|
Dua pembantu tak sempat seludup anak Gaddafi ke Niger\rTRIPOLI: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap di sebuah bandar di selatan Libya bersama dua pembantunya yang cuba menyeludup beliau keluar dari negara itu ke negara jiran, Niger, kata komander tentera semalam. \r\n\n\n\n\rBashir al-Tlayeb dari Briged Zintan berkata Seif al-Islam ditangkap di pekan gurun Obari, berdekatan bandar selatan Sabha kira-kira 650 kilometer, ke selatan Tripoli. \r\r\n\n\n\n\nBeliau tidak menjelaskan bagaimana Seif al-Islam ditangkap tetapi berkata anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang digulingkan, dibawa ke Zintan, kampung halaman satu daripada briged revolusi terbesar di Libya. \rAl-Tlayeb berkata kini terpulang kepada pemerintah Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) untuk memutuskan di mana bekas pemimpin Libya itu bakal diadili. \rSeif al-Islam, dianggap pewaris Gaddafi tetapi kedudukannya jauh daripada kenyataan. Beliau berdepan tentangan hebat daripada kumpulan pemimpin rejim dan daripada adik lelakinya, Mutassim, berkhidmat sebagai penasihat keselamatan kebangsaan.\rMutassim, 34, turut terbunuh pada 20 Oktober bersama-sama Gaddafi. Sebelum itu, adik lelakinya Khamis, 28, dan Seif al Arab, 29, turut terbunuh dalam perang saudara di Libya. Seorang lagi anak Gaddafi, al Saadi melarikan diri ke Niger pada September dan dilayan sebagai pelarian di negara itu. Ibunya, Safiya dan adik perempuannya, Aisha turut melarikan diri ke Niger.\r\n\n\n\n\rLahir pada 1972, Seif al-Islam anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Gaddafi dan Safiya.\rBeliau menarik perhatian Barat beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggelarkan diri reformis liberal dengan disokong kuat bapanya dalam pertempuran dengan pemberontak pada hari-hari terakhir rejim. \rSeif menyembunyikan diri selepas Tripoli jatuh ke tangan pasukan revolusi. – AP \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|