View: 160|Reply: 0
|
Fragmen: Bukan sensasi, tapi memang fakta
[Copy link]
|
|
MINGGU lepas catatan dalam kolum ini bertajuk \'Mengapa takut filem, cerita seram\' mengenai lambakan dan kandungan filem seram tempatan mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca.\rAntara pembaca yang memberikan reaksi mungkin seorang pegawai daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dikenali sebagai Ahmad Puad Afandi. \r\n\n\n\n\rMenurut Ahmad Puad, kebanyakan filem seram (hantu) yang ditayang sudah ditapis dan diluluskan oleh LPF diklasifikasikan sebagai 13PG. Oleh itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan filem yang sesuai bagi anak-anak mereka.\r\r\n\n\n\n\nLPF tidak sewajarnya dipersalahkan 100 peratus. Bagaimana hendak menuju ke arah negara maju sedangkan semua perkara perlu dikawal oleh kerajaan dan agensi-agensinya?\rBukankah kebanyakan rakyat Malaysia berpendidikan dan matang? Kita ingin kembali ke era 1980-an dan 90-an yang mana dunia perfileman dan panggung wayang berdepan zaman \'kegelapan\'? Kalau kita mahu menonton filem yang ceritanya, daripada mula sampai akhir semuanya baik saja, tak boleh ditunjuk sedikit yang jahat atau yang tidak baik, lebih baik kita tengok filem dokumentari.\rSelain LPF dan pengkarya filem, masyarakat penonton atau kaki wayang sendiri perlu ada tapisan kendiri (self-censorship) dalam menonton filem, baik filem import atau tempatan.\rKita tidak berminat untuk mengulas mengenai pandangan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang entah kenapa menyalahkan media di atas isu lambakan dan penayangan filem seram tempatan.\r\n\n\n\n\rShuhaimi menyatakan publisiti besar-besaran daripada media terhadap filem seram turut menjadi punca mengapa filem seram tempatan menimbulkan tanggapan negatif daripada masyarakat. Beliau juga seolah-olah menuduh media sengaja memberikan soalan provokasi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengulas filem-filem seram tempatan.\rSaya tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara ini, jauh sekali untuk bersikap defensive. Namun, tetap mempertahankan apa yang ditulis oleh wartawan Hip, Serimah Mohd Sallehuddin bertajuk \'Salah Media?\' yang disiarkan pada Jumaat lalu. \rSaya pasti Serimah tidak salah dengar kerana wartawan lain yang hadir dalam diskusi itu turut mengesahkan apa yang Shuhaimi nyatakan. Dan memang diarahkan supaya sebagai wartawan jadi tukang lapor, tetapi pada masa sama mengulas dalam tugasan yang dilakukan. \rTidak timbul soal salah faham atau sengaja tidak faham. Bagi kita bukanlah perkara baru apabila sesuatu perkara seperti ini dilaporkan, diulas dan dikupas, individu terbabit atau wakilnya yang sudah terlepas cakap ini kemudian menyalahkan semula media sebagai tidak faham dan sebagainya.\rJusteru, reaksi Timbalan Presiden PFM, Ahmad Idham mendakwa dia tidak pasti sama ada Serimah tak faham atau sengaja buat tak faham, pada saya sudah tidak relevan. Malahan tidak timbul langsung soal sengaja hendak mensensasikan dan cuba melagakan industri dan media. \rApa yang ditulis adalah berdasarkan fakta, dan faktanya ialah Shuhaimi mendakwa punca filem seram tempatan menjadi isu kerana media memberikan publisiti besar-besaran terhadap genre seram berbanding filem genre lain. Kalau ikutkan, dakwaan itu pun sudah boleh dianggap sebagai tidak sihat antara industri perfileman dengan media.\rTimbul persoalan, bolehkah PFM mengeluarkan arahan kepada ahli ahlinya supaya dalam setahun ada kuota yang dibenarkan untuk menghasilkan genre filem tertentu. Misalnya, bagi filem seram, PFM menetapkan hanya empat filem boleh diterbitkan dan/atau tiga filem genre seram boleh ditayangkan sepanjang tahun 2012 nanti.\rIni untuk mengelakkan lambakan filem seram, seterusnya boleh menenggelamkan publisiti untuk filem dari genre lain.\rBagi kita, penggiat industri pun usahlah cepat melatah. Teguran Dr Mahathir terhadap cerita atau filem seram bukanlah baru. Beliau sudah membuat teguran ini kira-kira 20 tahun lalu. Saya sendiri yang buat laporan itu ketika Dr Mahathir menghadiri satu program riadah anjuran sebuah syarikat hartanah di Kajang, Selangor.\rKita pasti teguran terbaru Dr Mahathir dan beberapa pemimpin masyarakat serta penonton hari ini bukan membawa maksud filem seram tempatan tidak boleh ditayangkan langsung. Kita tahu dan sedar filem seram mempunyai pasaran yang besar berbanding genre filem lain.\rCuma kemungkinan apa yang diharapkan ialah, apakah dalam cerita seram mesti ada hantu untuk dijadikan subjek utama? Penonton dan masyarakat mungkin hendak mencabar kreativiti pengkarya filem bagaimana hendak menghasilkan cerita seram tanpa membabitkan elemen tahyul, syirik dan khurafat? Bagaimana tanpa hantu sekalipun, filem seram tempatan tetap menyeramkan apabila ditonton.\rSejak filem seram Pontianak Harum Sundal Malam dibenarkan untuk tayangan kepada umum, sudah berpuluh filem seram dilepaskan dengan tapisan paling minimum atau tiada tapisan langsung daripada LPF. Penonton juga terus memberikan sokongan. Media juga tidak putus-putus memberikan publisiti.\rHanya kandungan atau cerita dalam filem seram saja tidak banyak berubah. Sama seperti suatu masa dulu, filem seram tempatan kita seram pada dalam babak mimpi pelakon, terkejut dan mengejutkan penonton tak tentu fasal. Elemen seram hanya 10 hingga 20 minit daripada cerita sepanjang 100 minit kerana selebihnya hanya drama saja. \rBegitu juga dengan filem genre komedi. Dulu filem kita aksi komedinya dianggap sebagai lawak bodoh, lawak yang dibuat-buat. Filem cinta tempatan pula meniru gaya filem Hindustan menjadikan filem tempatan genre ini kurang diminati walaupun media memberikan publisiti besar.\rFilem genre seram kita sekurang-kurangnya sudah ada perubahan. Ada kepelbagaian corak seramnya. Ada yang betul-betul seram, ada komedi seram. Cuma akhir-akhir ini cerita genre seram seperti sudah kaku. Pembikin filem macam saling meniru. \rKalau produser atau pengarah A berjaya dengan filem seram komedi sehingga catatkan kutipan box-office, maka akan muncul produser dan pengarah B dan C untuk hasilkan filem sama. Konsep cerita yang sama, cuma hantunya saja lain.\rInilah antara faktor yang turut menjadi punca lambakan filem seram.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|