CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Jiwa sekeras keluli

[Copy link]
Post time 13-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Real Steel bukan sekadar aksi robot \rMEMANG nampak pelik tapi menarik dan lucu menonton filem Real Steel apabila dua gergasi keluli dengan tubuh sasa mengikut badan manusia, bergasak dalam gelanggang tinju. \r\n\n\n\n\rTidak ada titisan darah terkeluar tetapi kedengaran bunyi berdenting apabila dua logam keluli berlaga yang kadang-kadang terasa ngilu pula apabila mendengarnya. \r\r\n\n\n\n\nIroninya, pada masa depan, dalam dunia perfileman, manusia sudah tidak diperlukan jadi pemain wataknya. Mungkin, robot akan mengambil alih untuk menjadi pelakon. \rMungkin ada yang beranggapan, robot tidak ada perasaan untuk menghayati rasa cinta, kecewa dan gembira. Robot selalunya dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman. Tapi jangan lupa, filem seperti Bicentennial Man, I-Robot dan Artificial Intelligent (A.I) adalah anatra filem yang menggambarkan robot mempunyai perasaan terhadap manusia. \rBegitu dengan filem Tamil, Endhiran (The Robot) lakonan B Rajnikant sebagai robot yang diberikan ‘hati dan perasaan’ sehingga jatuh cinta dengan teman wanita si penciptanya sendiri iaitu Aishawarya Rai.\rDalam Real Steel, memaparkan mengenai keberanian dengan palitan nilai kasih sayang adalah perisai bagi mengalahkan segala-galanya sehingga besi yang keras dapat dilembutkan. \r\n\n\n\n\rBegitulah yang di imaginasi lalu diadaptasikan  dalam buah tangan terbaru Shawn Levy yang sebelum ini mengarahkan filem Night At The Museum dan Date Night.\rKetika mendengar dan menonton sedikit thriller dari filem ini, pastinya dibayangi filem robotik seperti Transformers atau Iron Man, namun ada perbezaan dalam penyampaian filem ini yang ditangani pengarah  dengan garapan yang cukup ringkas dan  kemas.\rNyata picisan karya anak kelahiran Montreal, Quebec ini tidak hanya berpaksikan aksi robotik dalam dunia filem ciptaannya semata-mata  tetapi lebih menyingkap kepada nilai kasih sayang dan kemanusiaan sebagai inti pati yang menggerakkan naratif cerita.\rBijaknya pengarah ini apabila menggunakan subjek perhubungan yang mana akhirnya seorang anak berusia 11 tahun disatukan dengan ayah yang selama ini berhati batu dan  mementingkan diri dalam dunia yang asing iaitu tinju robotik.\rLakonan Hugh Jackman sebagai peninju dan keserasiannya bersama pelakon kanak-kanak, Dakota Goyo yang bijak bermain dengan emosi melalui renungan matanya membawa penonton menghayati nilai sebenar kasih sayang  yang diperlukan seorang anak yang membesar dan perlu  melalui fasa kehidupan. \rMemilih Jackman membawakan watak seorang bapa adalah pilihan yang dikira  tepat kerana walaupun Jackman diacuankan oleh Shawn Levy sebagai bapa yang mementingkan diri, kasar dan mementingkan wang ringgit, tetapi istimewanya watak itu tidak langsung menimbulkan kebencian di hati penonton sepanjang penceritaan itu menemui penonton.\rIni kerana Jackman yang memegang watak Charlie Kenton disifatkan peribadinya dalam filem itu sebagai lelaki kasar dan keras kepala akhirnya layu dan tersungkur dalam pelukan serta kemahuan anak lelaki tunggalnya itu sehingga  mengetepikan pendiriannya yang tidak mahu terbabit lagi dalam dunia tinju selepas robot mula menguasai sukan tinju pada zaman itu.\rReka bentuk set yang diilhamkan Tom Meyer mencapai tahap serta imaginasi sebuah rekaan set lakon yang berkesan dalam mengukuhkan lagi jalan cerita aksi robotik seperti itu. Tom Meyer bijak dalam memilih dan meletakkan robot ciptaannya ke dalam layar Real Steel kerana setiap rekaan ada karisma yang cukup kena dengan watak yang dicipta pengarah.\rGenre aksi drama yang diserapkan yang ditulis oleh Dan Gilroy serta Jeremy Leven diadaptasi daripada cerita pendek  Steel cetusan Richard Matheson itu dilihat memberi satu warna dalam pengolahan filem robotik yang mungkin dibayangkan sebagai filem ganas, aksi, pembunuhan tetapi ia sebenarnya membawa manusia dalam menilai sifat kemanusiaan yang hilang dan perlu dicari.\rApa yang agak dikesalkan pengakhiran yang ringkas dan kurang dramatik walaupun frasa ayah yang keluar dari mulut Max meruntun perasaan. Ini kerana penonton pastinya mahu melihat sesuatu yang lebih tragis berlaku dalam penyatuan dua beranak itu.\rIstimewanya, pengarah juga tidak lupa memasukkan elemen humor dalam filem ini apabila memberi wajah kepada robot bernama Max sebagai yang mampu memberi tindak balas kepada perlakuan pemiliknya. Filem ini bermain dengan pelbagai rasa seperti aksi debaran, marah, kesakitan, pengorbanan, kasih sayang dan kelakar yang tidak menjemukan penonton.\rRingkasan Real Steel\rFilem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.\rMinat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.\rMax tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.\rGENRE:  Drama dan Aksi\rTARIKH TAYANGAN: 13 Oktober\rPELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie?, Evangeline Lilly?, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn? and Olga Fonda\rPENGARAH: Shawn Levy.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041227 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list