CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5642|Reply: 16

Minah Kampung, Encik Bandar - [U]

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 23-10-2011 02:28

Minah Kampung, Encik Bandar 2


2.


"Urut lagi. Aku nak kau urut kat leher pulak!"

"Tak boleh, encik!" ingkariku pantas. Leher itu zon bahaya.Kakakku pernah berpesan yang di kawasan itu, zon bahaya. Kawasan merah yang tak patut aku lintasi. Jangan nak menempah bala, E-an.


"Why?" Erfan menyoal kembali. E-an itu bagaikan sengaja sahaja mengingkari arahanku sewenangnya tanpa alasan munasabah betullah. Erfanbaru sahaja mahu hayati akan urutan itu, sudah sempoikan mood baik itu. Memang dasar perempuan kampung lah. Dah tahu berhutang tu, buatlah cara orang berhutang.

"Kan bahagian situ tak berlapik. Kita bukan muhrim. Haram.Takbaik bersentuhan!" soal agama aku mulai perkatakan kepada Erfan. E-an masih lagi tegak berdiri di depan Erfan. Renungan Erfan bertukar menjadi tajam.

"Owh..pandai nak nasihatkan aku pasal agama. So, apa pulakkata agama sekiranya yang berhutang tak pandai nak jelaskan hutangnya? Sentiasaberikan beribu alasan kepada pemiutangnya? Haram ker halal?" Dia mulai perdebatkan kembali kepadaku. Aku kelu lidah. Bagaikan digigit balik akankata-kataku itu.

"Err..yang tu. Kena tanya pada yang pakar ulamak. Sayahanyalah Hamba-Nya yang takkan lari dari kesilapan dan kealpaan." Sayuayat itu berbicara. Sesayu tangkai hatinya kerana terjebak dengan masalah yang baru muncul itu. Kalaulah semua itu boleh dielak dari awal.

"Arghh..tu ayat hanya nak menambahkan kasihan di para pendengar. Aku malas lah nak dengar sudah memadai rasanya.
      Hanya aku mahu tahu, kau langsaikansemua hutang yang telah ayah kesayangan kau tu pinjam. Aku mahukan 8% dari jumlah sebenar pinjaman tu!" angkuh dia menyatakan jumlah hutang pinjaman ayah E-an. Mak Aiii, siap ada kadar faedah bunga lagi tu. Itu dah melampau! Kaki pembelit betullah.

Terduduk E-an di sofa. Masaklah aku kali ini. Sampai ke tua, aku perlu menanggung semua bebanan jumlah hutang. Kalau dulu ayah E-an tidak bertindakbodoh, tentu dia takkan tersempit dalam situasi ini. Kini, E-an terperangkap dalam situasi tercipta itu di mana E-an selalu tersepit dan sentiasa akan dihimpit dengan seksaan dari Erfan.

Aku bagaikan telah dinobatkan seumur hidupkan berkhidmat menjadiorang suruhan Erfan. Adakah ini takdir hidupku? Itukah takdir hidup insan yang bernama Luv Izyan a.k.a E-an?

E-an teringat kembali akan kejadian yang memungkinkan di mana dia berada di sini sekarang. Semuanya bermula di  Hospital Ampang Puteri, di waktu ketibaannya dari luar negara. Belum panas pun lagi dirinya di Malaysia, sudah terjebak dalam permainan Erfan.

“Saya sanggup lakukan apa sahaja demi lunaskan semua hutang ayah saya ni!” spontan ayat itu keluar dari bibirku apabila lelaki ini mengertak mahu membawa hal ini kepada pihak polis. Ibu dan ayah sudah dirundum kesedihan saat lelaki angkuh itu muncul di wad kecemasan ayah. E-an merasa sangat bertanggungjawab atas musibah yang melanda itu.

“Anything?” soal dia dengan wajah yang penuh sinis. Wajah manis E-an yang berhidung mancung, dihiasi dengan bibir yang merekah itu dipandang sekilas. Boleh dipercayai ker dengan Minah kekampungan itu? Dibuatnya lari, aku jua yang rugi nanti.

“Yes!”

“Tanpa bantahan?” soal lelaki angkuh itu lagi. Raut wajah amatlah bongkak sekali. Apa ingat aku tu jenis orang suka memungkiri janji ker? Salah orang beb!!

“Ya dan ya!” geram pula E-an rasakan dengan acara tarik-tarik taliini. Dia ingat aku itu jenis orang cakap tidak serupa bikin ker? Mahu sahaja E-an hentuk dia dengan beg sandang itu. Takpun dengan kerusi yang ada. Nak ker?

“Ok, be my servant!”

Rahang E-an sedikit jatuh. E-an menggosok cuping telinganya. Aku kena jadi orang gaji? Betul ker tu ataupun sekadar kata-kata di sepintas angin lalu. Wajah Erfan yang tiada perasaan itu ditatap oleh banyak pasang mata di hospital itu.

"What?" Kesemuanya menjerit kecil. Masakan ini yang perlu E-an pertaruhkan? Itu tidak adil. Memang dasar Hitler tahun 2011.

