CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

'Saya tak sembunyi'

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Shahir hilang hampir tiga bulan kerana bercuti\rPELBAGAI versi spekulasi timbul apabila juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 23, sekali lagi menghilangkan diri dari dunia seni hampir tiga bulan yang lalu. Ada mendakwa dia mahu berehat bagi menenangkan kekusutan, namun tidak kurang mengatakan dia mahu meninggalkan terus bidang glamor yang baru diceburi.\r\n\n\n\n\rSebelum ini juga, jejaka dari Perak itu pernah mencetuskan kontroversi apabila tidak muncul di beberapa acara, selain pernah membatalkan sesi fotografi dengan media pada saat akhir tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).  Pada ketika itu, sukar untuk menjejaki jejaka ini. Panggilan telefonnya tidak pernah berjawab sama ada dari media mahupun pihak pengurusan.\r\r\n\n\n\n\nBaru setahun jagung bergelar penyanyi, sudah pelbagai masalah dicetuskan. Justeru, ada yang melabelkan dia artis bermasalah, namun jejaka yang keluar dari kepompong persembunyian dan membuat kemunculan khas di majlis rumah terbuka Astro, baru-baru ini kurang senang dicop sebegitu.\rApa pun untuk mendapatkannya bagi sesi temuramah juga bukan mudah apabila media diminta hanya berbuat demikian selepas Shahir selesai membuat persembahan kerana bimbang moodnya terganggu.\rPermintaan berkenaan kami turuti dan sebaik selesai mendendangkan sebuah lagu, Shahir yang diiringi beberapa wakil  AESB sedia untuk sesi temu bual, malah kelihatan cukup bersedia menjawab apa saja soalan mengenai kerjaya tetapi masih mahu berdolak-dalik selain bermain tarik tali tatkala diminta berkongsi soal cinta.\rMengulas isu kehilangannya, katanya dia tidak pernah berniat untuk lari dari kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku bukanlah disengajakan, malah walaupun ketika tempoh ‘pertapaannya’ syarikat pengurusan turut mengakui sukar menjejakinya, ketika ditemu bual tanpa was-was dia memaklumkan mereka mengetahui keadaan sebenar sejak awal lagi.\r\n\n\n\n\r“Pada 4 Jun yang lalu saya terjatuh di bilik air. Tangan saya retak dan bersimen hingga sukar bergerak. Oleh itu, doktor menasihatkan supaya berehat dan diberikan cuti sebulan. Apabila pihak Astro mengetahui perkara itu, mereka beri cuti tambahan sebulan lagi menjadikan keseluruhan cuti dua bulan.\r“Kemudian saya minta lagi cuti tambahan menjadikannya tiga bulan. Namun mereka minta saya muncul hari ini. Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya masih sempat memenuhi undangan persembahan terakhir pada 4 Jun lalu kerana tidak mahu memungkiri janji. Pihak Astro mengetahui keadaan diri saya, malah pada persembahan berkenaan saya muncul dengan tangan bersimen,” ulasnya lagi.\rDitanya mengapa sukar mengangkat panggilan daripada kebanyakan wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian, dengan selamba selain masih ingin menegakkan benang basah, tegasnya tiada seorang pun menghubunginya sepanjang tempoh itu tetapi mengakui sukar menjawab panggilan telefon disebabkan keadaan tangannya.\r\"Sepanjang tempoh bercuti, tiada siapa pun menghubungi saya untuk mengetahui segala isu dari mulut saya sendiri sebaliknya bermacam spekulasi saya dengar. Saya tidak akan mengelak sekiranya ada yang bertanyakan sendiri kepada saya, cuma saya mengaku sukar menjawab panggilan telefon dalam keadaan diri yang tidak sihat.\r\"Semua dakwaan mengatakan saya mengikut jejak langkah Sham Kamikaze juga tidak benar. Di kampung kadang-kala ke gerai  depan rumah untuk bersahur. Apabila keluar rumah, saya menjadi diri sendiri. Bila orang nampak, mulalah mereka buat pelbagai tafsiran. Bagi saya walaupun sudah bergelar artis, takkanlah saya mesti segak dan kemas setiap masa,\" katanya.\rSepanjang berehat di rumah keluarganya di Kampar, jejaka ini berkata dia menemui hikmah apabila kedua orang tuanya mula mempercayai apa yang berlaku kepadanya selama ini hanyalah sekadar spekulasi. Walau dia diam, pelbagai versi kisahnya timbul sekalipun dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. \rBegitupun, Shahir menafikan menuduh media menyebarkan cerita tidak benar kerana perkara itu turut terjadi menerusi penyebaran maklumat kurang berasas di internet.\rBelum terfikir untuk berhenti\rUJARNYA mengenai sejauh mana seriusnya dia dalam industri, katanya dia memang serius untuk terus mewarnai industri seni tanah air malah dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya sumber mengatakan mahu berhenti dari dunia nyanyian.\r\"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin berhenti. Sebaliknya saya cuma berehat kerana tidak berkemampuan untuk bekerja. Saya tidak pernah terfikir pun untuk lari daripada komitmen kerja. Kehilangan saya bukan sengaja atau mahu menyusahkan orang lain,” katanya yang berjanji akan lebih mudah dihubungi selepas ini.\rNamun katanya, sebelum media mahu menghubunginya, mereka perlu terlebih dulu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memberikan alasan skrin telefonnya rosak akibat terjatuh banyak kali.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.248132 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list