CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Muslim protes intipan NYPD

[Copy link]
Post time 21-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Masjid, kawasan penduduk Islam jadi sasaran diperhati, direkodkan\rNEW YORK: Beribu-ribu warga Amerika Syarikat beragama Islam berarak ke ibu pejabat polis di \'Big Apple\', Jumaat lalu, kerana membantah kegiatan polis melakukan perisikan terhadap masjid selain mengintip kawasan penduduk Muslim.\r\n\n\n\n\rBerpakaian baju tebal, lelaki dan wanita menunaikan solat selepas azan berkumandang dalam keadaan cuaca sejuk.\r\r\n\n\n\n\n“Menjadi seorang Islam tidak membezakan kewarganegaraan kami,” kata Imam Talib Abdul Rashid kepada kira-kira 500 jemaah di Foley Square, tidak jauh dari Dewan Bandar Raya dan mahkamah tempatan. \r“Kami tidak akan memohon maaf kerana kami beragama Islam dan tetap bersemangat waja sebagai warga Amerika.”\rBantahan itu lebih kecil berbanding Occupy Wall Street yang mencetuskan pertembungan dengan polis dan menjadi tajuk muka depan di seluruh dunia.\rPolis memakai baju sejuk dan bukan peralatan rusuhan, manakala penunjuk perasaan menggesa hubungan lebih baik dengan polis. “Kami mahu anda hormati kami kerana kami juga akan menghormati anda,” kata Talib.\r\n\n\n\n\rIa bantahan terancang pertama terhadap taktik perisikan polis New York (NYPD) sejak satu siasatan AP mendedahkan program pengintipan meluas yang mencatat setiap aspek kehidupan penduduk Islam di bandar raya ini.\rPolis mengintip masjid dan pelajar. Pegawai berpakaian preman turut merekodkan restoran Arab dan pelanggan mereka. Penganalisis mewujudkan pangkalan data pemandu teksi keturunan Arab dan memantau penduduk Islam yang mengubah nama mereka.\r“Jika ini berlaku kepada kumpulan agama lain, semua penduduk di Amerika akan marah,” kata Daoud Ebrahim, 73, pereka grafik bersara dari Brooklyn.\rSelepas solat Jumaat, masyarakat Islam disertai kira-kira 50 penunjuk perasaan Occupy Wall Street, memenuhi perkarangan untuk berjalan kaki ke bangunan besar ibu pejabat polis dikenali One Police Plaza. Mereka tidak lama di situ, hanya melaungkan desakan supaya Pesuruh Jaya Polis, Ray Kelly dilucutkan daripada jawatan sebelum kembali semula ke Foley Square.\rPenunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis, ‘NYPD Memerhatikan Kami. Siapa Memerhatikan NYPD?’ Kira-kira 12 pegawai polis memakai seragam memantau demonstrasi dan mengikuti perarakan. Tiada pergaduhan meletus. – Agensi \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071343 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list