian termahal di dunia. Tidak hairanlah ia dianggap syurga dalam kalangan golongan berada dan selebriti terkenal. Atas tarikan dan status tetamunya itu, kosnya juga dijangka bertambah mahal pada tahun hadapan.
Pelancong asing yang berkunjung ke sini perlu membuat tempahan awal melalui operator pelancongan yang berdaftar. Lazimnya, mereka mengenakan kadar minimum pada waktu puncak sekitar AS$200 (RM600) sehari merangkumi pakej seperti penginapan, makanan dan pengangkutan.
Keaslian banjaran Himalaya yang dilitupi gunung salji dan sungai-sungai dari gunung yang sentiasa mengalir meneruskan polisi 'pelancongan mewah, berimpak rendah' yang sengaja diperkenalkan bagi memelihara persekitarannya yang masih belum terusik daripada gangguan pelancongan komersial.
Bermula tahun hadapan, kadar caj pada waktu puncak akan meningkat kepada AS$250 (RM750) sehari per musim. Ini bermakna, pasangan pelancong yang menginap di hotel-hotel yang menawarkan pakej tersebut terpaksa membayar harga AS$500 (RM1,500) semalam.
VILA mewah ini disukai ramai pelancong yang sanggup membayar harga tinggi kerana mahu merasai keindahan dan ciri privasinya.
"Percutian mewah ini mungkin nampak seperti tidak berbaloi dari sudut ekonomi, namun ia bertujuan memastikan keaslian alam semula jadi Bhutan terus kekal untuk tatapan para pelancong dan generasi akan datang," kata Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan, Kesang Wang."Jika kami membuka negara ini seluas-luasnya, pendapatan kami mungkin meningkat mendadak, tetapi apakah harga yang perlu dibayar?
"Kami menahan diri daripada merosakkannya dalam mengejar pembangunan ekonomi tanpa mengambil kira impak sosial dana alam sekitar," ujarnya.Walaubagaimanapun, pada tahun hadapan, lembaga itu berharap dapat meningkatkan jumlah pelancong kepada lebih 50 peratus iaitu sejumlah 100,000 orang dengan menawarkan pakej percutian.
Laluan penerbangan juga mahu ditambah di beberapa bandar utama seperti Hong Kong dan Singapura.
Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.
Negara yang terasing dan tidak pernah dijajah biarpun kedudukannya terletak di antara India dan China itu menjadikan hal perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai salah satu polisi yang mendasari budaya uniknya.
SUASANA hebat di pinggir gunung dekat Paro ini dapat disaksikan pelancong yang mahu melawat biara Taktsang yang digelar Tiger's Nest.
Ia juga pernah digelar Tanah Naga Kilat sebelum ini kerana ketiadaan jalan raya dan mata wang sehinggalah tahun 1960-an. Rangkaian televisyen pula hanya dinikmati pada 1999 sebagai salah satu cara menarik perhatian pelancong asing.
Seorang ahli terapi, Nicole Feerbrucker, 56, yang berasal dari Belanda memberitahu bahawa dia mahu melawat ke negara itu sejak melihat gambar-gambar yang menunjukkan bekas raja negara itu melalui majalah National Geographic pada tahun 1974.
LELAKI tempatan ini berjalan melewati ruang siar kaki Memorial Choeden yang dibina bagi mengingati Raja Jigme Dorji Wangchuk.
PATUNG Buddha Dordemnma sedang dibina di salah sebuah puncak panorama di Thimphu.
p/s : aku dengar orang cakap Bhutan ni penduduk paling friendly didunia..betul ke? ada sape pernah pergi sini?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teringat kat lecturer aku, die ckp perempuan kat bhutan blh kawen lebih dr seorang llki. sbbnya lelaki kat sana sllu travelling, isteri pulak sllu kena tinggal..
moral of the story: sape nak ade suami lebih dr sorang, jadi la rakyat bhutan.. hehehe;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# jejai
rsnya mcm perkahwinan diorg ni mmg x akan kekal lama.. dh org tu travel, cari bini baru la kot.. hohohoho |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya kawasan ni..berbukit gunung ganang...sejuk je... |
|
|
|
|
|
|
|
bila la nak dapat pegi |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer klu dpt gi.... |
|
|
|
|
|
|
|
negara yang still fresh lagi dengan keindahan smula jadi...
pasti life penduduk penduduk kat negara ni begitu relaxing... tiada stress... tak rushinggggg...
everything ... so easy and slowwww |
|
|
|
|
|
|
|
rasa cam nyaman je, aku pun suka, tapi kalu nak pi kena kumpul $ dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuknye.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo pompuan kawin ramai mesti susah nak letak sir name kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
saper bapak buda2 comel nih??
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak tahu negara mana yang happy? list forbes ke?
malaysia nombor berapa happy? |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuu..kompom best tggal kt cnie... |
|
|
|
|
|
|
|
teringin kan rasa nak pergi melancong di negara orang..tengok life, food ngan culture diaorang..mesti best..wahhh indahnya dunia ciptaan tuhan..dekat malaysia pun aku x abis round lagi..ape tah lagi nak round the world |
|
|
|
|
|
|
|
tak terjangkau difikiran macamana cara rumah ni asalnya dibuat..?memang terrer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# jejai
Bhutan satu2nya negara yg mempunyai indeks 'happy' bagi rakyatnya berbanding indeks kemantapan ekonomi bagi negara lain.
Kerana hampir keseluruhan rakyatnya adalah terdiri daripada Sami.
Depa x kejar duit sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini, Bhutan dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Kebangsaan Kasar' yang mengambil kira kesejahteraan mental hampir 700,000 rakyatnya berbanding mengukur keuntungan kewangan semata-mata.
...
jejai Post at 21-9-2011 12:03
This is what i'm talking about |
|
|
|
|
|
|
|
This is what i'm talking about
solstice Post at 22-9-2011 17:24
betul tu,. unik nye bhutan...mesti takde pening2/gaduh2 pasal politik kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|