"Kau kan dah bersetuju akan lakukan apa saja. Jadi, aku tak nak dengar apa-apa alasan. Pantang bagi aku pada orang yang suka mengingkari janji. Tu la, kalau tak mahu jadi orang gaji aku, besok silalah lawat ayah kau dalam penjara, ya!" tegas serta sindir dia berkata-kata. Berbisa sekali ugutannya kali itu.

Kesemua yang ada buntu. Ayah pula hanya mampumemandang. Maafkan ayah. Hanya usapan di tangan E-an sahaja yang mampu diberikan sebagai tanda sokongan padu. Bersemangatlah, anakku. Jangan mudah menyerah kalah sebelum bertempur. Doa ayah dan ibu sentiasa bersama dengan E-an.

“Ok. Aku bersetuju. Deal!!” E-an menjawab selaju mungkin. Biarlah dirinya berkorban demi kesihatan ayah. Dirinya takkan ada apa-apa sekiranya berada di bawah jajahan lelaki bandar itu. Dia kan, seorang gadis yang kental dan takkan mudah mengalah pada cabaran.

“E-an!!” bentak ibuku kasar. Wajah ibu sudah merah menahan rasa marah dengan persetujuan E-an itu dengan lelaki bandar itu. Suka buat keputusan dengan terburu-buru. Kelak akan meracuni diri.

“Fikir baik-baik. Jangan bersetuju, nak. Kita boleh usahakan carayang lain!” ibu menyambung kata. Ibu menentang keras akan syarat gila itu. Macamlah tiada syarat lain yang perlu ditunaikan. E-an itu perempuan, muda pun lagilah. Kalau jadi apa-apa pada anak gadisnya,sapa mahu bertanggungjawab?

“Tidak, ibu. E-an dah buat keputusan dan ini keputusan E-an yangmuktamad. Izinkan E-an tunaikan apa yang E-an telah katakan. E-an inginkankeluarga kita bahagia. E-an tak sanggup lihat ayah dipenjarakan. Inilah masauntuk E-an balas balik semua jasa ibu dan ayah lakukan demi E-an!”

Ibu terdiam. Ibu jadi kaku lidah mendengar permintaan itu. Aduhai, mulia benar hatimu, nak. Ibu akan doakan dirimu, agar dilindungi selalu oleh Allah S.W.T. "ergilah, Ibu izinkan. Jangan lupa selalu solat dan berdoa agar diberikan pertunjuk dan perlindungan dari Illahi ya, sayang!" ucap ibu dengan penuh kudus dan memeluk erat badan E-an. Semakin kurus anakku sekarang itu. Kasihan sekali dengan percaturan hidup anakku itu. Sejuk membahang badan E-an. Semoga ada hikmah terlindung di sebalik semua itu.

“Ok, I will be your servant starting tomorrow!” E-an bersuara megah dan menatap wajah lelaki bandar penuh angkuh itu.

Kau tunggulah nasib baik. Ini Erfanlah! Raja segala buli di dalam hidupnya. Kau takkan boleh bertahan lama dan ayah kau akan masuk penjara jua.

"Dengan bersyarat!" ujar E-an lantang. Erfan tatap wajah itu. Syarat? Apa lagi itu mahunya?

"Syarat?" Erfan bersoal pendek. Nak bersyarat pula minah kampung itu. Cerewet betullah!


bersambung....

Like it (akuslamber)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2011 12:02 AM | Show all posts

Minah Kampung, Encik Bandar - [U]

Post Last Edit by Jaza2008 at 23-10-2011 02:12

Minah Kampung, Encik Bandar

Bab 1


"Hoi, perempuan tak sedar diri. Kenapa kau tercegat lagi katsitu? Ambilkan aku air. Aku haus. Jangan lupa beg aku ni, simpan dalambilik!" sergah lelaki yang berpakaian lengkap berkemeja ini. Dari rautwajah, terpapar wajah penuh keletihan.

Tergesa-gesa E-an menuju ke dapur dan mencapai gelas berisiair suam. Entah apalah angin yang menjengah dirinya, mahu mengamuk sakansahaja. Mudahan lah dengan air ini akan menyejukkan hati keras itu.

"Airnya, encik!"

Pantas lelaki ini menyambut dengan kasar dan rakus menelan dikerongkong. Kesempatan itu, aku membawa masuk beg bimbitnya dan menyemburkansedikit wangian Lavender dalam kamar peribadi utama banglo ini. Air mandianjuga telah aku siapkan. Rasa semuanya sudah selesai. Lupa pulak, tualamandinya.

Dahulu, pernah diriku kena maki hamun kerana terlupa mengambiltuala. "Kau ni apalah bengap sangat. Aku nak mandi guna tuala bukannyaguna kain pelikat. Lain kali, pakai otak sikit fikir. Jangan nak ikut adatkampung. Kalau dah asal usul dari orang kampung, macam ni lah jadi. Menyesalaku tau!"

Air mataku jatuh setitik mendengari ayat makian itu. Besar sangatker kesalahanku ini. Aku bukan diminta pun jadi sebegini dan aku tak pernahmeminta dipertemukan serta membuatkan dia kesal. Aku yang seribu kali menyesaladalah kerana terpaksa menghadap wajah dia semacam wajah gorilla itu 24 jam.Feeddup aku.

