View: 17999|Reply: 79
|
Fakta: Panaskan Enjin Kereta; Mitos atau Yang Bener Nya???
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by YeOpInDiE at 31-10-2011 14:43
p/s : ape komen mekanik dan injineer kat sini, ada betul ka ?
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim denganhampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama adapemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikalberkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan inidilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarangdestinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yangmemanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjinkereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintudan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Guasyak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingatmesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untukmenjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dansentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin inidiajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada puncikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambilkursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Diunivesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak adamenyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi dimana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasanenjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk guastart panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar.Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalandatuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagisebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, guapula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebabgua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangunlambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan?Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijaklaksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan diMalaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untukkehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjinadalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telahmemulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjinyang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun ,United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudahmenetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak bolehdibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa carayang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupunsuhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, merekamenyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu diMalaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah.Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikatiaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their designtemperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjinyang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalamkeadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantasuntuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan katalain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaanpepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik danberfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapatdilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan burukkepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turunke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada didinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akanmengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya.Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahanke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyakpelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palampencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuhyang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yangdemikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan apisebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wapdari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalamikehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yangsejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Inimenyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yangmana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yangdinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-keretaMalaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakanbertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atauhasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yangdilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepadakarbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air,mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksidadan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripadakomponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalamkeadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjindengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsihanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah padasatu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu iaakan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepadabahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikankomponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia bolehberoperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidupterbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling)maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja.Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukanmemanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazirbahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kitalihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar anginmengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yangdisebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agaklama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turunmeninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawahenjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambilsedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahanpelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponendalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlutahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yangdipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana olehpusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepatpam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir kebahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing lajuapa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjindalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yangkononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahuihujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satuperkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukuppantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalauenjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau bolehBMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangantunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tigakeping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjinkereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alamsekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jikakenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT,berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasarmini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagarsekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberisebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaranudara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda didalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalamkeadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgitdan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau keatmosfera yang membawa pemanasan global. |
|
|
|
|
|
|
|
tl;dr
xde da kot orng2 yg aku knal amalkan panaskan enjin kete ni, cuma kalo time pagi2 nk sbuh tu aku ade la nmpak driver2 bas /lori yg panaskan knderaan mereka kadang2 lpas smyng sbuh pun knderaan mereka x gerak2 lg. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu ms zmn student salu je dgr kwn aku panaskan engine utk budget mny...padahal aku tgk panas ke tak mynk aku ttp rm90/week..jln yg sama kelajuan yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# H4dRi
lori ataw bus yang lama ang tgok macam depa panaskan enjim tu bukan panaskan enjim sebenarnye,,,tpi kalu tak silap aku depa tunggu pressure angin ka apa ka sampai tahap dia.....untuk brek org mybe benda lain...sebab tu lama ..kalu off enjim depa kena tunggu balek pressure tu naik,,sebb tu depa kalu bereni makan depa tak mati enjim.... |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni dah bincang lama....sama gak pasai kegunaan termostat.......
tak suruh pom panas enjim lama2 sampai 10 minit 20 minit ,,,paling koman biarla 3 minit ....kasi running itu enjim .....kalu nak kira crank pusing minyak sampai (oil pump) napa tak cerita sekali pasai minyak yang pakai tu dia aktif pada suhu berapa??takkan mula2 start enjim minyak teroih panas.....??cam kita la ,,bangunpagi2 tgh mamai teroih org soh kita pi panjat bumbung cabut piring astro,,tak gila ka.......kasi warming up,,,,,biasa2 sudah dalm 2 3 minit....tak lokek pom minyak ...enjim terjaga.....cuba la buat kereta kamu suma termasuk penulis artikel ni,,balek kang kereta dah 1 hari tak jalan start pastu teros jalan,,,apa jadi......??jerking tak??air yang ikut flow tak panas apa lagi dah teroih jalan.........tak tahu la kereta bmw ka buggati ka merc ka volvo dah canggih le ni,,start teroih jalan..sebab kucem bercerita dari segi kereta kuno ....kereta org biasa kereta org miskin |
|
|
|
|
|
|
|
jadi panaskan enjin tu mitos je la ye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# figurae
try dulu kat kereta sendiri,,tgok efek jangka masa panjang ngan pendek.......ingat ye,,start je teros jalan....jgn tunggu walau 2 saat......lagi cun kalu kereta tu dah seminggu tak jalan |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah terbiasa sejak dulu, sebelum jalan mesti panaskan enjin
sekurang2nya 5 minit... kadang2, tengah siap2 nak pakai seluar baju... enjin dah start siap2 masa lepas mandi...
