View: 126|Reply: 0
|
UniKL tawar 2,500 pangajian peringkat sarjana, PhD pelbagai bidang
[Copy link]
|
|
Kerjasama dengan Rosenheim University untuk program sarjana bangunan teknologi hijau\rUNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) menawarkan lebih 2,500 tempat pengajian bagi pengambilan pada sesi pengajian bermula Januari ini.\r\n\n\n\n\r Presiden UniKL, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri, berkata sebanyak 1,300 tempat bagi program peringkat sarjana muda dan 1,150 lagi untuk program peringkat diploma manakala bakinya pasca siswazah.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, UniKL menawarkan beberapa program sarjana serta ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang teknologi kejuruteraan, teknologi maklumat, pengurusan dan pentadbiran perniagaan (MBA).\rBeliau berkata, pihaknya juga menawarkan program sarjana bangunan teknologi hijau secara kerjasama dengan Rosenheim University, Jerman.\r“Permohonan mengikuti semua program pengajian boleh dilakukan sekarang menerusi laman web www.admission.unikl.edu.my.\r“Bagi pelajar Bumiputera, mereka akan dipertimbang untuk mendapat pinjaman pendidikan MARA.\r\n\n\n\n\r“Pelajar juga boleh memohon pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, yayasan negeri dan institusi kewangan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rUniKL adalah universiti milik penuh MARA yang mendapat pengiktirafan lima bintang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2009.\rAbdul Hakim berkata, taklimat mengenai program pengajian UniKL diadakan di pejabat MARA seluruh negara dan taklimat berikutnya di Pejabat MARA Kota Kinabalu dan Kuching (1 Disember) dan Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (10 dan 11 Disember).\rBeliau berkata, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga dan mempunyai satu kredit peringkat SPM boleh memohon meneruskan pengajian diploma UniKL berkaitan. Lulusan diploma atau matrikulasi pula boleh memohon ke program sarjana muda.\rUntuk pengambilan Januari ini katanya, UniKL menawarkan 38 program diploma dan 41 ijazah sarjana muda di 10 kampusnya. \rBeliau berkata, kebanyakan program di UniKL adalah dalam bidang teknikal seperti teknologi elektronik, pembuatan, mekanikal, makanan, bio-proses, polimer, komunikasi, perkapalan, aviasi, kualiti dan logistik.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|