CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Norman, Memey bimbang

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Risau nilai tajaan tinggi perkahwinan mereka timbulkan tanggapan tidak menyenangkan\rKEHEBATAN majlis perkahwinan pasangan sensasi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang digembar-gemburkan bernilai RM12 juta mencetuskan pelbagai reaksi. \r\n\n\n\n\rAda yang tidak ambil pusing dan tidak kurang juga mungkin sudah lupa tetapi mungkin ada yang jelak kerana pasangan itu pernah dikaitkan dengan isu dakwaan khalwat.\r\r\n\n\n\n\nAda yang mempersoalkan apa sumbangan pasangan ini pada industri sehingga mereka perlu diraikan sedemikian rupa? Lagipun Norman bukan lagi bujang, sebaliknya duda kepada tiga cahaya mata. Adakah mereka sengaja mengadakan majlis besar-besarkan semata-mata untuk meraikan kemenangan kes khalwat mereka?\rTernyata di sebalik nilai tajaan perkahwinan yang mahal dan mewah itu, memang ada terdetik perasaan bimbang di hati Norman dan Memey kerana ia seolah-olah mereka mahu menunjuk-nunjuk pula. \r“Tidak terlintas sama sekali di fikiran mengadakan majlis ini untuk meraikan kemenangan kes khalwat. Memang kami sudah lama merancang berkahwin. Ketika membuat persiapan, tawaran ini datang secara tiba-tiba. Kami sendiri bimbang mendengar perancangan majlis ini yang begitu hebat, malah kami turut meluahkan kebimbangan kepada penganjur, takut dilabel sebagai melampau.\r“Tetapi mereka memberikan keyakinan dengan mengatakan ini tuah kami. Percayalah tidak sekelumit pun timbul perasaan ingin bermegah-megah. Kami hanya mahu mengadakan majlis kahwin yang sederhana untuk diraikan bersama keluarga yang sentiasa bersama dalam susah dan senang,” kata Memey menyelar dakwaan mengatakan majlis meriah itu diadakan bagi meraikan kemenangan kes mereka.\r\n\n\n\n\rBakal suami Memey, Norman yang duduk di sebelahnya segak dengan sut hitam rekaan Lords Tailor berkata, hebahan ke atas perkahwinan mereka adalah di luar daripada perancangan. Seandainya pilihan ini tidak tiba, majlis perkahwinan mereka pasti disambut sederhana.\r“Perancangan pokok, kami sekadar ingin bernikah saja, bagaimanapun apabila pengumuman dibuat majlis kami mendapat perhatian. Kami tidak mampu menolak kerana Memey mempunyai hubungan baik dengan Rafflesia The Pearl Centre. Kami juga anggap usaha sama ini sebagai peluang untuk menganjakkan jenama kami,” jelas Norman.\rDitanya tidakkah dia seakan-akan bersikap berat sebelah kerana perkahwinan pertamanya dulu berlangsung secara sembunyi-sembunyi, tetapi kali ini bakal diraikan dengan penuh gilang gemilang.\r“Janganlah dibanding-bandingkan antara perkahwinan pertama dan kedua saya. Perkahwinan pertama dulu mungkin saya tiada pengalaman dan mungkin ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa. \r“Ini adalah perkahwinan kedua, jadi saya sudah ada pengalaman berdasarkan perkahwinan yang lalu,” kata Norman.\rNorman akan dinikahkan dengan Memey di rumah keluarga bakal isterinya di Felda Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi, Johor, esok (Sabtu). \rBagaimanapun, majlis persandingan mereka pada 28 Septeber di Kuala Lumpur nanti, mendapat publisiti meluas apabila mendapat tajaan bernilai jutaan ringgit. \rIni termasuk dua gaun pengantin bernilai hampir RM1 juta yang bakal digayakan Memey rekaan pereka terkemuka, Vera Wang. \rMenurut Memey, dia berasa beruntung kerana dapat menyarungkan rekaan seorang pereka terkemuka. Katanya, dia sendiri terkejut apabila diberitahu salah satu gaun yang akan dipakai pada majlis resepsi itu adalah rekaan Vera Wang.\r“Saya memang tidak tahu langsung mengenai perkara itu. Saya berasa diri saya amat bertuah dan bersyukur di atas pengiktirafan setinggi ini,” katanya.\rINFO\rMemey akan diiringi oleh empat pengapit wanita yang bakal mengenakan gaun pendek berwarna ungu.\rEmpat pengapit wanita itu ialah Miera Liyana, Nur Fathia, Julia Ziegler dan Eina.\rNorman pula akan diiringi oleh Fahrin Ahmad dan Afiq Muiz. Manakala dua pengapit lelaki masih belum diketahui.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052573 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list