View: 104|Reply: 0
|
Godam: Kota buku kota hantu
[Copy link]
|
|
MINGGU lalu penulis berkesempatan meninjau Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan serta merta terdetik di hati, apakah yang sudah terjadi pada cadangan menjadikan lokasi terbabit sebagai Kota Buku Kuala Lumpur?\rSetahu penulis kerajaan sudah pun meluluskan RM30 juta sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan lokasi terbabit sebagai Kota Buku Kuala Lumpur (KBKL) pada Februari 2009 dan turut diumumkan ia akan beroperasi pada akhir tahun terbabit.\r\n\n\n\n\rKementerian Pelajaran dalam jawapan pada tulisan Ke mana Kota Buku? dalam laman Surat, Berita Harian, bertarikh 27 Ogos lalu, memaklumkan Perbadanan Kota Buku (PKB) sudah diperbadankan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 6 Julai lalu.\r\r\n\n\n\n\nPKB bertanggungjawab menggerakkan Kota Buku Kuala Lumpur (KBKL) sudah pun memberi perkhidmatan kepada penerbit, penulis dan pembaca serta mereka yang berkaitan dengan industri perbukuan termasuk ilustrator, editor serta pereka grafik.\rTurut dimaklumkan, KBKL sudah pun menganjur Diskusi Kota Buku, Aktiviti Profesional jam 3 hingga 5 petang pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011, Kota Buku bersama Raja Buku Dunia, Sir Richard Booth dan Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Cerita Bergambar, pada Pesta Buku Kuala Lumpur 2011, April lalu.\rPenulis yakin penggiat industri buku tempatan mengharapkan lebih daripada itu kerana tiada maknanya sekiranya kegiatan KBKL hanya berlegar pada PBAKL dan bersifat menumpang, memandangkan pelaburan dan ‘peleburan’ RM30 juta sudah pun diluluskan!\rKBKL wajar mengambil iktibar daripada pendekatan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dalam memastikan organisasinya terus berdaya saing dalam pasaran sehingga tersenarai sebagai satu daripada 28 syarikat milik kerajaan (GLC) yang mencatat untung seperti disiarkan dalam Nanyang Siang Poa bertarikh 27 Oktober lalu.\r\n\n\n\n\rITNM bukan saja agresif dalam pasaran industri buku negara dengan menerbit pelbagai jenis buku di samping buku terjemahan, tetapi juga cergas dalam penerokaan pasaran luar negara melalui penyertaan dalam pasaran buku antarabangsa seperti Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt dan Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (TIBF).\rSudah tiba masanya KBKL menggunakan pendekatan agresif dalam merancakkan pasaran buku negara dengan mempelbagaikan programnya memandangkan semakin banyak penerbit tempatan yang memerlukan khidmat sokongan daripadanya memandangkan persada ekonomi negara dan antarabangsa pada tahun ini tidak begitu memberangsangkan.\rPenulis difahamkan banyak syarikat penerbitan bukan gergasi yang tertekan ekoran kelewatan berganda rangkaian kedai buku besar memulangkan wang jualan buku mereka sehingga menyebabkan modal pusingan sesetengah daripada mereka ini sangkut, selain berdepan dengan saingan daripada buku elektronik ekoran kemajuan teknologi maklumat.\rPenerbit kecil juga khabarnya mencatat kutipan kurang lumayan pada PBAKL 2011 pada April lalu ekoran pengendali program, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) kurang cekap dalam menguar-uarkan program berkenaan, sehingga ramai yang tidak menyedari acara berlangsung.\r“Saya tidak faham mengapa MBKM perlu ‘merebut’ PBAKL daripada Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) yang sudah bertahun-tahun menguruskannya pesta buku itu sekiranya mereka tidak berupaya memastikan program itu lebih gah dan lancar daripada sebelum ini?\r“Mengapa mesti selepas PBAKL berusia 30 tahun dan tersohor serta mendapat kepercayaan ramai pihak, MBKM pula nak tunjuk belang? Kami sebagai peserta juga resah kerana MBKM lambat memaklumkan BAKL 2012. Kebiasaannya pada November kami sudah mengetahui gerai yang disewa, tetapi kali ini undian hanya pada 3 Disember ini,” kata seorang penerbit.\rSimpati mendengar rungutan penerbit buku yang berdepan tekanan kutipan wang pada tahun ini, lebih-lebih lagi syarikat yang bergerak tanpa bergantung kepada buku teks sekolah kerajaan kerana setiap sen modal mahupun keuntungan perlu dijana, disalur dan digunakan dengan sebijak mungkin.\rDalam masa sama, tentunya syarikat kelompok ini mengharapkan KBKL lebih cergas dalam merealisasikan peluang yang sudah diberikan kerajaan dengan pelbagai kegiatan yang mampu menjadi ‘talian hayat’ kepada mereka pada saat-saat genting kerana hakikatnya mereka juga penyumbang kepada ekonomi mahupun dana negara.\rHakikatnya tiada siapa yang rugi sekiranya KBKL menjadi suatu produk yang aktif dalam menjana kegiatan industri buku negara kerana ia bukan saja akan dilihat sebagai setanding dengan Kota Buku Paju di Korea Selatan, Kota Buku Tehran (Iran) dan Kota Buku Shenzen (China), malahan mampu mengharumkan nama negara pada persada dunia.\rHendaknya igauan ngeri sesetengah penerbit buku negara ini bahawa KBKL tidak menjadi kota hantu seperti stesen televisyen negara ini yang dilanda segala macam kisah kurafat dan tahyul yang disajikan kepada penonton, dapat disangkal PKB melalui kerancakan aktiviti dalam masa terdekat!
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|