CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Tenang terima 'kekalahan'

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Nadia tidak kisah digandingkan dengan Lisdawati\rMELIHAT aksinya memakai tudung litup selepas itu membawa motosikal dengan wajah yang tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku kepada pelakon bernama Nadia Mustafar ini.\r\n\n\n\n\rLagaknya cukup bersahaja. Dia memberikan tumpuan sepenuhnya dengan setiap arahan yang diberikan. Sesekali Nadia kelihatan ketawa apabila ditegur oleh pembantu pengarah atau pelakon lain yang bergandingan dengannya.\r\r\n\n\n\n\nItulah gelagat Nadia ketika dalam set penggambaran filem terbarunya, Aji Noh Motor arahan Mohd Razif Rashid atau Ajib di Beranang, Selangor, baru-baru ini. \rHakikatnya, beberapa minggu sebelum penggambaran filem ini dimulakan, Mahkamah Sesyen mengarahkan dia membayar saman sebanyak RM50,00 kepada Lisdawati. Di atas nasihat peguamnya, Nadia tidak memberikan sebarang ulasan panjang lebar.\rPercaya bahawa lumrah alam ada turun naik dan cukup bersedia dengan situasi menang atau kalah, pelakon drama dan filem ini menerima keputusan mahkamah baru-baru ini dengan hati yang terbuka.\r“Saya tidak mempertikaikan. Bagaimanapun, saya masih mempunyai hak memfailkan rayuan. Ini keputusan saya sendiri dan atas nasihat peguam. Lagipun, sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah, saya sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika diminta mengulas kekalahannya dalam kes saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadapnya.\r\n\n\n\n\rNadia sememang begitu tenang menjawab soalan membabitkan perkara itu.\rKatanya, kekalahan itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk hidup bahagia disamping dua anaknya, Hazil Izham Qaliff Izham berusia dua tahun setengah dan Mia Qaisara  Qaliff Izham berusia tiga tahun setengah.\r“Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu. Rasa tenang dan sudah adat dunia menang atau menerima ‘kekalahan’. Sebenarnya saya tidak mahu komen lagi berkenaan isu ini kerana sudah dinasihati peguam. Saya juga sudah bersedia menerima keputusan ini. Jika tidak menang, saya perlu menerima ‘kekalahan’ dan begitulah sebaliknya. \r“Selepas menerima keputusan ini, saya menjalani kehidupan seperti biasa. Berlakon seperti biasa dan tidak tertekan,” katanya.\rDitanya tidakkah selepas menerima keputusan itu, dia bimbang peminat akan menganggapnya sebagai bersalah, Nadia tetap positif mengatakan pada dirinya sendiri bahawa dia tidak rasa bersalah atau malu kerana selama ini memang tidak pernah mengambil duit orang mahupun membuat kehidupan sesiapa susah.\r“Saya hanya tuntut kebenaran. Sebenarnya hal ini hanya saya dan dia (Lisdawati) saja yang tahu kebenarannya. Jadi saya terima saja apa yang berlaku. Kalau dia berada di tempat saya, dia juga akan lakukan perkara yang sama,” katanya.\rBertanya berkenaan sejauh mana tahap profesionalisme dirinya jika digandingkan bersama Lisdawati, Nadia ada jawapannya tersendiri.\r“Selama ini selepas kejadian yang berlaku, saya dan dia tidak pernah digandingkan dalam mana-mana produksi. Mungkin semua produksi sudah tahu apa yang berlaku dan tidak menggandingkan kami. Jika ada tawaran bersama dia, saya ok saja.\r“Dalam Suria Di Cardobo juga saya dan dia berlakon tetapi melalui masa penggambaran yang tidak sama,” katanya sambil memberitahu perkara itu sudah lapan tahun berlalu.\rMembawa Nadia kembali semula kepada soal kerjayanya, dia memberitahu setakat ini rezeki hadir mengiringi hidupnya. \rKatanya, dia akan berlakon drama di bawah arahan Hans Isaac berjudul Lemang Kampung Santan dan filem Penanggal terbitan Tayangan Unggul dan supertele berjudul Isnin, Selasa, Rabu di bawah arahan James Lee.\r“Sekarang ini saya menjalani penggambaran filem Aji Noh Motor  di bawah arahan Muhamad Razif Abdul Rashid. Bekerja dengan pengarah ini membuatkan saya cukup selesa dan bebas memberikan idea. \r“Lagipun sebelum ini saya dan pengarah sudah pernah bekerjasama. Saya melihatnya cukup berbakat dan penuh dengan idea baru,” katanya yang membawakan watak sebagai Datin Zalzlina yang cukup garang.\rKatanya, dia  juga masih aktif dalam perniagaan makanannya dan berharap rezeki itu terus menyuburkan dia sekeluarga.\r“ Saya masih buat perniagaan tempahan makanan. Cuma yang terbaru saya sudah mula memperkenalkan tempahan makanan saya di set lokasi dan sambutan yang diterima menggalakkan.\r“Dulu saya ada buka kedai makanan tetapi kerana tidak ada siapa boleh menguruskan dengan baik, saya tutup saja dan menumpukan kepada bidang tempahan makanan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197980 Replies : 4616
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 4750 Replies : 8
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 3030 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 5252 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30726 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list