CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Thaksin nafi diberi layanan istimewa

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand yang tinggal dalam buangan, Thaksin Shinawatra, semalam menolak cadangan beliau akan mendapat layanan khas daripada sekutu kerajaan pimpinan adiknya, selepas namanya disebut  menerima pengampunan.\rThaksin tinggal di luar negara untuk mengelak daripada dikenakan hukuman penjara dua tahun atas tuduhan rasuah.\r\n\n\n\n\rSatu mesyuarat Kabinet Thailand minggu ini dilaporkan menderaf satu pengampunan diraja yang mungkin membenarkannya pulang tanpa menjalani hukuman, mencetuskan kemarahan pihak menentang.\r\r\n\n\n\n\nDalam sepucuk surat kepada penyokongnya menerusi emel peguamnya, Noppadon Pattama, Thaksin bercakap mengenai khabar angin  namanya akan dimasukkan dalam senarai mereka dicadangkan  menerima pengampunan diraja bulan depan.\r“Saya percaya dengan prinsip bahawa kerajaan tidak akan lakukan apa-apa yang akan memberi manfaat kepada saya atau mana-mana individu secara khusus,” kata bekas pemimpin berusia 62 tahun dalam sepucuk surat dari Dubai.\rThaksin, disingkir dalam satu rampasan kuasa tentera 2006, berkata sebarang isu  diambil kini perlu membawa penyatuan nasional kepada negara dan mengatasi krisis banjir terkini Thailand mengorbankan lebih 600 orang.\rLaporan pengampunan itu muncul pada masa rapuh buat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, yang juga adik perempuan Thaksin dan dianggap  proksi politiknya, ketika beliau berdepan kritikan menguruskan banjir.\r\n\n\n\n\rPengampunan diraja diberi setiap tahun pada ulang tahun Raja Bhumibol Adulyadej, 5 Disember.\rPengampunan tahun ini  perlu diluluskan raja akan meliputi ‘pesalah sekurang-kurangnya berusia 60 tahun dan dijatuhi hukuman penjara bawah tiga tahun,’ kata akhbar berbahasa Inggeris Bangkok Post, Rabu lalu. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.045832 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list