View: 158|Reply: 0
|
Paul janji ubah dasar luar
[Copy link]
|
|
Calon Republikan anggap campur tangan AS antara faktor 9/11WASHINGTON: Dasar luar Amerika Syarikat turut menjadi faktor dalam serangan 11 September 2001 (9/11) yang menyebabkan hampir 3,000 maut, kata seorang calon presiden Parti Republikan, Ron Paul.\n\n\n\nBeliau berkata, campur tangan Amerika dalam hal ehwal negara asing mencetuskan kemarahan golongan pelampau yang mendapat alasan untuk bertindak balas ‘kerana mereka tidak suka bom Amerika meletup di negara mereka.’\n\n\n\n\n\n“Perkara itu mempengaruhi apa yang berlaku. Itulah yang dikatakan Suruhanjaya 9/11, begitu juga Jabatan Pertahanan dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Ramai penyelidik juga sependapat,” kata Paul dalam program CBS, Face The Nation.Wawancara itu disiarkan ketika Paul mengumpul sokongan sama banyak dengan tiga calon lain dalam persaingan di Iowa, negeri yang melancarkan pilihan raya presiden 2012 pada 3 Januari depan.Beliau juga merujuk kepada sebab pengunduran tentera Amerika dari sebuah markas di Arab Saudi selepas 9/11 sebagai contoh bagaimana dasar luar Amerika turut menjadi sebab mereka menghadapi tindakan ganas.Paul juga berjanji akan mengundurkan askar Amerika dari markas tentera di negara luar jika berjaya menjadi presiden sambil memberi alasan bahawa kapal selam Amerika sudah mencukupi untuk menghadapi musuh.\n\n\n\nPada masa sama, beliau menolak pandangan menyifatkan pendiriannya bermaksud Amerika bersalah atas apa yang berlaku satu dekad lalu.“Orang awam Amerika bukan puncanya. Tetapi, jika anda mempunyai dasar yang tidak betul, itu boleh menjadi sebab. Saya hanya berkata bahawa dasar kerajaan memberi kesan, itu bukannya bermakna menyalahkan Amerika.“Di Amerika, anda sepatunya boleh mengkritik kerajaan sendiri tanpa dituduh tidak patriotik dan itulah yang sepatutnya,” kata Paul.Ketika perbahasan Republikan, Paul sering berdebat dengan calon lain mengenai dasar luar Amerika dan berbeza dengan mereka apabila mengkritik taktik ‘waterboarding’ iaitu menggunakan air untuk mencipta keadaan supaya suspek keganasan merasai seolah-olah lemas selain mengesyorkan dialog dengan Iran meskipun negara itu membina senjata nuklear.“Saya berpendapat, bahaya terbesar ialah kita bertindak keterlaluan. Iran tidak ada bom. Tidak ada bukti lagi tidak kira laporan terbaru (agensi PBB).“Adalah lebih bahaya jika kita bertindak melampaui batas dengan berbincang untuk mengebom Iran,” katanya, merujuk kepada laporan agensi nuklear PBB mengatakan Iran berusaha membina senjata nuklear menggunakan alasan untuk tujuan awam. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|