CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Mewah Bahasa: Patah kandar

[Copy link]
Post time 23-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Leha: Kesian kawan kita tu……\rMisha: Siapa?\r\n\n\n\n\rLeha: Sapa lagi,  Si Syasya laa ...\r\r\n\n\n\n\nMisha: Ha la … suami dia meninggal dalam kemalangan tu.\rLeha: Yang meninggal tu, dah tentulah meninggal. Yang hidup ni yang kesian, dia patah kandar ….\rMisha: Patah kandar? Yang kemalangan tu suami dia sorang aje, kan? Dia tak ada masa tu ….\rLeha: Ha’ah …. Suami dia sorang je.\r\n\n\n\n\rMisha: Bila pulak dia patah kandar? Aku tak tau pun?!\rLeha: Lepas suami dia meninggallah, bila pula lagi ….\rMisha: Kesian Syasya, inilah yang orang tua-tua kata, sudah jatuh ditimpa tangga.\rLeha: Kenapa kau kata macam tu pulak?\rMisha: Yalah, malang menimpa berganda ….\rLeha: Berganda??\rMisha: Apa idaknya, baru aje suami dia meninggal kemalangan jalan raya, hah! Sekarang dia pulak kemalangan sampai patah ….\rLeha: Kemalangan?? Bila pula dia kemalangan?? Setahu aku suami dia aje ….\rMisha: Eh!! Tadi kau yang cakap dia kemalangan sampai patah selepas suami dia meninggal, tak gitu, kan?!\rLeha: Mana ada aku kata macam tu ….\rMisha: Yang patah tu??\rLeha: Ooo …. Yang itu ke?? Itu patah kandar….\rMisha: Bukan sebab dia terlibat kemalangan ke?\rLeha: Dia patah kandar sebab suami dia meninggal dunia semasa terlibat kemalangan jalan raya.\rMisha: Pelik juga …. \rLeha: Apa yang peliknya??\rMisha: Yalah … suami dia kemalangan jalan raya, yang hairannya dia juga turut cedera sedangkan dia tidak ada bersama waktu tu.\rLeha: Dia tak ada cedera laa ....\rMisha: Yang kau kata patah tu??\rLeha: Hehehe … yang tu patah kandar!! Bukan cedera ….\rMisha: Bukan cedera namanya tu??\rLeha: Hahaha ... bukan cederalah!! Ini bahasa orang tua-tua dulu, maksudnya dia sekarang sudah hilang tempat bergantung. Syasya tu tidak bekerja, anak pula ada tiga orang, bila suami dia meninggal, hilanglah tempat bergantung, tidak ada lagi orang yang menyara hidup dia dengan anak-anak!!\rMisha: A’ah! Betul gak yek?! Macam mana dia nak meneruskan hidup dan menyara anak-anak di Kuala Lumpur ni yae?! Dulu semua bergantung pada suami, sekarang ni ….\rLeha: Haa … itu la yang orang tua-tua kata patah kandar!!\rMisha: Ooo ... gitu ke?! Barulah aku faham ... tapi kandar tu apa?\rLeha: Kandar tu, kayu yang orang dulu-dulu guna untuk angkat barang. Kayu tu pikul atas bahu dan barang digantung di kedua-dua hujung kayu tu. Cuba kau bayangkan, kalau kayu kandar tu patah, tak dapatlah lagi untuk mengangkat barang. Itulah ibaratnya apabila suami meninggal dunia!!\rMisha: A’haa … barulah bertambah faham!! Tapi berbalik pada Syasya ni, macam mana dia tu yek?? Dulu ada kerja tapi berhenti sebab nak menjaga anak.\rLeha: Untuk beberapa bulan ni tak ada masalah kot, sebab insuran suaminya tu ada. Lepas ni kena cari kerjalah. Kita sama-samalah tolong setakat yang mampu. Kau tengok-tengoklah kalau ada kerja kosong kat mana-mana ….\rMisha: Atau cari je suami baru!! Hahahaa ….\rLeha: Isy!! Teruklah kau ni, dia baru aje kematian suami tau!!\rMisha: Op!! Maaf….seloroh je ….\rGlosari\rKandar       -       kayu yang diletakkan di bahu untuk memikul barang\rPatah kandar   -     hilang tempat bergantung\rNota Kaki\rKolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan  juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.194702 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list