Tujuan aku bukak thread ni untuk tolong orang yang nak berubat tapi tak boleh sebab takde duit atau banyak halangan jadi kiranya tatacara ni penting untuk orang yang bermasalah.
Membuang Saka Dari Orang Yang Susah Untuk Meninggal Dunia
Banyak orang yang mempunyai masalah untuk meninggal jadi untuk merawatnya dengan membaca ayat di bawah sebanyak 100 kali atau lebih.
Ayatnya : Yaa A'fuwwu
Dengan izin Allah orang tersebut akan meninggal dengan senang.
Kaedah Untuk Membuang Saka
Ambil secawan air, lepastu baca ayat ni :
Allaahumma iimaanan bika, wa tash-diqon bikitaabika, wa wafaa-an bi'ahdika, wa itbaa'an binabiyyika muhammadin shollallaahu'alaihi wa sallam. Wa qul jaa-al haqqu wa zahaqol baathilu innal baathila kaana zahuuqon. Wa nunnazzilu minal quraani maa huwa syifaaun wa rohmatun lil mu'miniin. Wa laa yaziidudh dhoolimiina illaa kho saaron. Wadz-kur-robbaka idzaa nasiita wa qul'asaa an yahdiyanii robbii li aqroba min haadza rosyadan. Wakaanal laahu bil mu'miniina rohiiman.
Lepas baca ayat di atas, tiupkan dekat gelas air tu dan bayangkan macam cahaya dihembusi ke air tu kemudian diberi minum kepada pesakit, minum tu kena habis jangan ada setitip pun tertinggal, Pesakit yang akan di rawat harus mengambil wuduk sebelum meminum air tersebut
Kaedah Kedua Untuk Membuang Saka
Barang yang perlu adalah 7 telur itik dan tulis dekat telur tersebut ayat Al-Quran dibawah ni menggunakan apa sahaja yang boleh menulis.
Tulis dekat telur yang pertama surah Al A'raaf ayat ke 116 :
Tulis dekat telur yang kedua Surah Al A'raaf ayat ke 118 :
Tulis dekat telur yang ketiga Surah Yunus ayat ke 81 :
Tulis dekat telur yang keempat Surah Al Anbiyaa ayat ke 30 :
Tulis dekat telur yang kelima Surah Al Fath ayat ke 3 :
Tulis dekat telur yang keenam Surah Al Qomar ayat ke 11
Tulis dekat telur yang ketujuh yaitu telur terakhir Surah Al Mujaadilah ayat ke 21 :
Lepas semua telur sudah ditulis masak telur tesebut dengan memasak menggunakan periuk steam supaya tulisan dekat telur tersebut tak hilang, bila habis memasak, kemudian bagi dekat pesakit makan kesemua telur tersebut. Dengan izin Allah semua saka, jin yang menganggu akan hilang dan pesakit akan kembali seperti biasa dengan izinnya. Pesakit pun kalau nak baik kena izinkan la untuk dirawat.
Kalau ada yang tahu cara nak buang saka share la dekat sini jangan la kedekut ye, ilmu yang Allah beri bukan untuk dijual beli.
Mungkin penting untuk orang yang bermasalah jadi harap ini boleh membantu........
PS/ Mod kalau dah ada thread ni jangan segan-2 delete atau merge ye
Allaahumma iimaanan bika, wa tash-diqon bikitaabika, wa wafaa-an bi'ahdika, wa itbaa'an binabiyyika muhammadin shollallaahu'alaihi wa sallam. Wa qul jaa-al haqqu wa zahaqol baathilu innal baathila kaana zahuuqon. Wa nunnazzilu minal quraani maa huwa syifaaun wa rohmatun lil mu'miniin. Wa laa yaziidudh dhoolimiina illaa kho saaron. Wadz-kur-robbaka idzaa nasiita wa qul'asaa an yahdiyanii robbii li aqroba min haadza rosyadan. Wakaanal laahu bil mu'miniina rohiiman.
Artinya :
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang. Yaa Allah dengan keimananku kepada-Mu dan kitab-kitab-Mu, menepatiku atas janji-Mu dan ketaatanku kepada Nabi-Mu Muhammad Saw. Dan katakanlah “ Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap “. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Dan kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan Al-Qur’an itu tidaklah menambah kepada orang-orang dzolim selain kerugian. Allah tidak akan meninggalkan mereka, Dan ingatlah kepada Tuhanmu ketika kamu lupa. Katakanlah mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang lebih dekat lagi untuk mendapatkan petunjuk-Nya. Dan Allah SWT. terhadap orang-orang yang mu’min adalah Dzat yang Maha Penyayang.
