CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 1

Nyamuk gajah lawan Aedes

[Copy link]
Post time 31-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MPSJ guna larva Toxo akan makan jentik-jentik pembawa  denggi\rPUCHONG: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melepaskan kira-kira 400 nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo) dewasa di kawasan hutan Jalan Bestari 2, Kampung Sri Aman di sini, dalam usaha mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penyakit demam denggi di kampung terbabit.\r\n\n\n\n\r  Ia dijalankan di bawah Program Pengawalan Pembiakan Nyamuk Aedes Menggunakan Nyamuk Toxo dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang memperuntukkan sebanyak RM60,000 bagi menjayakan program berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Kampung Sri Aman dipilih sebagai lokasi melalui hasil pemantauan dari 27 Jun hingga 10 Oktober lalu oleh pihak USM. \rDalam pemantauan menggunakan teknik Ovitrap yang dipasang lima hari sebelum dan tujuh hari selepas fogging dijalankan, USM mendapati terdapat banyak pembiakan nyamuk Aedes.\rAhli Majlis MPSJ merangkap Pengerusi JKP Zon 12, Mohd Nasir Yusoff, berkata Kampung Sri Aman mencatatkan 11 kes demam denggi dengan enam daripadanya sah positif sejak awal tahun lalu. \r“Gotong-royong sudah dilaksanakan tetapi paling penting, bagaimana cara untuk mengatasi pembiakan nyamuk Aedes.\r\n\n\n\n \r“Program ini diharap menjadi contoh kepada zon lain di dalam kawasan MPSJ termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dalam menangani penyakit demam denggi di kawasan masing-masing,” katanya pada Pelancaran Skuad Denggi JKP Zon 12 dan Pelepasan Nyamuk Toxorhynchites 2011 di Balai Masyarakat Kampung Sri Aman di sini, kelmarin. \rHadir sama, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok Suh Sim; Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Kaji Hayat USM, Prof Abu Hassan Ahmad.\rAbu Hassan berkata, USM menerusi Unit Kawalan Vektor sudah membiakkan nyamuk Toxo sejak 20 tahun lalu selepas mendapati nyamuk berkenaan mampu mengurangkan pembiakan nyamuk aedes sekali gus mencegah demam denggi.\r“Nyamuk Toxo hanya memakan madu bunga dan jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Ia hidup di dalam kawasan hutan hijau dan kerana itulah kita memilih kawasan berhutan untuk melepaskan nyamuk dewasa ini yang akan menetaskan jentik-jentiknya dalam tempoh 3 hingga 4 minggu. \r“Pemantauan selepas sebulan pelepasan akan dibuat menggunakan alat khas yang dikenali sebagai Alat Memerangkap Jentik-Jentik Nyamuk (MLTD) bagi memastikan jumlah jentik-jentik aedes yang terdapat di situ,” katanya.\rSementara itu, seramai 10 wakil JKP dan 20 wakil penduduk Kampung Sri Aman dipilih sebagai Skuad Denggi bagi mengingatkan penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran premis mereka bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.\rSkuad ini dilengkapkan dengan pelbagai peralatan bagi menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengadakan gotong-royong.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2014 05:27 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKAITAN


MPSJ berjaya kawal pembiakan Aedes guna nyamuk Toxo
Oleh: AFEEQA AFEERA
SUBANG JAYA, 7 JUN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mempergiatkan usaha dalam mengawal serta mencegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan pentadbirannya bagi memastikan wabak denggi tidak terus menular.
Bahagian Perhubungan dan Komunikasi Korporat MPSJ dalam satu kenyataan, berkata inovasi yang dibangunkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sejak tahun 2011 adalah menggunakan nyamuk “Toxorhynchites” sebagai alternatif mengurangkan populasi nyamuk Aedes.
Menurut kenyataan itu, program berkenaan mula dilakukan di Kampung Seri Aman dan diperluaskan ke kawasan baru iaitu di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16.

http://bm.selangorku.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048432 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list