CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

Erra harapan Sabri

[Copy link]
Post time 27-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sanggul Beracun diramal beri saingan sengit pada ASK 2011DI sebalik sisi komedi seorang insan bernama Sabri Yunus, terselit kebolehan yang barang kali tidak diketahui ramai. Hampir tiga dekad memperjudikan nasibnya sebagai  pelakon, Sabri akhirnya memperlihatkan kemampuannya sebagai pengarah.\rSanggul Beracun yang membariskan Erra Fazira, Namron, diri sendirinya serta beberapa pelakon lain menjadi taruhan sulung anak seni kelahiran Kelantan itu dalam dunia pengarahan.\r\n\n\n\n\r Ketika telefilem itu menemui penonton di saluran Astro Citra, Mei lalu, ramai mengagumi kehebatan sentuhan sulung Sabri. Malah ramai yang tidak menyangka seorang pelawak sepertinya mampu mengarah sebuah drama serius dengan cukup baik.\r \r\n\n\n\n\n Justeru, ramai mengandaikan Sanggul Beracun berpotensi membawa pulang anugerah utama pada acara Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, 4 November ini. Drama berkenaan dilihat mempunyai kekuatan seimbang, dari aspek pengarahan, penceritaan, lakonan mahupun videografi.\rBagi Sabri, walaupun berjinak-jinak dalam dunia pengarahan pada usia 50 tahun, dia tidak berasakan keputusannya itu terlambat. Dia menganggap pengalaman yang ditimba sedari usia 24 tahun dalam dunia lakonan adalah proses pembelajaran yang sangat membantu ketika menyiapkan drama pertama arahannya itu.\r“Rakan-rakan yang mengenali saya tahu sejauh mana kemampuan saya. Mereka tidak terperanjat dengan hasil kerja saya kerana mereka mengenali siapa saya. Sebelum mengarahkan telefilem ini, saya pernah mengarahkan VCD Bukan Pi Mai Pi Mai, sewaktu VCD sedang popular. Tapi saya menganggap Sanggul Beracun sebagai karya pertama sebab kehadiran VCD itu tidak disedari.\r“Saya bersyukur hasil kerja saya diiktiraf, walaupun ramai tidak tahu drama itu arahan saya. Ketika yang sama, saya tidak meletakkan sebarang harapan. Namun apabila pihak stesen mencalonkan drama ini untuk dipertandingkan di ASK, satu saja harapan saya. Kalau boleh, biarlah Erra Fazira yang menang (kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama).\r\n\n\n\n\r“Karakter Erra dalam telefilem itu lain daripada yang pernah dia bawakan, sama ada dalam filem ataupun drama. Dia berjaya beri apa yang saya mahukan. Walaupun ketika itu Erra sibuk dengan program Mentor, tetapi dia sangat komited pada kerjanya. Dia seorang yang sangat bagus,” kata Sabri yang banyak merujuk kepada filem drama Perancis, Sepanyol, Australia, Iran dan Australia ketika mengarahkan telefilem terbabit.\rSekiranya Namron juga berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, tambah Sabri, itu adalah satu bonus.\rDia memang berpuas hati dengan kesemua mereka yang menjayakan telefilem ini, sama ada pelakon mahupun pekerja belakang tabir, kerana berjaya melunaskan setiap kehendaknya dengan baik.\rMenyorot kembali detik pembabitannya dalam dunia pengarahan, artis yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa dan Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu pada mulanya hanya mengolah kembali skrip Sanggul Beracun kerana tidak berpuas hati dengan skrip asal.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.044397 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list