CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Badai Semalam menusuk jiwa

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cinta suci Mazni porak peranda kerana perbezaan dua darjatHUJAN, bunyi guruh dan kilat sambar- menyambar yang ‘membelah’ isi dalam Istana Budaya bagai menyerlahkan gelora perasaan Mazni yang melalui suka duka kehidupan  demi mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah.\n\n\n\nDetik di stesen kereta api yang menjadi babak pembukaan teater Badai Semalam mencambahkan keinginan penonton menyelami isi hati anak bekas tukang gaji yang kehilangan ibu kemudian mengorbankan cinta dan seterusnya dipersiakan suami.\n\n\n\n\nJika sebelum ini novel popular nukilan Khadijah Hashim pernah dijadikan drama, naskhah melankolik itu sekali lagi diangkat ke medium berbeza, teater yang menyemarakkan semangat pembacanya untuk melihat karakter Mazni secara lahiriah.Di tangan Khairunazwan Rodzy selaku pengarah, watak anak dara berjiwa besar itu yang dilakonkan Erra Fazira tampak begitu bernyawa, dalam kelembutan gadis Melayu sekitar 1970-an, sisi peribadinya cukup jelas iaitu tegas dan yakin terhadap kemampuan diri.Seperti diluahkan penulisnya, Mazni dan ibunya, Cik Bibah (Ziela Jalil) mewakili wanita pada era berkenaan yang terhimpit dek pandangan skeptikal masyarakat apabila ditujahi pendapat golongan hawa tidak perlu belajar tinggi.Walau hanya orang gaji, selain menumpang di rumah bekas majikan, Cik Bibah mahu anak tunggalnya belajar sampai ke universiti – sesuatu perkara janggal yang tidak mampu dilaksanakan wanita ketika itu – sedangkan jika melihat kudrat, dia tidak berwang.\n\n\n\nSudah lumrah, miskin dipandang hina. Itu yang berlaku kepada dua anak-beranak terbabit apabila ada mulut mendesak Mazni berhenti sekolah demi menyara keluarga, malah cakap belakang semakin membara tatkala dia akrab dengan anak majikan, Karim (Aaron Aziz).Tidak hairan apabila sejak awal lagi, orang kuat Istana Budaya, Mohamed Juhari Sharaani sudah ternampak bayangan Erra Fazira yang paling sesuai membawakan karakter Mazni dalam produksi terbitan Istana Budaya dengan kerjasama Frensis Sdn Bhd itu.Begitu juga mainan emosi dan ego dalaman seorang ibu yang kurang menyukai anak bujangnya menjalin cinta bersama anak orang gaji sendiri ditonjolkan Umie Aida dengan cemerlang ,manakala Fizz serta Aaron juga tidak kalah menampilkan gaya kelelakian watak masing-masing.Barangkali karakter Fizz Fairoz tidak jauh berbeza kerana membawakan watak lelaki budiman, namun kemunculan julung kali dalam pementasan tampak cemerlang, begitu juga karakter Karim kerana Aaron mengolahnya dengan bersederhana, disuntik sedikit unsur kelakar. Antara yang menyerlah juga adalah watak antagonis, Cik Mahani (Emelda Rosmila) yang suka mengapi-apikan ibu Karim, Cik Rohana (Umie Aida) sekali gus melambangkan sikap segelintir manusia pendengki cuma ditonjolkan secara bersahaja dengan karakter melucukan.Sememangnya, setiap watak dan perwatakan yang diterjemah daripada novel berkenaan amat kena termasuk Fizz Fairuz sebagai teman lelaki Mazni bernama Karim, Iqbal Taufik selaku ayah Karim (Encik Haris) serta Jasmin Hamid bersama watak Dora si penggoda.Titik tumpu penonton di dewan gah dengan kapasiti 1,200 tempat duduk itu turut terarah kepada pentas yang memukau membabitkan peralihan 11 props besar yang melatari babak bermula di stesen kereta api dan berakhir di lokasi sama.Nyata pereka set bukan hanya bijak menggunakan teknik hujan bagi membuai emosi ramai, malah peralihan set besar dari satu babak ke babak lain memperlihatkan kronologi  episod duka gadis berkenaan hingga saat dia meninggalkan bumi Tanjong