CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Ronaldo antara 78 saksi kes seks Berlusconi

[Copy link]
Post time 24-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MILAN: Mahkamah Itali semalam membenarkan pelakon popular Hollywood, George Clooney dan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur.\rPeguam Berlusconi mahukan Clooney dan bintang bola sepak kelab Real Madrid itu membantu mempertahankan anak guam mereka daripada didakwa melanggan pelacur berusia 17 tahun dan menyalah guna kuasa membebaskan gadis itu daripada tahanan.\r\n\n\n\n\rKedua-dua bintang itu adalah antara 78 saksi berprofil tinggi, termasuk beberapa bekas menteri kerajaan, penyanyi dan dua pelakon muda popular yang dipanggil oleh peguam Berlusconi, menurut senarai yang diluluskan semalam, kata pegawai mahkamah.\r\r\n\n\n\n\nPendakwa memanggil keseluruhan 136 saksi termasuk tumpuan utama kes berkenaan, penari kelab malam kelahiran Maghribi, Karima El Mahroug, lebih dikenali sebagai Ruby Si Pencuri Hati. \rBerlusconi berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara atas tuduhan seks dan 12 tahun kerana salah guna kuasa, selepas dia didakwa memaksa polis membebaskan El Mahroug apabila dia ditahan dalam satu kes lain. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.076779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list