View: 27257|Reply: 14
|
Bidang forensik semakin popular di Malaysia
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dauswq at 11-1-2012 12:39
Pembaziran pakar forensik
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM), universiti pertama di Malaysia yang diberikan penarafan Universiti Apex melahirkan ramai graduan bidang sains forensik sejak 2003.
Sebagai permulaan, pelajar lepasan matrikulasi perlu memperoleh sekurang–kurangnya CGPA 3.67 (berdasarkan CGPA terendah pelajar sains forensik sidang 2006/2007).
Ini menandakan hanya pelajar yang layak diterima masuk ke bidang ini.
Graduan yang dihasilkan berpengetahuan luas dalam bidang penyiasatan kerana latihan dan pembelajaran yang diterima semasa di universiti dan semasa praktikum di bawah kendalian Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, cukup untuk melabel mereka sebagai pakar dalam bidang forensik.
Pembelajaran yang diterima merangkumi segala asas bidang forensik, bukan saja berkaitan cara penyiasatan kejadian jenayah, malah berkaitan psikologi, criminology (study of criminal behavior), perubatan forensik, kimia analitikal, kriminalistik, balistik, DNA, serology dan juga criminal justice System.
Pada setiap tahun, lebih kurang 25 graduan bakal dihasilkan untuk menampung jumlah penyiasat dan ahli kimia berkhidmat bersama organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
Namun, apa yang menyedihkan sejak 2006, graduan dihasilkan tidak lagi diperlukan berikutan tiada kekosongan di Jabatan Kimia Malaysia.
Ramai graduan beralih arah ke bidang pekerjaan yang tidak berkaitan, contohnya dalam bidang kimia industri, tidak terkecuali yang mengambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sebagai alternatif lain, menjadikan guru sebagai profesion sepanjang hayat.
Jika ditanya mengapa tidak berkhidmat dengan pasukan polis, ini satu lagi isu yang perlu dibangkitkan.
Untuk berkhidmat dengan pasukan polis tidak semudah yang disangka berikutan graduan perlu memiliki susuk tubuh dan ketinggian yang ideal. Pemakaian cermin mata tidak dibenarkan.
Jika diteliti dengan mengambil contoh rakan sekuliah saya, 80 peratus daripada kami memakai cermin mata.
Bagaimana mungkin kami berkhidmat untuk PDRM? Saya dimaklumkan hanya seorang saja senior saya memohon dan diterima berkhidmat bersama pasukan polis. Jika pengiraan teliti dibuat dengan mengambil 25 orang setahun sebagai titik tanda graduan yang dihasilkan selama enam tahun ini, jumlahnya mencecah 150 orang, tetapi hanya seorang yang layak diserap ke pasukan polis setakat ini.
Maka dengan itu tidak hairanlah ramai graduan sains forensik USM masih menganggur, walaupun pada kebenarannya jika mereka dihantar ke negara yang pesat membangun, yang menghargai bidang ini seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, sudah pasti mereka direbut pelbagai agensi yang kekurangan khidmat pegawai forensik di sana.
Tidak seperti negara kita yang masih tidak menyedari kepentingan bidang ini sedalam-dalamnya. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) banyak membantu graduan bidang ini dari segi pemberian biasiswa.
Namun, ketiadaan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang ini ditawarkan oleh kerajaan boleh disifatkan sebagai suatu pembaziran.
Graduan yang menerima biasiswa akhirnya tidak berkhidmat untuk kerajaan, sebaliknya berkhidmat untuk badan forensik swasta seperti Approved Forensics Sdn Bhd yang bertapak di ibu negara.
Harapan graduan berkhidmat dalam kerajaan boleh dikatakan berkubur sebaik mereka mengetahui realiti tiadanya peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Hal ini amat menyedihkan kami kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil membela nasib kami, walhal banyak pendekatan yang boleh diketengahkan untuk merealisasikan bidang sains forensik di Malaysia.
Dengan ini saya merayu pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana makin hari saya melihat betapa kami diperlukan untuk berkhidmat dalam menangani masalah jenayah ini, namun kewujudan kami seakan tidak disedari.
Saya sebagai wakil graduan dan mahasiswa sains forensik universiti tempatan amnya dan USM khususnya amat berharap supaya isu ini dapat diteliti dan dititik beratkan supaya negara ini tidak kehilangan sejumlah pakar yang boleh mencorak keamanan Malaysia, bebas tanpa jenayah.
RIDZUAN KUNJI KOYA
Sains Forensik Universiti Sains Malaysia 06/07 |
|
|
|
|
|
|
|
UiTM tubuh Institut Forensik Sains
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
[email protected]
SHAH ALAM 26 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mengumumkan penubuhan Institut Forensik Sains bagi memperkasakan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti pelaku mahupun suspek jenayah.
Penubuhan institut itu selaras dengan cadangan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar agar sampel DNA bagi setiap kelahiran baru didokumentasi berlandaskan Akta Identifikasi DNA 2008.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang mempunyai Fakulti Sains Gunaan, Perakaunan, Undang-Undang dan Sains Perubatan, UiTM mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menubuhkan Institut Forensik yang melakukan kajian DNA.
"Dengan prasarana sedia ada bernilai RM20 juta, pihak UiTM mampu menubuhkan institut yang khusus untuk mengkaji dan mengenal pasti DNA bagi membantu polis dalam siasatan kes jenayah.
"Kita komited untuk membantu pihak polis bagi siasatan kes seperti pembuangan bayi, penipuan akaun dan lain-lain," katanya kepada pemberita di pejabat Canselori UiTM di sini hari ini.
