View: 141|Reply: 0
|
Arroyo didakwa tipu pilihan raya
[Copy link]
|
|
Pertuduhan boleh sebabkan bekas Presiden itu dipenjara seumur hidup\rMANILA: Bekas presiden Filipina, Gloria Arroyo didakwa semalam atas tuduhan menipu dalam pilihan raya, pertuduhan yang boleh membawa bekas pemimpin berusia 64 tahun itu menghabiskan masa seumur hidup dalam penjara, kata pegawai.\r\n\n\n\n\rKhabar angin mengenai pertuduhan yang difailkan Suruhanjaya Pilihan Raya sudah bertiup kencang beberapa minggu lalu di Filipina yang menyaksikan Arroyo cuba meninggalkan negara itu dengan mendakwa yang beliau memerlukan rawatan perubatan segera tetapi kerajaan menghalangnya di lapangan terbang Manila. \r\r\n\n\n\n\n“Kami baru menerima keputusan penyiasatan dan kami dapati ia cukup untuk pendakwaan, jadi kami memfailkan kes,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya, James Jimenez dalam rangkaian televisyen GMA.\rBeliau berkata bekas pemimpin itu dituduh melakukan sabotaj dalam pilihan raya dan perlu ditahan sepanjang perbicaraan. \rBagaimanapun, belum ada arahan segera dari mahkamah Manila untuk menahan Arroyo yang masih berada di hospital semalam atas apa yang didakwa menghidap penyakit tulang yang jarang berlaku dan memerlukan rawatan pakar di luar negara.\rSuruhanjaya pilihan raya berkata Arroyo yang menjawat jawatan presiden dari 2001 hingga 2010 mengarahkan gangguan undi secara besar-besaran pada pilihan raya senator 2007 dengan penipuan menyebabkan calon pembangkang kalah.\r\n\n\n\n\rLaporan menyatakan undi diganggu di wilayah selatan Mindanao yang sebelum ini diperintah keluarga Ampatuan. \rKeluarga Ampatuan ketika itu adalah sekutu rapat Arroyo dan mempunyai reputasi buruk dalam politik Filipina sebagai keluarga yang memiliki tentera peribadi. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|