|
BANGKOK: Mahkamah Thailand semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar mesej teks yang menghina institusi diraja.\rAmpon Tangnoppakul, 61, didapati bersalah atas empat tuduhan menghantar mesej itu kepada setiausaha sulit Perdana Menteri ketika itu, Abhisit Vejjajiva, pada Mei 2010, menurut mahkamah jenayah di Bangkok.\r\n\n\n\n\r“Mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara,” kata peguamnya, Anon Nampa, sambil menambah Ampon mempunyai masa 30 hari untuk memfailkan rayuan.\r\r\n\n\n\n\nAmpon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan sepanjang perbicaraan.\rSelepas penangkapannya, Biro Siasatan Pusat Thailand berkata, mesej itu tidak sesuai dan dianggap menghina keluarga diraja dan mengecewakan penerima, tanpa mendedahkan kandungan mesej itu.\rKeluarga diraja adalah isu sensitif di Thailand. Bhumibol Adulyadej, 83, adalah raja paling lama di dunia dan dipuja sebagai Tuhan oleh ramai penduduk Thai.\rMenurut undang-undang Thailand, sesiapa yang disabitkan menghina raja, permaisuri, pewaris atau raja muda berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap kesalahan.\rPakar akademik mengesan peningkatan mendadak kes menghina keluarga diraja sejak kebelakangan dan kumpulan hak asasi meluahkan kebimbangan undang-undang digunakan untuk menindas kebebasan bersuara di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|