CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

Graduan MSU sebagai '3D modeler'

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
MENGIKUT kajian pengesanan graduan Management & Science University (MSU) yang dijalankan setiap tahun, 95 peratus graduannya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Mereka telah diserapkan dalam pelbagai segmen industri seperti pembuatan, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), kesihatan, perbankan, hospitaliti dan perniagaan.\rAntaranya adalah penerima Anugerah Khas Industri pada Majlis Konvokesyen ke-9 MSU pada Julai lalu, Ahmad Fadhli Ahmad Dahlan, 25, yang menamatkan pengajian di universiti berkenaan dalam Bachelor in Information & Communication Technology.\r\n\n\n\n\r       Kecemerlangan Fadhli menarik minat  Altriz Technology Sdn Bhd iaitu syarikat yang memfokus pembangunan perisian Fleetwork Training (FWT2) dengan mengambil beliau bekerja sebagai 3D Modeler/Developer berlokasi di Cyberjaya, Selangor  sejak setahun lalu.  \r\r\n\n\n\n\n       Beliau yang berasal dari Shah Alam mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seksyen 24, Shah Alam dan kemudian menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang Sains Komputer di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang.\rAhmad Fadhli berkata, kejayaan beliau banyak dibantu rakan-rakan dan pensyarah yang begitu komited sekali gus menjadi motivasi untuknya menimba ilmu pengetahuan.\rBeliau berkata, kerjasama erat antara rakan, pensyarah dengan berkongsi nilai yang sama serta sokongan tanpa jemu keluarga merupakan inspirasi utama melalui tempoh pengajian  itu.\rSehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata, pemilihan kerjaya yang bakal  diceburi adalah penting kerana ia akan menjadi motivasi kepada pembangunan kerjaya seseorang serta mampu mengelak individu daripada jemu dengan rutin harian.  Malah mampu menjadikan seseorang itu lebih produktif dan kreatif.\r\n\n\n\n\r“MSU memberikan pengalaman pembelajaran menyeluruh di mana selain bidang akademik, kami sebagai pelajar turut dituntut untuk aktif dalam aktiviti berbentuk kokurikulum. Saya sendiri pernah terlibat dalam aktiviti berbentuk khidmat masyarakat di Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040692 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list