CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 0

Juadah antarabangsa siswa UKM

[Copy link]
Post time 8-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DALAM usaha memperkenalkan kepelbagaian juadah yang unik dalam dan luar negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengajian Umum menganjurkan Pesta Juadah Antarabangsa 2011, di kampusnya di Bangi, baru-baru ini.\rProgram dengan kerjasama Pusat Pengajian Siswazah UKM itu disertai pelajar daripada 22 negara antaranya Indonesia, Arab Saudi, Jordan, Bosnia, Palestin, Bangladesh, India, China, Iran, Sri Lanka, Brunei dan Belanda.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Pusat Pengajian Umum UKM, Prof Dr Khairul Anwar Mastor, berkata Pesta Juadah Antarabangsa itu adalah acara tahunan dan masuk tahun ketiga.\r\r\n\n\n\n\n  “Sebelum ini kita hanya tumpukan pada makanan saja, tetapi kali ini aktiviti diperluaskan lagi dengan memperkenalkan kebudayaan yang dimiliki negara mengambil bahagian seperti tarian.\r“Program bertujuan memberi peluang pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di UKM memperkenalkan kebudayaan mereka terutama makanan kepada masyarakat tempatan.\r“Pada masa sama, pelajar tempatan berpeluang memperkenalkan makanan dan kepelbagaian budaya kepada penuntut antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan.\rHadir sama, Pengarah Program, Prof Madya Dr Fazilah Idris.\r\n\n\n\n\rSempena program itu, Indonesia dipilih sebagai pemenang bagi Gerai Terbaik manakala China pula dinobatkan juara kategori Pameran Terbaik.\rSementara itu, peserta program yang ditemui, Elvedina dari Bosnia berkata dia seronok kerana berpeluang menyertai pesta yang sekali gus memperkenalkan makanan tradisi negaranya.\r“Sempena program ini, pengunjung dapat merasa makanan yang dikenali sebagai ‘sarma’ iaitu daging dan nasi yang dibungkus dengan kubis. Ia adalah makanan tradisional masyarakat di negaranya,” katanya.\rPeserta dari Brunei, Masrahayu Masri, pula berpendapat program berkenaan memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dengan pengunjung apabila memberikan penerangan mengenai makanan yang disajikan.\r“Juadah yang unik dari Brunei ialah `cacah ambuyat’ dibuat menggunakan tepung sagu dan dicicah pencicah yang ada rasa masam atau pedas,” katanya.\rPeserta yang mewakili Malaysia, Norhafiza Harif, berkata program itu memberi peluang kepadanya mencuba banyak makanan baru yang selama ini tidak pernah dirasa.\r“Kali ini ramai yang tertunggu menu nasi arab. Hidangan dari Malaysia seperti nasi himpit, kuah kacang, lemang, rendang dan kuih tradisional seperti bahulu juga turut mendapat sambutan pengunjung,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.049609 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list