CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Tak perlu kontroversi

[Copy link]
Post time 5-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Qalisha elak dikenali ramai menerusi cerita panas\rKEMUNCULANNYA dalam bidang seni bukanlah seperti kebanyakan penyanyi baru lain, yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti. Jika tidak, pastinya nama Qalisha akan meniti di bibir peminat dengan begitu pantas sekali.\r\n\n\n\n\rMaklum sajalah, biasanya artis yang lahir daripada program realiti mudah mendapat publisiti. Walaupun bakat tidaklah sebesar mana, jika pandai mencari publisiti menerusi kontroversi, laluan untuk menjadi terkenal terbentang dengan luas. Namun popular dengan cara seperti itu menuntut harga yang tinggi. Silap perhitungan, populariti entah di mana, kerjaya seni pun tidak berapa kelihatan.\r\r\n\n\n\n\nEnggan kesilapan menjerat diri, Qalisha atau nama sebenarnya Noor Qalisha Ahmad Rashid berkata, dia tidak kisah jika namanya lambat naik, asalkan populariti yang bakal dikecapnya bukanlah dibantu dengan kontroversi memualkan.\r“Pesanan keluarga dan pihak pengurusan banyak mengajar saya supaya tidak terjerumus dengan perkara yang boleh mencetuskan cerita panas. Kalau hendak terkenal pun, biarlah orang kenal saya menerusi bakat dan bukannya kerana cerita yang bukan-bukan.\r“Biarlah saya lambat popular, asalkan jalannya betul. Jika berbakat, saya percaya lambat laun orang akan kenal juga siapa Qalisha. Apapun, saya bersyukur kerana single pertama saya, Satu Januari juga kerap diputarkan di corong radio walaupun pada awalnya sambutannya agak perlahan,” ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.\rMungkin tidak ramai yang tahu Qalisha dan pelakon yang semakin meningkat naik, Neelofa, mempunyai pertalian darah keluarga iaitu sepupu. Ketika diajukan pertanyaan itu kepada gadis ini, dia tidak menafikan perkara berkenaan. \r\n\n\n\n\rCuma pintanya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia tidak mahu ada pihak yang tersalah anggap dengan pengakuannya.\r“Kami memang rapat, tetapi kalau boleh saya tak mahu mengaitkan namanya dalam kerjaya yang sedang saya bina ini. Bagaimanapun, kami saling bertukar cerita, pandangan dan nasihat apabila sesekali berjumpa. \r\"Dia dalam bidang lakonan dan saya pula dalam bidang nyanyian. Jadi mana-mana nasihat atau panduan berguna itu, kami akan kongsi bersama,” kata gadis berbintang Cancer ini.\rJanji lima tahun ditunaikan\rLIMA tahun lalu dia pernah berjanji untuk hadir ke sesi uji bakat di studio Wake The Baby Sdn Bhd milik Ajai selepas dipelawa komposer terkenal berkenaan. Pada masa itu, usia Qalisha baru mencecah 15 tahun dan masih di bangku sekolah.\rNamun, disebabkan usianya yang masih muda serta tanggungjawab sebagai pelajar terpikul di bahu, dia terpaksa melupakan saja pelawaan itu. Namun selepas setengah dekad, dia kembali menunaikan janji lama sekali gus mengejar impian untuk bergelar penyanyi.\rSepanjang tempoh terbabit, kata Qalisha, bukanlah bermakna dia duduk diam begitu saja. Sebaliknya dia tetap berlatih untuk memantapkan vokal supaya sesi uji bakat yang akan dilaluinya itu tidak sia-sia.\r“Saya kenal abang Ajai secara kebetulan, iaitu ketika kami sama-sama menghadiri satu acara hiburan lima tahun lalu. Pada masa itu meja kami bersebelahan. Bila nenek saya ternampak Ajai, dia terus memperkenalkan saya kepadanya sambil memberitahu saya boleh menyanyi.\r“Perkenalan singkat itu menyebabkan Ajai berminat untuk mengajak saya menjalani uji bakat di studionya. \rNamun disebabkan komitmen saya sebagai pelajar, saya terpaksa melupakan seketika pelawaan berkenaan. \rLagipun, antara sebab lain saya tidak pergi ke sesi uji bakat terbabit kerana saya tak mahu menjadikan karier nyanyian sekadar suka-suka.\r“Jadi, apabila habis belajar dan cukup bersedia, barulah saya pergi ke studionya untuk melunaskan apa yang dijanjikan. Masa mula-mula berjumpa Ajai, dia tak perasan siapa saya. Maklum sajalah, sudah lima tahun lamanya. Alhamdulillah, saya berjaya dalam uji bakat itu dan kini saya menjadi artis Wake The Baby,” cerita Qalisha ketika berbicara mengenai pembabitannya sebagai artis rakaman.\rBakal melancarkan album sulungnya hari ini bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, gadis berusia 20 tahun ini mengakui teruja dan berdebar menantikan sambutan peminat terhadap buah tangan sulungnya. \r“Tidak sangka, akhirnya album ini berada juga di pasaran selepas menunggu sekian lama. Terus terang, saya rasa teruja dan bersyukur kerana impian saya untuk bergelar penyanyi menjadi kenyataan. \r\"Album mini ini mengandungi empat lagu, iaitu dua lagu berentak balada dan dua lagi lagu rancak. Satu daripadanya pula saya nyanyikan secara duet bersama abang Ajai.\r“Bagaimanapun, secara peribadi saya suka menyanyikan lagu berentak balada kerana ia amat sesuai dengan suara dan jiwa saya,” kata peminat setia Kim Kardashian ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.630604 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list