View: 152|Reply: 0
|
Taliban, Pakistan runding damai
[Copy link]
|
|
Pembebasan tahanan antara syarat militanISLAMABAD: Pergerakan Taliban Pakistan yang mengancam keselamatan negara itu, menggunakan pendekatan baru dengan memulakan rundingan damai dengan kerajaan disokong Amerika Syarikat, kata seorang komander kanan Taliban dan perunding damai kepada agensi berita semalam.\n\n\n\nAmerika yang menghantar sumber bantuan bernilai bilion dolar penting untuk ketenteraan dan memulihkan ekonomi Pakistan berpendapat, agak mustahil untuk berunding damai dengan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), yang dilabel pengganas.\n\n\n\n\n\nPerjanjian damai lalu dengan TTP gagal membawa kestabilan dan tidak cukup memberi kumpulan payung itu masa dan ruang mencukupi untuk berunding, melancarkan serangan baru.Perbincangan itu memfokuskan rantau Waziristan Selatan di sempadan Afghanistan dan mungkin dilanjutkan untuk cuba sampai kepada satu perjanjian komprehensif.Taliban yang rapat dengan al-Qaeda membuat beberapa tuntutan, termasuk pembebasan tahanan, kata komander. Seorang perunding puak etnik Pashtun menggambarkan rundingan sebagai ‘amat sukar.’“Ya, kami berunding, ini hanya fasa permulaan. Kami akan melihat jika boleh capai sesuatu yang baru,” kata komander kanan Taliban yang enggan dikenali.\n\n\n\n“Ketika ini, ia berada pada peringkat Waziristan Selatan. Jika berjaya, kita boleh bercakap mengenai satu perjanjian untuk semua kawasan puak,” katanya merujuk kepada kawasan Pashtun di sepanjang sempadan Afghan.TTP bersekutu dengan pergerakan Taliban Afghanistan, berjuang menentang tentera NATO diketuai Amerika di Afghanistan, berpusat di kawasan sukar dikawal di sepanjang sempadan poros.Pakistan menerima tekanan untuk menghapuskan militan sejak pasukan khas Amerika membunuh Osama bin Laden di Abbottabad, Mei lalu, yang jelas dia tinggal di sana sejak beberapa tahun lalu.Kerajaan dan tentera Pakistan berkata mereka tidak tahu Osama berada di Pakistan dan masih belum menjelaskan jurang perisikan itu.Operasi itu menaikkan kemarahan tentera Pakistan, yang menggelarnya pelanggaran kedaulatan dan kemudian mengurangkan kerjasama dalam perisikan yang penting buat usaha Amerika menstabilkan rantau ketika ia menamatkan operasi tempur di Afghanistan.“Amerika tidak akan gembira,” kata Rahimullah Yusufzai, seorang pakar Taliban di Pakistan.“Jika tekanan kurang dari Pakistan ke atas militan, mereka (Taliban Pakistan) akan menukar perhatian kepada Afghanistan.” Spekulasi berhubung rundingan damai memuncak sejak kerajaan berkata dalam satu persidangan semua parti September lalu berhubung krisis dalam hubungannya dengan Amerika, ia akan cuba berunding dengan militan untuk mencari perdamaian.“Kita tidak pernah mahu peperangan sebagai permulaan,” kata komander kanan Taliban. “Sasaran kami ialah untuk mengusir tentera asing di Afghanistan.” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|