CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Sakti Nirvana

[Copy link]
Post time 6-10-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Ketepikan album raja pop\rJIKA ditanya kepada peminat rock mengenai kumpulan yang diminati mereka, pastinya Nirvana termasuk dalam senarai yang diberikan. Masakan tidak, kumpulan yang diasaskan oleh penyanyi dan pemain gitar, Kurt Cobain, bersama pemain bes, Krist Novoselic di Aberdeen, Washington pada 1987 ini kekal sebagai antara nama paling berpengaruh dalam dunia muzik rock dunia. \r\n\n\n\n\rBiarpun usia pembabitan Cobain bersama kumpulan itu sendiri tidak berapa panjang, namun impak yang ditinggalkan cukup hebat. Nirvana juga banyak kali bertukar-tukar pemain dram, dengan anggota paling lama mengetuk alat muzik itu bersama mereka ialah Dave Grohl, yang menyertai kumpulan terbabit pada 1990.\r\r\n\n\n\n\nPada lewat 1980-an, Nirvana meletakkan diri mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan grunge di Seattle, dengan menerbitkan album sulung berjudul Bleach, bersama syarikat rakaman bebas, Sub Pop, pada 1989. Kumpulan berkenaan mengetengahkan bunyi yang banyak bergantung kepada kontras dinamik, selalunya antara verse yang perlahan dan korus yang bising dan berat. \rSelepas disambar label ternama DGC Records, Nirvana menemui kejayaan besar menerusi single pertama daripada album Nevermind, Smells Like Teen Spirit. Album itu diterbitkan pada 1991. \rKetika proses penghasilan album Nevermind dilakukan, kumpulan ini ditawarkan dengan beberapa penerbit namun mereka memilih untuk bekerja bersama Butch Vig yang pernah membantu mereka sebelum ini. \rBagaimanapun, mereka rakaman tidak dilakukan di studio Vig di Madison seperti dulu, sebaliknya memindahkan proses penerbitan ke Studio Sound City di Los Angeles, California. \r\n\n\n\n\rSelama dua bulan, anggota kumpulan ini meneliti pelbagai lagu yang berada dalam simpanan. Sebahagian daripadanya seperti lagu In Bloom dan Breed sudah berada dalam koleksi kumpulan ini sejak bertahun-tahun lama. Manakala sebahagian yang lain termasuk On a Plain dan Stay Away tidak berapa lengkap liriknya sehinggalah proses rakaman sudah separuh jalan dilakukan. \rSelepas rakaman selesai, Vig dan kumpulan terbabit ingin melakukan proses adunan. Begitupun, sesi rakaman nampaknya memakan masa yang lama dan sudah pun terlepas jadual asalnya. Keadaan itu menyebabkan proses adunan kelihatan seperti kurang memuaskan. Juruadun album Slayer dibawa masuk untuk mencipta adunan terakhir buat album terbabit.\rBagaimanapun, selepas album itu diterbitkan, anggota kumpulan terbabit kurang berpuas hati mereka dengan bunyi yang digilap semula.\rPada awalnya, DGC Records hanya berharap untuk menjual kira-kira 250,000 unit saja album Nevermind. Tetapi, single pertama mereka, Smells Like Teen Spirit, dengan pantas mendapat sambutan, berikutan siaran kencangnya di radio dan tayangan video lagu itu di MTV. \rKetika Nirvana mengadakan siri jelajah di Eropah pada hujung 1991, mereka mendapati konsert Nirvana selalunya kehabisan tiket, kru televisyen pula sering saja berada di atas pentas dan Smells Like Teen Spirit pula tidak putus-putus diputarkan di radio dan disiarkan televisyen. \rMenjelang Krismas 1991, kumpulan berkenaan menyaksikan jualan Nevermind mencecah 400,000 unit seminggu di Amerika Syarikat (AS). Pada Januari 1992, album terbabit mengetepikan album Dangerous Michael Jackson daripada kedudukan pertama carta Billboard. Mereka juga menguasai carta album popular di negara lain. \rKemasyhuran yang dikecapi mereka secara tiba-tiba mempopularkan muzik rock alternatif ke serata dunia, malah Cobain sendiri ketika itu dianggap sebagai jurucakap kepada generasi baru, manakala Nirvana pula dilihat sebagai kumpulan utama generasi X. \rAlbum ketiga mereka berjudul In Utero yang dikeluarkan dua tahun kemudian mencabar peminat kumpulan ini dengan menampilkan bunyi yang melelaskan, kasar dan kurang elemen muzik arus perdana.\rKegemilangan kumpulan ini berakhir apabila Cobain membunuh diri pada 1994. Begitupun, pelbagai album selepas kematiannya diterbitkan sejak itu, dengan diselia Novoselic, Grohl, serta balu Cobain, Courtney Love. \rSejak kemunculan album sulung, Nirvana berjaya menjual lebih 25 juta unit album di AS dan lebih 50 juta unit di seluruh dunia.\rEdisi khas ulang tahun ke-20\rPERUBAHAN budaya yang dicetuskan album Nevermind begitu cepat dirasakan sebaik saja ia diterbitkan. Kesan berkenaan semakin dirasakan dan dapat dilihat sepanjang dua dekad penghasilan seni dan muzik, sejak kebangkitannya.\rAlbum berkenaan mendapat pelbagai pujian dan Nirvana nyata berjaya mengubah corak muzik popular serta kekal sebagai inspirasi kepada pengikut mereka.\rSempena dua dekad usia album terbabit, Universal Music Malaysia memasarkan album edisi super deluxe Nirvana Nevermind yang mengandungi empat CD dan 1 DVD. Ia mula berada di pasaran sejak 26 September lalu.\rCD berkenaan memuatkan rakaman yang belum pernah diterbitkan, kemunculan mereka di radio BBC, adunan alternatif, rakaman secara langsung yang jarang didengar serta sebuah konsert yang belum pernah diterbitkan, dalam bentuk DVD.\rDi samping edisi khas berkenaan, Universal Music Malaysia juga mengeluarkan CD ulang tahun ke-20 Nevermind yang dimasterkan semula, dua CD edisi deluxe, Gatefold Vinyl (4-LP), DVD Live At Paramount dan Blu Ray.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196256 Replies : 4543
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30367 Replies : 182
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066423 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list