View: 124|Reply: 0
|
Asri: Kenyataan Hasan Ali boleh menghina umat Islam
[Copy link]
|
|
1. Saya terbaca kenyataan Hasan Ali yang menyatakan umat Islam boleh murtad sebab sebaran solar-powered talking Bible. Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang \"the power of reading the Bible\" seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak.2. Di Malaysia, al-Quran dikumandangkan di pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tidak pula dihebohkan bukan muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari. Tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca Bible. Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Bible. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh Bible mengatasi al-Quran. 7. Cara dan gaya mempertahankan Islam para era ini memerlukan pendekatan yang lebih bersifat semasa dan berkesan. Sepatutnya sebagai \"parti alternatif\" PR mempelopori pendekatan baru yang lebih berkesan dan meninggalkan cara lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk era ini. Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada muslim juga yang bertambah keliru. Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula. Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini.Baca: Hasan Ali akan cuba cadangkan pelan pelaksanaan Hukum Hudud *Tulisan ini dipetik dari blog Prof Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kanan), bekas mufti Perlis.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|