CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Panasonic KWN

[Copy link]
Post time 6-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah Dato\' Abdul Razak raih anugerah utama\rVIDEO dokumentari kesan penternakan ayam secara moden terhadap alam sekitar karya pelajar Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan memikat juri dan melayakkan mereka memenangi Anugerah Utama Pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r  Idea kreatif empat pelajar sekolah berkenaan dan kesungguhan guru penasihat melayakkan mereka meneruskan saingan peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa yang berlangsung Julai tahun depan di Los Angeles, Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n  Guru penasihat sekolah berkenaan, Wan Muhamad Taufik Wan Yusoff, berkata kemenangan pasukan sekolah itu adalah sebagai menebus kekecewaan pada pertandingan sama tahun lalu.\r“Tahun lepas, kami mampu berada di kedudukan kedua saja, jadi selepas diadakan perbincangan bersama pelajar ini, kami bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik.\r“Memang mengejutkan, namun berbaloi dengan usaha selama ini.  Penghargaan sudah pasti perlu diberikan kepada penganjur yang menyediakan peralatan dan latihan intensif kepada pasukan bagi menjayakan karya,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.\rMajlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud; Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Chris Tomachi dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Panasonic Malaysia, Azizah Wahid.\r\n\n\n\n\rAbd Ghafar berkata, usaha Panasonic yang memasuki tahun ketujuh ini amat bermakna dan mengubah persepsi pelajar mengenai kaedah pembelajaran di luar bilik darjah lebih berkesan.\rKatanya, melalui KWN ini, pelajar sekolah didedahkan cara menghasilkan bahan penulisan berkualiti dan video pendidikan pada kaca mata mereka.\rSementara itu, Azizah berkata, Panasonic akan meneruskan pertandingan ini sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.\r“Daripada 37 sekolah menyertai KWN tahun ini, kami terpaksa menyenarai pendek kepada 20 saja video dihasilkan.  Semua video dihasilkan memang kreatif.\r“Selepas diteliti barisan juri yang diketuai pengarah filem terkenal, Othman Hafsham, kami memilih 12 video terbaik memasuki pusingan akhir,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.038509 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list