Post Last Edit by ungu_merah at 2-11-2011 08:47
** setelah mendapat keizinan dari SMod Acehand , dengan ini TB memperkenalkan satu permainan baru untuk memeriahkan lagi Board PP. Diharapkan kawan-kawan semua terhibur dan dapat turut sama menyertai permainan ini.
Pemberi Soalan akan memberikan SATU HURUF VOKAL & SATU HURUF KONSONAN dan para pemain dikehendaki membina perkataan menggunakan huruf-huruf yang telah diberikan. Perkataan tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4 huruf .Para pemain akan diberikan masa selama 7 MINIT untuk membina seberapa banyak perkataan yang boleh.
cth: huruf K & A..
perkataan yg boleh bina ialah
akil, kian, muak,siak
perkataan yg di rejek: karam, takwa, kiraan...
1. Min perkataan: 4 huruf
2 Masa permainan : 7 minit
3. Hanya satu perkataan yang boleh diberikan pada satu-satu masa . 4. Perkataan kesat, tidak sopan dan berbaur lucah adalah dilarang sama sekali.
5. Sekiranya terdapat perkataan yang sama, peserta yang terlebih dahulu menghantar perkataan tersebut akan di kira
6. Pemain hanya boleh membuat satu ayat di dalam satu post.
7. Jumlah minima pemain mestilah sekurang-kurangnya 4 orang tidak termasuk pemberi soalan. 8. Perkataan yang dibina di dalam Bahasa Malaysia sahaja. 9. Huruf -huruf yang diberikan hanya boleh digunakan sekali sahaja. 10. Soalan baru hanya boleh diberikan setelah proses pengiraan jawapan terdahulu siap. 11. Para peserta dikehendaki membuat post : COUNT ME IN bagi menyertai permainan ini. 12. Nama binatang, tempat , tumbuhan dan kata nama khusus tidak akan dikira.
**JUARA - 20 KREDIT
**NAIB JUARA - 15 KREDIT
**TEMPAT KETIGA - 10 KREDIT
**SAGUHATI - 5 KREDIT UNTUK TEMPAT KE 4 SAHAJA **setiap pemberi soalan akan diberikan tacang sebanyak +10 untuk setiap soalan yang diberikan
~ dengan kebenaran SMod ~
~ juga kebenaran mod utk foremer buka thread ~
|