CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

BiotechCorp yakin tarik pelaburan RM9 bilion

[Copy link]
Post time 24-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
    Syarikat AS, Eropah  minat  miliki  kilang di Malaysia\rMALAYSIAN Biotechnology Corporation (BiotechCorp) yakin  industri bioteknologi tempatan dapat menarik pelaburan lebih RM9 bilion dan menyumbang hampir empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.\r\n\n\n\n\r    Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal, berkata tahun ini saja, industri berkenaan yang kini dalam peringkat perkembangan fasa kedua, sudah menarik pelaburan hampir RM3 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau menjelaskan prospek industri berkenaan sangat baik dan kini ada beberapa syarikat antarabangsa berminat untuk melabur dalam industri berkenaan.\r“Secara keseluruhannya, kami menyasarkan pelaburan RM9 bilion dapat dicatatkan bagi fasa kedua pelaksanaan pelan bioteknologi tempatan.  Berdasarkan prospek industri yang agak baik, kami harap dapat melepasi sasaran itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena penutupan BioMalaysia 2011 dan Kemuncak RIM Pasifik 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\rMohd Nazlee berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan beberapa syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia yang berminat untuk beroperasi dan mempunyai kilang pengeluaran di negara ini.\r“Antara syarikat berkenaan termasuk syarikat berpangkalan di AS, Nature Works, Segetis Inc, Purac dan syarikat berpangkalan di Belanda, DSM,” katanya.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Mohd Nazlee berkata, Biotech Corp juga mengadakan usaha sama dengan Intrasys Sdn Bhd dan Exoreus Sdn Bhd bagi menubuhkan modal teroka bioteknologi untuk membangunkan industri bioteknologi tempatan.\rBeliau berkata, modal teroka itu berpotensi mempunyai saiz dana bernilai AS$100 juta dan ia boleh didapati untuk dimanfaatkan syarikat bioteknologi yang beroperasi di negara ini tahun depan.\rKatanya, Biotech Corp akan menjadi penasihat korporat kepada dana berkenaan sementara Intrasys dan Exoreus akan mengendalikan dana berkenaan.\r“Isu yang kita sedang bergelut dengan pelaburan dalam bioteknologi ialah tidak ada syarikat modal teroka yang mempunyai kepakaran untuk melakukan proses ketekunan wajar bagi syarikat bioteknologi. \r“Kita perlu memastikan komponen kewangan ditangani supaya syarikat yang mempunyai teknologi yang baik diberi peluang untuk memacu ke hadapan dan menjadi pemain global,” katanya.\rBiotechCorp adalah syarikat yang ditubuhkan kerajaan bagi menerajui industri bioteknologi di negara ini.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077655 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list