View: 225|Reply: 0
|
DPS beri dividen lebih tinggi
[Copy link]
|
|
Syarikat tempatan bertauliah urus pelaburan dalam pelbagai sektorDANA Pencen Swasta (DPS) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, mampu memberikan kadar dividen lebih baik kepada pencarumnya berbanding skim dana persaraan sedia ada.\n\n\n\n Sumber industri berkata, ia hanya akan diuruskan syarikat pengurusan dana tempatan bertauliah yang memiliki kemampuan serta pengalaman cemerlang dalam menguruskan pelaburan di dalam dan juga luar negara.\n\n\n\n\n “Beberapa syarikat pengurusan dana tempatan yang sudah terkenal dengan rekod memberikan pulangan tinggi kepada pelabur akan diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mewujudkan skim DPS di Malaysia tidak lama lagi.“Pelaburannya pula akan dibuat dalam pelbagai sektor ekonomi di dalam dan luar negara bagi memastikan pencarum mendapat pulangan maksimum.“Yang pasti, dana berkenaan akan diuruskan dengan telus dan cekap bagi mengelakkannya mengalami nasib sama seperti sesetengah dana saham amanah negeri yang terpaksa dibubarkan berikutan ketidakcekapan urus tadbir pengurus dananya,” katanya kepada Berita Harian ketika diminta mengulas kemajuan membabitkan pengenalan DPS di Kuala Lumpur semalam.Sumber industri itu berkata, antara syarat lain yang perlu penuhi oleh sesebuah syarikat pengurusan dana untuk memperoleh lesen penawaran skim DPS itu adalah memiliki latar belakang kewangan kukuh, berkepakaran serta berkemahiran dalam menawarkan dana persaraan yang dapat memenuhi keperluan pelaburan, selera risiko dan profil pencarum.\n\n\n\n“Aktiviti pelaburan pengurus dana itu akan dipantau ketat oleh SC,” katanya sambil menambah pengawal selia itu menjadikan enam negara, iaitu Amerika Syarikat (AS), Australia, Chile, Denmark, Switzerland dan United Kingdom (UK) sebagai contoh pelaksanaan dana itu.Cadangan menubuhkan dana pencen swasta diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober tahun lalu.DPS atau skim caruman sukarela bagi sektor swasta itu, akan menjadi dana tabungan tambahan untuk mereka yang bekerja sendiri, selain caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Pelaksanaan DPS itu kelak dijangkakan mampu memberikan manfaat kepada kira-kira 10 juta pekerja sektor swasta dan lebih dua juta yang bekerja sendiri.Skim pencen itu akan menyediakan pilihan lebih baik kepada pencarum untuk menambah simpanan bagi tujuan persaraan mereka.Difahamkan, ketika ini, draf pembentukan DPS dan undang-undang yang berkaitan dana pencen swasta yang dirangka Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan SC sudah berada dalam peringkat akhir dan akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.INFODana Pencen SwastaDana bagi pekerja yang tidak carum KWSP. Tambah tabungan hari tua.Carumannya dibuat secara sukarela.Dana persaraan disasarkan kepada mereka yang tidak mencarum di bawah KWSP atau mereka yang ingin menambah dana hari tua walaupun telah mencarum di dalam KWSP.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|