CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Penyanyi popular di Dataran Merdeka

[Copy link]
Post time 30-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Konsert Belia Cegah Jenayah dekatkan orang ramai dengan PDRM\rANNA Raffali, Hafiz (AF7), Tilu dan Ahdan Salleh daripada Gangstarz antara penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung di Dataran Merdeka bersempena Konsert Belia Cegah Jenayah. Acara persembahan bermula jam 4 petang esok itu ialah sebahagian daripada agenda sambutan Hari Terbuka Polis DiRaja Malaysia (PDRM).\r\n\n\n\n\rJika sebelum ini Hari Terbuka PDRM hanya diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), kali ini acara yang berlangsung sepanjang hari diadakan di lokasi lebih terbuka sejajar tema majlis 1Malaysia Banteras Jenayah untuk membolehkan semua kaum dan peringkat usia memeriahkannya.\r\r\n\n\n\n\nKehadiran bintang kesayangan ramai yang punya rangkaian lagu popular itu turut dimantapkan persembahan pembukaan oleh Kumpulan 1Malaysia manakala acara penutup pada jam 6 petang dijayakan Pancaragam Pusat PDRM.\rBermula seawal jam 10 pagi, selain persembahan hiburan, dataran bersejarah itu juga menjadi saksi aneka aktiviti membabitkan pelancaran Buku PERMATA, bola sepak jalanan membabitkan belia dan PDRM, pameran 4D, cabutan bertuah serta pertandingan mewarna.\rIstimewanya, walau Syawal baru berlalu warga PDRM tidak ketinggalan menghidangkan juadah bertemakan Aidilfitri khusus dalam rumah terbuka yang bermula antara jam 11 pagi hingga 3 petang.\rSecara tidak langsung, ia mengeratkan hubungan antara masyarakat dan PDRM kerana masih wujud pandangan skeptikal polis sukar didekati sedangkan hakikatnya keadaan sebenar jauh berbeza, malah sesi dialog santai juga antara pengisian acara.\r\n\n\n\n\rBagi mereka yang ingin melihat lebih dekat sejarah lalu, terutama berkaitan kekejaman komunis selain wira polis yang terkorban menentang musuh terutama membabitkan tragedi Bukit Kepong, Muzium Polis berbesar hati mengadakan pameran di tapak khas berkenaan.\rTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadualkan hadir seterusnya menyempurnakan pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011.\rTidak bererti  majlis gah begini tidak membabitkan penyertaan golongan muda dan sebagai pelengkap seramai 1,000 belia menyemarakkan kayuhan basikal untuk menyerahkan momento tanda ikrar membantu polis membanteras jenayah.\rSecara tidak langsung, penganjuran majlis berskala besar terutama dalam menghebahkan kempen seumpama itu diharap mampu menarik perhatian seberapa ramai warga kota.\rMalah ia juga antara tanda penghargaan kepada masyarakat khususnya yang memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha mengurangkan kadar jenayah, terutama jenayah jalanan di bandar raya ini.\rMatlamat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenayah yang berlaku di sekeliling mereka juga mampu dicapai sekiranya semua anggota masyarakat menjadi mata dan telinga polis.\rHadir sama pada majlis itu nanti ialah pegawai kanan PDRM termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta Timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list