CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

Dengarnya...: Penangan Nasi Lemak 2.0

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MULA-MULA Cik Normah ingin ucapkan tahniah kepada Fred Chong daripada Prodigee Media Entertainment selaku penerbit filem Nasi Lemak 2.0, dan pengarah yang juga pelakon utamanya, Namewee, kerana buah tangan sulung mereka mencatat kejayaan membanggakan dengan memungut kira-kira RM7 juta ketika ditayangkan di pawagam.\rIa mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 September lalu.\r\n\n\n\n\rDalam keadaan pasaran filem tempatan yang tidak menentu, tiba-tiba filem terbabit mendapat sambutan cukup hebat daripada peminat. Ada sesetengah filem tempatan, hendak capai RM1 juta kutipan tiket pun susah bukan main lagi. Nasi Lemak 2.0 pula, walaupun tidak pernah menduduki carta pertama filem pecah panggung, tetap memungut laba yang tinggi.\r\r\n\n\n\n\nJadi, pasti ada sesuatu yang menarik mengenai filem Cina yang turut memuatkan dialog dalam bahasa Melayu dan Tamil ini. Cik Normah pula, nampaknya nak kena beli DVD filem ini tidak lama lagi, untuk sama-sama mengkaji, di mana kekuatan filem terbabit. \rMaklumlah, bukannya Cik Normah ada masa sangat hendak ke pawagam, sebab terikat dengan jadual kerja yang tidak menentu. Sesekali dapat peluang ke panggung, Cik Normah akan pilih filem bercorak aksi dan fiksyen sains dulu. Kalau filem seram pula, Cik Normah tengok dulu siapa pelakonnya.\rApa-apa pun, berbalik kepada filem ini, yang Cik Normah dapat rasakan, kekuatannya banyak terletak kepada gabungan karakter dan elemen budaya pelbagai kaum di negara ini. Walaupun ia filem berbahasa Cina, namun ada watak Melayu dan India juga di dalamnya. Jadi, semua orang boleh berasa dekat dengan paparan yang diberi.\rKalau tidak silap Cik Normah, selain Namewee, Karen Kong, Dennis Lau, Ho Yuhang, Pete Teo dan Kenny & Chee, filem ini turut mengundang pelakon Melayu dan India seperti Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Datuk David Arumugam, Reshmonu dan Nadine Ann Thomas. Memang 1Malaysia sangat bentuknya.\r\n\n\n\n\rWalaupun ada pihak yang kurang suka apabila Namewee menghasilkan filem ini, berikutan beberapa kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini, namun mungkin orang filem sendiri dapat belajar sesuatu daripada arahan sulungnya itu. Kata orang, ambil saja yang jernih. \rMungkin pemuda itu mempunyai formula tersendiri, yang berjaya menarik orang ramai ke panggung. Bukan saja penonton Cina, tetapi peminat filem daripada bangsa lain juga khabarnya berebut-rebut menonton Nasil Lemak 2.0. Tidak salah kalau kita belajar untuk kebaikan dan kepentingan industri filem kita sendiri?

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044021 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list