"Kau buat apa lama kat atas tu? Beradu ker? Tak punbersemayam di atas takhta ker? Sebelum aku naik dan kurung kau, baik kau turuncepat. Cepat!! Aku nak kau urutkan kaki aku ni!!!" Laungan itu bergemadari bawah. Suara sebiji macam guna mikrofon. Memekak sahaja.Mentang-mentanglah rumah banglo ini kalis bunyi, sesuka hati sahaja nakmenjerit seperti Tarzan. I'm not your Jane.

Sebelum amarah dia semakin menjadi lebih teruk, baik aku segeraturun ke bawah. Kain tuala yang berada dalam tanganku itu segera diletakkan ditepi pintu. Alunan ayat suci Al-Quran dibacakan olehku agar hatiku tenangapabila berdepan dengan dirinya. Kadang kala sikap panas baran dia keterlaluansangat. Kalah watak Dragon dalam cerita MERLIN di Tv3.

Perlahan-lahan aku menghampiri sofa di ruang tamu ini. Sunyi sepisahaja dirinya. Marah sangat ker dia kepadaku? Aku cuba mengintai dari bahagiantepi, kelihatan bebola mata dia sudah terpejam rapat. Sudah lamakah diatertidur di sofa ini?. Mesti dirinya terlalu letih ekoran bergelumungan dengankerja-kerja di pejabat.

'Wajarkah aku lakukan seperti yang diarahkan ataupun biarkan diadalam lena sahaja!' desisku dalam hati. Naik keliru aku dengan keadaan ini.Yang menghalangku sekarang ini adalah pegangan agama. Pegangan agama masih lagikuat menebal dalam jiwaku. Ampunkanku, Ya Allah kerana aku khilaf. Kernaterpaksa, aku jadi begini. Semua aku lakukan demi keluargaku yang tercinta.

"Apa tunggu lagi tu? Nak aku pulaskan tangan kau baru nakpatuhi arahan aku?" ujar Erfan dalam mata terpejam. Aik, dia ini ada pancaindera keenam ker?

"Kat mana encik nak saya urutkan?" E-an menyoal laju.

"Kepala." Jemariku pantas mendarat di kepala. Terasaubun-ubun kepala Erfan. Wangi bau rambut dan ada gel Biore di celah anakrambut. Gaya rambut Erfan sahaja sudah seperti anak remaja, sedangkan umur..usah ditanya. Mahu kelihatan awek mudalah tu.

"Kuatkan lagi." Arah Erfan mendatar. Amboi, nak akukuatkan dengan lesung batu? Nak try tak?

"Jangan melawan!"

"Mana ada saya melawan!" ujarku spontan. Dia dengar kercadanganku tadi? Please, nafikanlah ia, ok!

"Lesung batu tu apa kebenda tu? Bukan melawan ker?"spontan anak mata warna kejernihan itu terbuka luas. Aku terkedu, Mak!!! diadengarlah omelanku tadi. Ampun, encik. Kesilapan teknikal sahaja tu. Itulah,kerana mulut badan binasa tau. E-an dah percaya kini denganperibahasa itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 12:36 PM | Show all posts
cite baru.... bestnye... tapi tulisan kecik amat dik oiiii.... sambung..sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:33 AM | Show all posts
masuk n3 lagi.. betul tu asyriqa tulisan kecit2...
rabun mata mak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 02:22 PM | Show all posts
mana n3 nyerrrr....  dah lama akak tunggu nihhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 12:46 PM | Show all posts
mana sambungannya? syok nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 10:59 PM | Show all posts
lor..sedap2 baca..dh stop..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply 2# asyriqa


Tq akak Asyriqa yang sudi baca e-novel Minah Kampung, Encik Bandar (MKEB) itu. Maaf kerana menunggu lama. Saya ingat tiada feedback dari pembaca..rupanya ada jua yang sudi singgah jap dan baca..tq yaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2011 09:19 AM | Show all posts
Buat Hijau serindit dan yang ada ..enjoy yaa pada MKEB 2 ya..maaf kerana peram lama MKEB..ingatkan tiada feedback...hehhe..hhehe...saya yang salah, akuslamber
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:49 AM | Show all posts
Reply 1# akuslamber

Adik sambung aja kat thread yg pertama tak perlu buka thread baru...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 01:04 PM | Show all posts
tiba2 ada dua umah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:06 PM | Show all posts
konpius sekejap sbb ada 2 umah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:00 PM | Show all posts
sambung jerlah kt thread yg sedia ada...
tak perlu buka thread baru...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2011 02:30 AM | Show all posts
Reply 9# akuslamber


   thread dah dimerged , so sila buat posting entry baru kat thread yg sama ini.... jgn kata tak de yg tegur... kalu tak tahu tnya la forummer kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 12:35 PM | Show all posts
tak dak sambungan lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:36 PM | Show all posts
lorrr.. mana sambungannyaa... baru dok teruja nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 09:02 AM | Show all posts
wah seronok...
smbung smbung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list