CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2262|Reply: 2

Buru emas terakhir sebelum bersara

[Copy link]
Post time 10-11-2011 09:32 AM | Show all posts |Read mode

Emy Latip


Emy sedia undur diri selepas gelaran kelima, mahu fikir soal rumah tangga

“SAYA mahu menang emas terakhir sebelum memikirkan soal bersara,” demikian tekad srikandi silat negara, Emy Latip mengenai penampilan kali kelimanya pada temasya serantau kali ini.

Pesilat kelahiran Lahad Datu, Sabah berusia 27 tahun itu menjadi prospek memenangi emas selepas mengungguli Kelas C (50-55kg) di Laos dua tahun lalu.   Emas itu adalah yang pertama dimenangi gadis itu selepas tiga kali percubaannya sebelum ini gagal apabila sekadar menang gangsa (2003), perak (2005) dan gangsa (2007).  “Usia makin meningkat dan mungkin kudrat saya tidak setangkas seperti dua tahun lalu. Lagipun, seperti wanita lain saya juga berkeinginan berumah tangga.

“Jadi, temasya ini banyak ertinya kerana selain mahu mempertahankan emas yang dimenangi, saya juga mungkin mahu memburu emas terakhir sebelum bersara,” katanya.

Menyorot mengenai kerjayanya sebelum bergiat cergas dalam silat, mungkin ramai tidak tahu Emy sebenarnya aktif dalam taekwondo dan pernah mewakili Sabah bertanding di peringkat kebangsaan.

“Namun, kerana sukar untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan, jurulatih mencadangkan saya bergiat aktif dalam silat pada 2003 dan selepas memikirkannya secara mendalam, saya mengikut saranan itu.

“Ternyata, keputusan saya tepat apabila pada tahun pertama, saya sudah merebut tempat dalam skuad kebangsaan dan tampil beraksi pada Sukan SEA buat julung kali,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2011 03:49 PM | Show all posts
heheh lepas bersara pun bersilat juga nanti.... tapi di lain gelanggang...... cuma takdpt pingat je nanti.......

kalau kawin nanti... future husband mesti kena ada skill pertahankan diri juga la ye... takut silap sikit nanti... kena sidekick dgn isteri....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 09:16 PM | Show all posts
hahahaha.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050633 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list