Wa qul jaa-al haqqu wa zahaqol baathilu innal baathila kaana zahuuqon. (Surah Al Isra ayat 81)
wa laa yaziidudh dhoolimiina illaa khosaaron (Surah Al Isra ayat 82)
Boleh digunakan untuk merawat santau, gangguan, saka. Itupun dengan izin Allah
Ustaz Kazim Elias menyarankan dalam siri ceramah beliau; ambil air kolah daripada 17 buah masjid kemudian disatukan & dimandikan kepada individu berkenaan...
p/s: Boleh rujuk ceramah beliau yg bertajuk 'Saka'.
larat ker nak buang kat diri sendiri?
biasanya kan kalau dah ada dalam badan sendiri, berat rasa nak g berubat
apatah lagi nak usahakan sendiri
tapi leh cuba... sebab apapun untuk kesembuhan adalah dengan rahmah Allah jua
apa kaedahnya, pelbagai... terus dekatkan diri kepada Allah...
Reply 7#hawa001
from my opinion
minta lah perawat tolong tengokkan...
banyak sangat simptom, kadang kte pon tak sure tu sakit biasa or saka lak kan... huhu...
Subhanallah..maha suci Allah yang ilmuNya tidak terbatas lagi bersempadan.
Terima kasih atas perkongsian ilmu TT. Tetapi saya sarankan berhati2 kepada sesiapa jika ingin mengubat diri tanpa ada bimbingan guru atau yang ahlinya. Dikhuatiri akan ada kesan sampingan ke atas diri. Yalah, mana ada yang mahu keluar secara baik dari perumah yg sudah lama bermastautin dan selesa di dalam badan
Satu lagi, kalau TT boleh tepekkan ayat al Qur'an di dalam jawi lagi elok saya rasa. Bukan apa, jika dibaca tanpa tahu makhraj dan nahu yg betul, dah lain bunyinya. Ibarat mcam kakak tua la pulak nanti. Lain yang dihajati, lain yang datang pula
askum evilcooler, ape yg dimaksudkn kesan sampingan tu? bole tolong jelaskn. adakah serang balas dari saka itu atau sihir.
Kena ingat, ayat Quran yang dibaca jika salah tajwidnya, maka yang dikhuatiri rawatan tak berkesan atau boleh menyebabkan makhluk jin tadi mengenakan kita pula iaitu perawat diuji. Jin saka ni boleh juga mungkin jin Islam, yang tak lut sangat dengan ayatul quran sebab dia pun Muslim ataupun diapun hafal / mampu baca ayat quran lebih elok daripada kita.
Sebaik2nya, biar perawat Muslim yang uruskan. Kita jangan nak memandai. takut nanti bukan mujarab yang datang, mudarat pula bertimpa2.
Actually ada 2, dari saka itu sendiri atau sihir dari org lain.
1. Saka :- sedangkan kita nak menghalau org setinggan atau pendatang asing tanpa izin yang boleh lihat secara fizikalnya pun susah, ini kan pula saka yang bersifat halus dan ghaib pada pandangan mata kita. Dah la tu..kalau jenis yang dah hidup menempek dgn kita sejak generasi turun temurun dalam keluarga dan beranak pinak pe semua, cuba bygkan le pyahnye mcm mana. No pain no gain beb..
2. Sihir :- Jika saka pula sudah dibuang dan dibersihkan, ada kemungkinan pula saka yg selama ni menjadi pendinding kepada sihir atau jin2 lain yg nak mengacau sudah tiada. Maka jin dan sihir yg dihantar org mudah pula kena sasaran dan mangsa jadi lagi parah selepas tiada saka. Mereka yg ada saka ni badannye dah ada highway keluar masuk jin2 saka ni (beza dgn syaitan ye). Kalau tidak ditutup secara betul, maka lubang keluar masuk tu tetap ada.
Perawat yang arif dan berpengalaman akan sentiasa pantau keadaan pesakit. Bukan jenis touch n go. Kena ada rawatan susulan dan feedback pesakit.
Saudara, kalau ikut ayat posting pertama berlainan dgn ayat posting kedua, ada penambahan satu kalimah selepas Surah Al-Isra' dan sblum Surah Al-Kahfi iaitu kalimah layas takhlifannahum. Kalau ia Quran maka ia ada dlm Surah An-Nur ayat 55 dgn sedikit perbezaan: ليستخلفنهم bukan لايستخلفنهم dgn maksud sungguh mereka akan menjadi khalifah, pemerintah memegang tampuk kuasa.
Dan ayat slps Kahfi iaitu wakanallahu bil mukminina rahima, blh saudara tunjukkan ayat dari surah mana? atau dari Surah Al-Ahzab? Maaf sedikit cerewat dlm hal tahqiq ilmu.
Reply 19#edy137
Klu selalu sakit kepala, marah2, x nak bgaul dgn orang, sakit x sedar ( dlm masa yg sama cakap benda2 yg org lain x faham) lepas tu x ingat yg td dia dah sakit, x ingat benda2 yg dah ckp sebelum ni.... itu tanda2 saka ke?