lagi lama lagi bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
keta haku klau xpanaskn enjin mau bila jalan munyik mcm enjin lori diesel |
|
|
|
|
|
|
|
TT kna tmbah bole drive trus tu sbnarnya bkn bole full throttle, tp kebnyakan pemandu biasa jarang memandu rpm lbih dr 3k rpm jd xde masalah kalo trus drive pun,
kalo x silap aku enjin mivec/vtec dlu2 pun ada safety system bilamana kalo suhu xsmpai optimum, maka rpm xkan msuk zon mivec/vtec,
bg aku biar enjin idling, xbgus, sbb aku prasan kalo aku bnyk stuck kat traffic jam spark plug bnyak mendapan karbon, manakala kalo xde sngkut traffic jam spark plug cntik je, |
|
|
|
|
|
|
|
amik contoh paling senangla..
moto yg pakai 2T.....kalau start pagi2 terus jalan kompom mampus...sebab belum panas |
|
|
|
|
|
|
|
keta aku pun kalo tak panas enjin dulu tak berapa smooth...aku panaskan pun kejap je seminit dua |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu kalo tak cukup panas, gear shifting tak berapa smooth..keta aku auto so untuk mengelakkan pertukaran gear agak kasar aku panaskan enjin dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# kucingTomey
bangunpagi2 tgh mamai teroih org soh kita pi panjat bumbung cabut piring astro,,tak gila ka.......kasi warming up,
cam tucen gak kan, kalau seminggu tak gerak dok dalam sangkar. pastu tetiba tuan ko suruh tangkap tikus berlari, melumpat, merangkak, menerkam, alamatnya mau tercabut bulu misai tucem ye
macam orang main bola, bersukan, berlari, berjoging, koman2 kena gak buat strectching, kalau tidak mau cram kaki iye tak
aisey, wa pun cilok ini esei kat orang punye, so wa pun kureng arif, mungkin jugak kalau stakat2-3 minit tu memang perlu jugak kasik running itu enjin sebelum masuk gear dan mungkin jugak keta moden tak payah running enjin , start terus jalan pasal design dia dah macam tu, tak macam keta motor zaman tok kaduk, enjin suda tua, mana boleh start enjin terus jalan., orang tua pun serupa gak macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# md.jie
keta haku klau xpanaskn enjin mau bila jalan munyik mcm enjin lori diesel
haku rasa ko eloklah tambahkan lagi suhu kepanasan tu camni, supaya enjin berbunyi macam BMW, Porsche atupun Bugatti Veyron, cubalah kalu tk pircaya
ko tengok, segala keladak2 akan jadi cepat mencayer dan enjin keta ko akan jadi lebe smooth and quiet
|
|
|
|
|
|
|
|
panaskan engine kenderaan bukan mitos.
x tau la kereta korang kereta mahal yg jenis start2 engine terus2 jalan.
pengalaman aku dgn moto kapcai ms time study dulu.
bgn lambat n nak kejar kuliah so start engine motor pecut terus jalan.
lama2 br aku perasan engine motor aku makin x sedap.speed 60 kmh gegar mcm dah 110 kmh.
yg ketara ms kat traffic light engine semput.tambah malang lg tetiba engine mati.
tu la kesannya kalo x panas engine b4 drive.
so skang bila dah keje mmg aku amalkan tabiat panaskan engine b4 gerak semata2 sbb nak jaga engine. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bangun pagi terus lari pecut tanpa warm-up. Tgk apa akan jadi pada muscle...hahhhaha.
Aku berpegang teguh lagi utuh dan kukuh pada prinsip aku - enjin mesti panaskan selama 3 minit. Minyak hitam perlu masa utk membasah semua bahagian engin dan minyak hitam paling effiicient pada suhu optimum.
ORG NAK KATA HAPA, AKU PEDULI HAPA!!!!!!!! HAHHHHA |
|
|
|
|
|
|
|
Baru aku tau idling=pepura |
|
|
|
|
|
|
|
ni copy artikel dalam majalah KERETA ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# mozaiakis
dekat TFL pom dah bincang hal ni,,,,,,ada yang setujuk tapi dalam rpm yang rendah kalu nk sgt jalan teros tanpa panaskan enjim sebentar |
|
|
|
|
|
|
| |
|