Puteri, juga di lokasi terawal yang ditonjolkan iaitu stesen kereta api.Seperti era berkenaan, hiasan dalam rumah banglo, suasana di kelab malam, hospital, sekolah, kostum serta alunan lagu digabungkan sebaik mungkin untuk menonjolkan realiti ketika itu.Meskipun ada sedikit kekurangan apabila ketika peralihan babak tertentu kelihatan pembantu pentas menarik atau menolak set, ia tidak mencacatkan pandangan kerana pengisian dan paparan pentas itu sendiri sudah cukup untuk menutup kelemahan kecil.Bagi Mohamed Juhari, pelbagai faktor membolehkan teater Badai Semalam meraih sambutan di luar dugaan apabila hingga kini hampir 90 peratus tiket berjaya dijual dengan kebanyakannya dibeli orang perseorangan.“Novel popular, kronologi yang menyuntik rasa, skrip mantap, pelakon hebat, set menakjubkan adalah kombinasi yang menghidupkan naskhah ini di mata penonton terutama peminat setia novel ini khususnya golongan wanita.Khadijah puas hatiBAKAL dipentaskan 14 kali sepanjang tempoh itu, akuinya persembahan hujung minggu termasuk matinee paling laris dijual, malah hingga kini tiket berharga RM50 sudah habis ditempah sekali gus membuktikan karya daripada novel yang pernah dijadikan teks bagi sekolah menengah itu peminat tegar.Sementara itu, Khadijah berkata, berpuas hati dengan garapan semula Badai Semalam di pentas teater yang dikatakan seperti yang ditonjolkan di dalam naskhah novelnya termasuk gambaran di lokasi penting seperti di stesen kereta api.“Saya paling suka menyaksikan babak di stesen kereta api ketika Mazni mengucapkan selamat tinggal kepada Zaki. Latar tempatnya, suasana dengan hujan dan guruh, dialog serta mainan emosi mereka cukup mengharukan.“Sebagai pelakon, mereka dan seluruh tunjang pementasan ini sudah melakukan yang terbaik. Lihat saja set bersama pentas hidrolik dan set seperti saiz asal, ia menvisualkan sesuatu yang digambarkan dalam naskhah novel ke alam realiti,” katanya.Penulis tersohor itu mengakui menyaksikan latihan terakhir selain hadir mengikuti pementasan pembukaan Jumaat lalu, malah satu pameran lukisan yang dihasilkannya sendiri turut berlangsung di ruang legar Istana Budaya sepanjang tempoh pementasan.Katanya, Mazni adalah lambang harapan masyarakat 70-an ketika itu yang diharap mampu menjadi contoh kepada generasi seterusnya supaya meminjam semangat kental gadis berkenaan dalam menggapai cita-cita.“Produksi ini melalui cabaran besar, sebagai penulis, tulisan serta gambaran mendalam sudah mencukupi untuk memusatkan perhatian pembaca namun di pentas teater mereka perlu menterjemahnya dengan sokongan semua elemen termasuk skrip, set, lakonan, muzik, sistem bunyi, penataan cahaya dan sebagainya.“Saya sendiri tidak menyangka selepas dibawa ke kaca TV sebanyak dua kali, kini ia dipentaskan pula di sini. Dalam naskhah panjang, kronologi kisahnya digarap menarik dari satu babak ke babak seperti  dalam novel,” katanya lagi.INFO* Teater Badai Semalam dipadankan daripada novel Khadijah Hashim* Dipentaskan di Istana Budaya dari 11 November lalu hingga 20 November 2011.* Tiket berharga RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM300.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197980 Replies : 4616
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 4750 Replies : 8
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 3030 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73551 Replies : 317
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 5252 Replies : 0
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30726 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056078 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list