CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4044|Reply: 14

Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Sukan SEA 2011

[Copy link]
Post time 19-11-2011 03:36 PM | Show all posts |Read mode



INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir hari ini.


Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting.


Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka.
“Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini.

Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara.
“Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.”

Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”Mengulas mengenai lawan yang akan ditentang Harimau Muda hari ini, Kim Swee berkata, skuad kenda- liannya tidak boleh memandang rendah keupayaan Myanmar.

"Saya sudah melihat video rakaman perlawanan membabitkan Myanmar dengan Timor Leste. Pada perlawanan itu, mereka menampilkan corak permainan secara menyerang."Pada perlawanan menentang Vietnam pula, apa yang saya lihat mereka mengamalkan corak permainan bertahan. Jadi melalui video rakaman yang telah saya saksikan, Myanmar merupakan sebuah pasukan yang bergerak secara berpasukan.

"Sudah tentu, jika kita mahu menembusi benteng Myanmar, saya perlu menampilkan corak permainan pantas, bukan sahaja larian, malah hantaran juga harus pantas," katanya.
Kim Swee juga berharap aksi hari ini tidak berlanju- tan hingga masa tambahan atau sepakan penalti.




P/s : Malaysia mesti menang!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 05:04 PM | Show all posts
semoga rezeki mlysia sentiasa ada
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 05:05 PM | Show all posts
amboi mynmar!awal2 lg dah maen kasar
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 07:57 PM | Show all posts
tahniah ...Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 08:10 PM | Show all posts
tahniah harimau malaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 08:16 PM | Show all posts
syabas team malaysia!!!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2011 10:24 PM | Show all posts
teruskan perjuangan....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:30 PM | Show all posts
huhuhuhuhhuhuhuuhuhuhuh....... MASTER MALAYSIA!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 10:34 PM | Show all posts
Pening bila fikir msia vs indo
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 10:54 PM | Show all posts
kita akan bertemu gan garuda lagi. coach better pkrkan strategi baru....drg nampak agresif lawan vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 11:04 PM | Show all posts
Indonesia mesti misi  balas dendam final ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 09:09 AM | Show all posts
misi kita pula pastikan bung indon diam sepanjang perlawanan , satu gol permulaan dah cukup utk dorang diam
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 10:38 AM | Show all posts
kita kena lebih agresif...indon mesti nak balas dendam..go harimau muda
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 03:56 PM | Show all posts
tahniah harimau muda....indonesia pasti akan balas dendam esk dorg x kan biarkan malaysia menang dengan mudah tambahan dah la main tmpt dorg dan kepada pemain malaysia bersiap sedia la ejekan dan cacian dr rakyat indonesia yang x de sivik 2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 04:08 PM | Show all posts
jeritan maling...maling tu biasa dh kt telinga rimau muda.
pd hal yg promoak rogol jenatah it msia ni rmai org indon bangsat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.594149 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list