View: 189|Reply: 0
|
Secawan Kopi, Sebuah Puisi, Selengkar Sketsa
[Copy link]
|
|
NOSTALGIA Kumpulan Anak Alam yang mencipta nama pada 1970-an diimbau pada program tiga dalam satu; Secawan Kopi, Sebuah Puisi, Selengkar Sketsa yang berlangsung secara santai di Art Case Galleries, Ampang, baru-baru ini.\rProgram yang disempurnakan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar, juga peneraju utama Kumpulan Anak Alam dulu, khususnya dalam pementasan teater dulu, menemukan enam penyair dan pelukis iaitu Raja Azhar Idris, Prof Dr Zakaria Ali, Dr Siti Zainun Ismail, Dr Ibrahim Ghaffar, Abdul Ghaffar Ibrahim atau Agi dan Mustapa Ibrahim.\r\n\n\n\n\r“Saya kagum dan teruja menyaksikan pameran yang menghimpunkan karya ahli Kumpulan Anak Alam dan seakan-akan mengimbau kembali saat manis ketika saya turut sama dalam kumpulan ini suatu ketika dulu.\r\r\n\n\n\n\n“Diharapkan pameran ini menjadi permulaan kepada usaha mengembalikan semula kegemilangan seni dan budaya agar terus berkembang, sekali gus membuka mata masyarakat akan kewujudan pengkarya hebat yang tidak ternilai sumbangannya ,” katanya ketika merasmikan pameran berkenaan.\rPelbagai kelainan ditonjolkan pada pameran ilham Raja Azhar, terutama suasana santai dan tema apabila ruang galeri dipenuhi meja kopitiam dan pengunjung berpeluang membasahkan tekak sambil melihat lukisan menarik yang dipamerkan serta mendengar alunan puisi kalangan penyair.\rRaja Azhar pemilik Art Case Galleries meluahkan rasa syukur kerana biarpun berdepan pelbagai cabaran terutama dalam menggabungkan pengkarya hebat yang sibuk dengan urusan masing-masing, rancangan menjayakan Secawan Kopi, Sebuah Puisi dan Selengkar Sketsa dapat direalisasikan.\r“Selepas dua tahun menyimpan hasrat melaksanakan projek ini, saya nekad tahun ini ia mesti menjadi. Malah, besar harapan saya agar pameran yang akan berlangsung sehingga 13 November ini dapat menjadi acara tahunan dan menjadi medan pengkarya mahupun penggemar seni berkumpul,” katanya.\r\n\n\n\n\rAcara perasmian Secawan Kopi, Sebuah Puisi dan Selengkar Sketsa turut diserikan dengan deklamasi puisi oleh Agi yang menyampaikan sajak, Dundun Cakcak, manakala Dr Ibrahim tampil dengan puisi Seganas; Gelombang Ketiga Belas dan Raja Azhar (Aku dan Dia).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|