Sahol Hamid menjelaskan, penubuhan institut itu akan diperkuatkan dengan 20 pakar termasuk dalam bidang patologi, forensik perakaunan, kimia dan pakar perubatan daripada pelbagai disiplin.
Kata beliau, semua pakar ini akan diletakkan di bawah satu bumbung dan ini akan menjadikan institut yang bakal beroperasi dalam kawasan UiTM itu sebagai makmal kajian DNA dan lain-lain yang mendapat kerjasama polis sepenuhnya dari segi keselamatan dan kerahsiaan.
"Dengan penubuhan institut ini, kita harap akan mampu menghasilkan pakar forensik yang mampu diketengah ke peringkat dalam dan luar negeri.
"Sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang mempunyai 172,000 pelajar dan bekas pelajar, kita mungkin menjadi perintis kepada penubuhan bank data DNA dalam kalangan pelajar yang mendaftar di UiTM," katanya.
Jelas beliau, penubuhan institut itu memerlukan dana yang besar, namun ia penting untuk membanteras jenayah seperti pembuangan bayi dan penipuan akaun yang semakin menjadi-jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana mungkin kami berkhidmat untuk PDRM? Saya dimaklumkan hanya seorang saja senior saya memohon dan diterima berkhidmat bersama pasukan polis. Jika pengiraan teliti dibuat dengan mengambil 25 orang setahun sebagai titik tanda graduan yang dihasilkan selama enam tahun ini, jumlahnya mencecah 150 orang, tetapi hanya seorang yang layak diserap ke pasukan polis setakat ini.
Ketat gak kemasukan graduan forensik dlm PDRM..badan kena tough segala, tak leh lembik2 katenye~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# dauswq
bohong la sampai badan diambil kira semua nie...ahli forensik dlm PDRM tue stay dlm makmal jer banyak, buat post mortem criminal case.. dan mmg la susah nk masuk, sbb forensik tue satu unit jer dlm PDRM..yg terbaek jela dipilih..bidang nie bukan availabe lagi dlm agensi - agensi swasta |
|
|
|
|
|
|
|
pernah bercita2 nk jadik pakar forensik |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik belajar ambik bidang lain |
|
|
|
|
|
|
|
jadi pakar forensik IT pon ok jugak apa. pernah di wawancarakan oleh majalah PC tahun 2005 pasal bidang ni dalam PDRM dan ATM. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi pakar forensik IT pon ok jugak apa. pernah di wawancarakan oleh majalah PC tahun 2005 pasal bidang ni dalam PDRM dan ATM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# LEES
pernah juga suruh salah seorang ahli keluarga ambik course ni... dipengaruhi CSI sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 7# winamp05
kalau nak ikutkan dah high time dah PDRM engage ramai forensic experts sbb kadar jenayah di Malaysia dah makin menakutkan,
cuma malaysia ni selalu set wrong priority |
|
|
|
|
|
|
|
Reply LEES
pernah juga suruh salah seorang ahli keluarga ambik course ni... dipengaruhi C ...
snoordin Post at 5-12-2011 10:39 PM
ai plak d pengaruhi drama/film |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sorg aje yg diambil masuk PDRM, adakah itu bermaksud PDRM tak pakai forensic methods untuk menyelesaikan kes? |
|
|
|
|
|
|
|
cer pegi merantau luar negara, kje kt sane |
|
|
|
|
|
|
|
haish. realiti semua ni. aku pelajar forensik tahun3 kat ukm skang. lagi setaun nak menapak ke gerbang kerjaya, insyaAllah. banyak faktor sebenarnya. it's always private and confidential |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dauswq at 11-1-2012 12:38
Sains forensik bantu rungkai kes jenayah
BIDANG sains forensik semakin memainkan peranan penting membantu bidang perundangan dan merungkai masalah kes-kes jenayah di negara ini.
Peranannya sekaligus membantu mengurangkan indeks kadar jenayah seiring dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Berucap pada perasmian Simposium Sains Forensik Antarabangsa 2011 (IFSS 2011), Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusoff sehubungan itu menyeru agar saintis sentiasa meningkatkan kualiti kajian dan penemuan mereka supaya diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan sukar untuk dicabar.
"(Justeru) saya yakin bahawa simposium kali ini akan dapat memberikan impak positif dalam memacu dan memandu negara serantau amnya dan Malaysia khususnya untuk lebih maju dalam bidang sains forensik seiring dengan kemajuan sains, teknologi dan inovasi'," kata beliau.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Simposium Sains Forensik Antarabangsa 2011 (IFSS 2011) yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madinah Mohamad.
Simposium tersebut yang bertemakan Advancing Forensic Sciences, merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Kimia Malaysia, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Turut terbabit ialah Persatuan Sains Forensik Malaysia (FSSM) dan Institut Kimia Malaysia , yang telah berjaya menghimpunkan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli forensik dari seluruh dunia.
Tujuan simposium itu diadakan adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli forensik dari seluruh dunia supaya mereka dapat membentangkan, membincangkan dan berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.
Ia meliputi kes-kes sebenar yang berlaku, kajian kes, penyelidikan dan perkembangan serta cabaran terkini dalam pembangunan sains forensik.
Fadillah berkata, perkongsian pintar amat digalakkan di antara komuniti sains di samping aplikasi menyeluruh teknologi dan ICT seiring dengan peredaran masa.
Sementara itu, Presiden FSSM, N. Hithaya Jeevan berkata, topik perbincangan meliputi DNA, kriminalistik, dadah dan toksikologi dan perubatan forensik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|