|
LAMA sebelum Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, dikagumi menerusi Interlok dan novel berunsur dakwah menerusi Masuk ke Dalam Cahaya (1983) dan Imam (1995), Abdullah sebagai pengarang tidak terlepas daripada merakam senario sezaman.\rKecenderungan Abdullah itu mengesahkan teori sosiologi bahawa karya sastera adalah dokumentasi terbaik untuk melihat persekitaran sosial zamannya dan perkara ini disahkan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Dr Mohamad Saleeh Rahamad.\r\n\n\n\n\r“Abdullah sebagai pengarang yang mengharungi hidup pada zaman 60-an jelas merakam persekitaran sosial zaman itu melalui novelnya, Kuala Lumpur Kita Punya (KLKP) yang diterbitkan pada 1967.\r\r\n\n\n\n\n“Dalam KLPK, sangat jelas pengaruh zaman mempengaruhi cara pengarang memaparkan realiti sosial sehingga menenggelamkan aspek pemikiran dan ideologinya. Ia sejajar dengan teori sosiologi, Hippolyte Taine bahawa persekitaran sosial sebagai faktor penting mempengaruhi pengkaryaan,” katanya ketika melapah Kuala Lumpur Kita Punya: Paparan Realiti Sosial Bebas Nilai dan Bebas Ruang pada Seminar Pemikiran Sasterawan Negara (SN) Abdullah Hussain di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rSelain merakam realiti sosial ketika itu, KLPK juga menjadikan gambaran sensual sebagai pasak binaan naratif, seolah-olah satu syarat untuk melariskan karya, malahan keterbukaan pengarang memperincikan perilaku seksual sehingga pemikiran yang dibawa sukar disaring dan diapungkan. \rBagi Dr Mohamad Saleeh KLKP tergelincir dalam meniti arus persuratan perdana dan perkara serupa berlaku pada novel lain yang sezaman dengannya, lalu untuk mengenal budaya pada era tertentu pengkaji perlu memahami budaya yang melingkungi penghasilannya. \rPenjelasan Dr Mohamad Saleeh bahawa KLKP memberi kefahaman mengenai budaya masyarakat yang bebas nilai dan ruang pada waktu itu ada benarnya kerana hal serupa dirakam dalam Dahaga karya Yahya Samah yang diterbitkan pada 1966.\r\n\n\n\n\rBegitu juga Perahu Kecil Belayar Malam karya Yahya Samah yang diterbitkan pada 1967, Anak Muda Karam di Pantai (Yahya Samah, 1968), malahan novel yang dianggap bermutu seperti Salina (A Samad Said, 1961) dan Terdedah (Shahnon Ahmad, 1965).\rBagaimanapun, ada khalayak yang tercuit dengan penjelasan itu dan pengarang, Razali Endun, antaranya cepat membidas dengan hujah pada 1960-an, masyarakat negara ini masih berada dalam keadaan Islam yang baik dan akidah terjaga, lengkap dengan beberapa pendakwah yang terkenal.\rSungguhpun demikian, Dr Muhammad Saleeh tetap mempertahankan KLKP sebagai novel yang merakam zamannya dan akan tampil sebagai karya berunsur lucah, sekiranya itu yang ingin diperoleh pembaca atau pengkaji.\r“Idealisme KLKP ialah kehidupan cacamarba dan hanyutnya identiti dalam negara pasca kolonial. Pada tahun itulah masyarakat di Malaysia bergelut dengan kebebasan sosial dan kemerdekaan politik sehingga terperangkap dalam jaring kekaburan hidup dalam lingkaran bebas nilai,” tambahnya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|